Rambo Chin

Chin Kia Shin atau lebih dikenali sebagai Rambo Chin (陳奇 1944–5 Ogos 2001)[1] merupakan seorang pelakon dan pelawak lelaki Malaysia berketurunan Cina. Beliau terkenal menerusi watak Uncle Stanley dalam sitkom Spanar Jaya, yang disiarkan di ntv7.[2]

Rambo Chin
Kelahiran
Chin Kia Shin

1944 (1944)
Meninggal dunia5 Ogos 2001 (berumur 56–57)
Sebab kematianAkibat serangan jantung
PekerjaanPelakon, pelawak
Tahun aktif1991–2001
Anak1

Selain itu, beliau juga terkenal menerusi sitkom Jangan Ketawa bersama Syed Muradzi Syed Shamsul (Dee). Chin juga membintangi filem Leftenan Adnan arahan Aziz M. Osman.

Beliau meninggal dunia pada 5 Ogos 2001 di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia akibat serangan jantung pada usia 57 tahun. Chin meninggalkan balu Yoo Kim Yeak dan seorang anak lelaki, Chin Chan Fai.[3]

FilemografiSunting

FilemSunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan
1993 Imigran Boss Filem pertama
1995 Pesona Cinta
2000 Leftenan Adnan Jeneral Yamashita
2002 Cinta 200 Ela Tauke Filem terakhir, dikeluarkan secara anumerta

DramaSunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
1991–1999 Jangan Ketawa TV3
1999–2001 Spanar Jaya Uncle Stanley ntv7

RujukanSunting

  1. ^ "Pelakon Spanar Jaya, Rambo Chin meninggal dunia", Berita Harian, 6 Ogos 2001.
  2. ^ Yang suka yang duka 2001 Utusan Malaysia (2 Januari 2002). Dicapai pada 30 Mac 2018.
  3. ^ Local comedian Rambo Chin dies Utusan Malaysia (7 Ogos 2001). Dicapai pada 28 Mac 2018.

Pautan luarSunting