TV1
TV1 (televisyen ini dikenali sebagai Televisyen Malaysia, Rangkaian Pertama dan RTM1) (secara rasmi ditanda panggil sebagai Televisyen Malaysia) ialah saluran televisyen terrestrial tertua di Malaysia. Saluran itu secara rasminya mula disiarkan pada 28 Disember 1963 jam 6:00 petang dengan bersiaran 3 jam sehari bermula dari jam 6:00 petang sehingga 9:00 malam sebagai Televisyen Malaysia. TV1 utamanya ialah di Wisma TV, Angkasapuri, Kuala Lumpur. Kecuali set studio untuk siaran berita TV1 kini bersiaran dari Wisma Berita RTM, Angkasapuri, Kuala Lumpur. TV1 ialah stesen televisyen pertama dan tertua di Malaysia. Moto utamanya ialah Mewarnaimu.
Negara | Malaysia |
---|---|
Kawasan siaran |
|
Slogan | Mewarnaimu |
Ibu pejabat | Angkasapuri, Kuala Lumpur, Malaysia |
Pengaturcaraan | |
Bahasa | |
Format gambar | 16:9 HDTV (1080i) |
Pemilikan | |
Pemilik | Radio Televisyen Malaysia |
Saluran kembar | |
Sejarah | |
Dilancarkan | |
Ditutup | |
Nama dahulu |
|
Ketersediaan | |
Terestrial | |
MYTV | Saluran 101 (HD) |
Satelit | |
Astro/NJOI | Saluran 101 (HD) |
IPTV | |
Unifi TV | Saluran 101 |
Penstriman | |
Astro | Astro GO / Sooka |
MYTV | MYTV Mana Mana |
RTMKlik | Tonton secara langsung |
Unifi TV | unifi PlayTV |
TV1, TV2, TV6, TV Okey, Berita RTM, Sukan RTM dan stesen radio dikawal oleh RTM yang mana siarannya berpusat di Angkasapuri, Kuala Lumpur.
TV1 kini bersiaran di MYTV di saluran 101 dalam format HD (definisi tinggi). Semua program disertakan dengan sarikata Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Ini juga bagi melihatkan Malaysia juga mampu berdaya saing dalam produk televisyen seperti Perbadanan Penyiaran British iaitu BBC One.
Sejarah Sunting
TV1 memulakan siarannya perkhidmatan televisyen di bawah nama Televisyen Malaysia diperkenalkan melancarkan secara rasmi pada 28 Disember 1963 tepat pada masanya untuk sempena perayaan Tahun Baharu jam 6:00 petang dengan bersiaran 3 jam sehari bermula dari jam 5:00 petang sehingga 9:00 malam kebangsaan di Kuala Lumpur dan siaran serantau di Kuala Lumpur, Ipoh, Taiping, Pulau Pinang, Alor Setar, Seremban, Tampin, Melaka dan Johor Bahru dengan studio pertamanya terletak di Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Televisyen Singapura yang berusia 10 bulan ketika itu (dilancarkan pada 15 Februari 1963) menjadi sebahagian daripada Televisyen Malaysia pada Januari 1964 sebagai stesen negerinya untuk penonton Singapura, peranan yang disampaikan sehingga 1965, apabila Singapura merdeka. Semasa menjadi sebahagian daripada Malaysia, Singapura, seperti tiga rakan kongsinya yang lain–Sabah, Sarawak dan Malaya mempunyai rangkaian radio sendiri, tetapi Singapura adalah satu-satunya negeri yang mempunyai rangkaian televisyen sendiri. Hak siaran radio dan televisyen negeri telah dimasukkan sebagai lampiran dalam Perjanjian Malaysia yang memperoleh autonomi dalam bidang ini antara lain. TV1 dikenali sebagai RTM3 dan Malaysia 3 di Johor Bahru, Singapura dan Batam.
Pada 28 Disember 1963 sehingga 31 Disember 1970, TV1 bersiaran selama 3 jam dari 6:00 petang sehingga 9:00 malam.
Pada 1 Januari 1971 sehingga 30 Ogos 1976, TV1 bersiaran selama 4 jam dari 6:00 petang sehingga 10:00 malam.
Dari 19 Jun 1972 hingga 31 Mac 1994, TV1 berkongsi masa siaran dengan TV Pendidikan namun ia dibatalkan selepas 22 tahun bersiaran kerana siaran awal pagi di TV1 diperkenalkan pada 1 April 1994 ia kemudiannya dipindahkan ke TV2.
Pada 31 Ogos 1976 sehingga 27 Disember 1978, TV1 bersiaran selama 6 jam dari 6:00 petang sehingga 12:00 tengah malam.
TV1 mula menyiarkan dalam warna sejak 28 Disember 1978 di Semenanjung Malaysia dan sejak 31 Ogos 1980 di Sabah dan Sarawak tepat pada masanya Hari Merdeka.
Pada 28 Disember 1978, Rangkaian Pertama telah rasmi melancarkan nama baharu RTM1.
Pada 28 Disember 1978 sehingga 31 Disember 1987, TV1 bersiaran selama 9 jam dari 3:00 petang sehingga 12:00 tengah malam.
TV1 mula menyiarkan dalam sepenuh warna sejak 1 Januari 1982 di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak tepat pada masanya Tahun Baharu.
Pada 1 Januari 1988 sehingga 31 Januari 1990, TV1 bersiaran selama 10 jam dari 2:00 petang sehingga 12:00 tengah malam.
Pada 1 Februari 1990, RTM1 telah rasmi melancarkan nama baharu TV1.
Pada 1 Februari 1990 sehingga 31 Disember 1991, TV1 bersiaran selama 11 jam dari 1:00 petang sehingga 12:00 tengah malam.
Pada 1 Januari 1991 sehingga 31 Disember 1992, TV1 bersiaran selama 12 jam dari 12:00 tengah hari sehingga 12:00 tengah malam.
Pada 1 Januari 1993 sehingga 30 April 1993, TV1 bersiaran selama 13 jam dari 11:00 pagi sehingga 12:00 tengah malam.
Pada 1 Mei 1993 sehingga 31 Ogos 1993, TV1 bersiaran selama 14 jam dari 10:00 pagi sehingga 12:00 tengah malam.
Pada 1 September 1993 sehingga 28 Februari 1994, TV1 bersiaran selama 15 jam dari 9:00 pagi sehingga 12:00 tengah malam.
Pada 1 Mac 1994 sehingga 19 Julai 2012, TV1 bersiaran selama 18 jam dari 6:00 pagi sehingga 12:00 tengah malam.
TV1 mula memasuki platform Astro pada 1 Jun 1996.
Pada 1 April 2006, TV1 telah rasmi melancarkan nama baharu RTM1.
Pada 1 Januari 2009, RTM1 telah rasmi melancarkan nama baharu TV1.
Pada 20 Julai 2012, TV1 memulakan siaran 24 jam sehari buat kedua kalinya menyiarkan lebih rancangan untuk sesiapa yang bangun lewat menonton televisyen.
Siaran harian bermula 10 minit sebelum Azan Subuh dan berakhir pada 7:30 pagi manakala siaran 24 jam hanya boleh didapati ketika bulan Ramadan sahaja.
Pada 1 April 2019, TV1 telah rasmi memulakan penyiaran HDTV sempena RTM meraikan ulangtahunnya yang ke-73 dan Orkestra RTM meraikan ulangtahunnya yang ke-58 telah rasmi tersedia secara eksklusif melalui perkhidmatan MYTV DTT di Saluran 101 (HD).
Pada 6 Mei 2023, TV1 telah rasmi menyiarkan Berita Sukan iaitu Stadium RTM yang disiarkan pada setiap hari bermula jam 12:00 tengah hari dan 4:00 petang bagi menggantikan Berita Semasa 12 dan Berita Semasa 4 sebelum ini.
Pada 1 Julai 2023, TV1 telah kembali menyiarkan semula berita berbahasa inggeris iaitu Malaysia Tonight yang disiarkan pada setiap hari bermula jam 8:30 malam bagi menggantikan Berita Perdana bersiaran 1 jam bermula jam 8:00 malam hingga 9:00 malam sebelum ini.
Pergantian nombor di Astro Malaysia Sunting
Berikut ini adalah perubahan nombor yang ada di TV1:
Pada tanggal 1 Jun 1996, TV1 dapat boleh disaksikan melalui Astro di saluran 1.
Pada tanggal 1 Oktober 2007, TV1 akan diubah nombor memperkenalkan menjadi 3 digit iaitu 101.
Pada tanggal 1 April 2021, TV1 dapat boleh disaksikan melalui Astro akan menambahkan siaran kualiti HD di saluran 101.
Rancangan Sunting
Berita Sunting
Berita Bahasa Melayu Sunting
- Berita Pagi (Tayangan serentak di Berita RTM)
- Berita Pagi Sabah (Tayangan serentak di Berita RTM)
- Berita Pagi Sarawak (Tayangan serentak di Berita RTM)
- Conty News (Tayangan serentak di Berita RTM)
- Berita Tengah Hari (Tayangan serentak di Berita RTM)
- Berita Semasa (Tayangan serentak di Berita RTM)
- Berita Wilayah (Tayangan serentak di Berita RTM)
- Kanta 744 (Tayangan serentak di Berita RTM)
- Berita Perdana (Tayangan serentak di Berita RTM)
- Berita Parlimen (Tayangan serentak di Berita RTM)
- Berita Dunia (Tayangan serentak di Berita RTM)
- Berita Tengah Malam (Tayangan serentak di Berita RTM)
- Stadium RTM (Tayangan serentak di Sukan RTM)
Berita Bahasa Inggeris Sunting
- Malaysia Tonight (Tayangan serentak di Berita RTM)
Bual bicara Sunting
- Kami Bah Ini
- Kuppa Kupi
- Diari Rawat (Tayangan serentak di Berita RTM)
- Cuit Sikit Jangan Sentap (Tayangan serentak di Berita RTM).
- Selamat Pagi Malaysia (Tayangan serentak di Berita RTM).
- Lensa IPT (Tayangan serentak di Berita RTM).
Membeli-belah di rumah Sunting
- SPM Plus (segmen rancangan Selamat Pagi Malaysia) (Tayangan serentak di Berita RTM).
Bual bicara niaga Sunting
- Biz Malaysia (Tayangan serentak di Berita RTM).
Rancangan agama dan siaran langsung Sunting
- Anda Musykil?
- Fikrah
- Forum Perdana Ehwal Islam
- Ilmu Aqaid
- Muqaddam
- MyHalal
- Persada Jurnal
- Salam Pagi
- Salam Baitullah (Tayangan serentak di Berita RTM)
- Tilawah Interaktif
- Siaran Langsung Solat Tarawih dari Makkah (Khas Ramadan)
- Syahadah (Khas Ramadan)
- Tadabbur Ramadan (Khas Ramadan)
- Siaran Langsung - Solat Jumaat (Tayangan serentak di TV AlHijrah)
- Siaran Langsung - Solat Sunat Aidilfitri (Tayangan serentak di TV AlHijrah)
- Siaran Langsung - Solat Sunat Aidiladha (Tayangan serentak di TV AlHijrah)
- Siaran Langsung - Majlis Tilawah Al Quran dan Hafazan Peringkat Kebangsaan (Tayangan serentak di TV AlHijrah)
- Siaran Langsung - Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa (Tayangan serentak di TV AlHijrah)
- Siaran Langsung - Ambang Tahun Baru Maal Hijrah
- Siaran Langsung - Sambutan Maal Hijrah
Rancangan khas Sunting
- Bicara Khas (Tayangan serentak di Berita RTM).
- Hari Kebangsaan Malaysia (Secara langsung dan tayangan serentak bersama Berita RTM).
- Hari Malaysia (Secara langsung dan tayangan serentak bersama Berita RTM).
- Perutusan Khas bersama YAB Perdana Menteri.
Sidang Media Sunting
- Sidang Media bersama YAB Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
- Sidang Media bersama YBhg Ketua Pengarah Kesihatan Muhammad Radzi Abu Hassan & YB Menteri Kesihatan.
- Sidang Media bersama YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
- Sidang Media bersama YB Menteri Pendidikan.
- Sidang Media bersama YB Menteri Pertahanan.
- Sidang media bersama YB Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Parlimen Sunting
- Langsung Dari Parlimen (Tayangan serentak di Berita RTM).