Gila-Gila Remaja 2

Gila-Gila Remaja 2 merupakan sebuah filem drama aksi komedi Malaysia 2013 arahan V. Nagaraj terbitan bersama Lacsashea Productions dan Megamovie Sdn. Bhd. Ia merupakan kesinambungan daripada filem Gila-Gila Remaja yang diterbitkan pada 1986.[1][2][3]

Gila-Gila Remaja 2
PengarahV. Nagaraj
PenulisSalwati Mohd Surol
Dibintangi
SinematografiSudirjan Ahmad
Disunting olehKK Khanina
Muzik olehR. Lawrence
Syarikat
penerbitan
  • Lacsashea Productions
  • Megamovie Sdn. Bhd.
Diedarkan olehSkop Productions
Tarikh tayangan
21 Mac 2013 (Malaysia)
Masa tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Sinopsis sunting

Kisah percintaan tiga segi remaja yang mengakibatkan pergolakan persahabatan, kekeluargaan dan dendam. Afiq (Hairul Azreen) pemuda yang tidak bertanggungjawab berasal daripada keluarga yang kaya dan meminati sukan permotoran motor cross. Musuh ketat si Afiq ni adalah Kris (Hanis Kamal) kerana Kris meminati Erna (Bella Dally) iaitu teman wanita Afiq. Kemudian, kehadiran pelajar baru iaitu Lisa (Faralyna Idris) membuatkan Afiq mula menyukai Lisa dan dia mula hilang perasaan minat dan cinta terhadap teman wanitanya iaitu Erna tetapi tidak memberitahunya. Sebaliknya, Afiq terus mula berkenalan dengan Lisa dan berjaya meluahkan perasaannya dan mereka bermula untuk berpacaran. Perkara itu dihidu oleh Erna dan beliau mula merancang sesuatu selepas tersebarnya cerita percintaan diantara Afiq dan Lisa. Kris yang sememangnya tidak menyukai Afiq dipergunakan oleh Erna yang kononnya akan menerima Kris sebagai kekasih. Abang Lisa (Fizz Fairuz) sering menasihati Lisa agar berhati-hati tetapi sering dimanjakan oleh abang saudara Lisa.

Pelakon sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Nurezzatul Aqmar Mustaza (23 Mac 2013). Gila-Gila Remaja 2 ala Bollywood Sinar Harian. Diperoleh pada 14 April 2018.
  2. ^ (HIBURAN) Filem Gila – Gila Remaja 2 bernafas baru Galaksi Media (21 Mac 2013). Diperoleh pada 14 April 2018.
  3. ^ Gila-Gila Remaja 2 Cinema Online (21 Mac 2013). Diperoleh pada 14 April 2018.

Pautan luar sunting