Buka menu utama

Litar Kasih ialah sebuah filem genre drama dan aksi Malaysia yang ditayangkan pada tahun 1996. Filem ini telah diarahkan oleh Eddie Pak dan ceritanya dikarang oleh ND Lala. Filem ini mula ditayangkan pada 12 Oktober 1996.[1]

Litar Kasih
PengarahEddie Pak
PenerbitEddie Pak
Khairul Anuar Latip (eksekutif)
PenulisEddie Pak (Lakon layar)
N.D. Lala (Cerita Asal)
Dibintangi olehAzhar Sulaiman
Linda Rafar
Faizal Hussein
Mek Habsah
PengedarUnited Movie Sdn Bhd
Mula ditayangkan
Malaysia 12 Oktober 1996[1]
Tempoh tayangan
95 minit
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Malaysia

PlotSunting

Hisyam (Azhar Sulaiman) ialah seorang mekanik motorsikal mempunyai minat dalam perlumbaan motorsikal dan bercita-cita untuk menjadi seorang pelumba profesional. Hisyam amat menyayangi Mira (Linda Rafar) dan selalu menasihati Mira supaya jangan selalu membuang masa dengan bersuka-ria. Mira ialah seorang pelajar nakal dan sering bergaul dengan kumpulan budak jahat. Hubungan Hisyam dan Mira diganggu pula oleh Herman (Faizal Hussein), seorang pelumba motosikal cup prix profesional. Herman juga terlibat dalam kegiatan maksiat dan mempunyai niat yang buruk terhadap Mira.

PelakonSunting

RujukanSunting

  1. ^ a b "Litar kasih (1996)", bahagian Details, IMDb. Diambil 2011-02-11.

Pautan luarSunting