Ragaman (lagu Faizal Tahir)

"Ragaman" (digayakan sebagai RAGAMAN) ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahakan oleh penyanyi Faizal Tahir, dikeluarkan pada 24 Ogos 2018 oleh Faithful Music dan Warner Music Malaysia. Lagu ini dikeluarkan sebagai single pertama Faizal untuk album kelimanya, Rojak.[1][2]

"Ragaman"
Single oleh Faizal Tahir
daripada album Rojak
Dilancarkan pada24 Ogos 2018 (Digital)
Dirakamkan pada2018
FormatMuat turun digital
GenreReggae, ska, funk-pop
Panjang4:10
SyarikatFaithful Music
Warner Music Malaysia
PenulisFaizal Tahir, Mike Chan, Romeo, Karim Karam, Jaare
Kronologi Kronologi single Faizal Tahir
""Sejati"
(2017)"
"Ragaman" ""Bisa Aja"
(2019)"
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Latar belakang dan rakaman sunting

Pelancaran rasmi single "Ragaman" telah diadakan di ibu pejabat Warner Music Malaysia pada 29 Ogos 2018.[3] Ia merupakan karya ciptaan Faizal sendiri bersama Mike Chan dan Romeo manakala liriknya pula dihasilkan oleh beliau dengan kerjasama Mike Chan, Karim Karam dan Jaare. Menurut Faizal, "Ragaman" menampilkan kelainan dari segi gubahan muzik dan juga genre yang mempunyai elemen reggae,[4] "Lagu ini menawarkan sisi berbeza saya, genre dan gaya penyampaiannya amat berlainan dari lagu-lagu saya sebelum ini. Jika sebelum ini saya kerap membawa tema yang agak serius, tetapi dalam single Ragaman ini, saya memilih tema yang lebih santai dan berkait dengan pendengar." Faizal berkata proses rakaman lagu ini mengambil masa lebih kurang tiga hingga empat bulan, ini merupakan single yang paling cepat disiapkan sepanjang kerjayanya sebagai penyanyi.[5]

Komposisi sunting

Menurut Faizal, "Ragaman" menceritakan mengenai kisah asam garam suami yang sabar melayan kerenah isteri. Beliau dengan tegas menolak tanggapan bahawa lagu tersebut dihasilkan berdasarkan kisah rumah tangganya sendiri. "Ia sebaliknya adalah cetusan imaginasi saya apabila mendapat idea daripada realiti kisah rumah tangga yang pernah disampaikan kepada saya sebelum ini. Dalam masa sama, saya juga mengambil inspirasi kisah digambarkan dalam filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee."[6] Lirik lagu "Ragaman" juga menggunakan bahasa pasar yang diselitkan unsur jenaka menjadikan lagu ini kedengaran lebih santai dan ceria. Selain itu, Faizal turut menyelitkan suara emas anak-anaknya sendiri dalam lagu ini.[7]

Muzik video sunting

Muzik video "Ragaman" dikeluarkan di saluran YouTube rasmi Faizal pada 28 Ogos 2018 dan menampilkan pelakon Nabila Huda sebagai pasangan Faizal.[8] Muzik video lagu ini menerima respon luar jangkaan apabila dalam masa seminggu dimuatnaik, ia telah ditonton lebih 1.1 juta kali dan 73,000 tanda suka.[9]

Senarai runut sunting

Muat turun digital[10]

  1. "Ragaman" – 4:10

Persembahan carta sunting

Carta (2018 / 2019) Kedudukan
carta
Carta Lagu Top 30 Malaysia[11] 1
Carta RIM (Domestik)[12] 1
Muzik-Muzik 1

Sejarah keluaran sunting

Negara Tarikh Format Label
Malaysia 24 Ogos 2018 Muat turun digital
pensitriman digital
Faithful Music
Warner Music Malaysia

Rujukan sunting

  1. ^ Ifqdar Rahman (12 September 2018). Ragaman, sisi unik Faizal Tahir Diarkibkan 2018-09-16 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Diperoleh pada 16 September 2018.
  2. ^ Rudy Imran Shamsudin (6 September 2018). Irama vintaj daripada Faizal Harian Metro. Diperoleh pada 16 September 2018.
  3. ^ "Ragaman tampilkan sisi berbeza Faizal Tahir". Astro Awani. 30 Ogos 2018. Dicapai pada 16 September 2018.
  4. ^ Syafil Syazwan Jefri (12 September 2018). "Gabungan reggae, pop yeh yeh". Harian Metro. Dicapai pada 6 Oktober 2018.
  5. ^ Nadia Azam (30 Ogos 2018). "Ragaman Faizal berkisah hal rumah tangga secara jenaka". Malaysiakini. Dicapai pada 6 Oktober 2018.
  6. ^ "Ragaman bukan kisah saya dan isteri - Faizal Tahir". Berita Harian. 2 Oktober 2018. Dicapai pada 6 Oktober 2018.
  7. ^ "Ragaman guna lirik bahasa 'pasar'". Sinar Harian. 2 September 2018. Dicapai pada 6 Oktober 2018.
  8. ^ Salman Sazali (29 September 2018). "Tonton Video Muzik Rasmi 'Ragaman' Faizal Tahir". The Vocket. Dicapai pada 6 Oktober 2018.
  9. ^ "Lagu terbaru Faizal Tahir, Ragaman buat netizen tonton berkali-kali". Free Malaysia Today. 2 Oktober 2018. Dicapai pada 6 Oktober 2018.
  10. ^ "Ragaman - Single". iTunes Store (MY). Apple. 24 Ogos 2018. Dicapai pada 6 Oktober 2018.
  11. ^ Music Weekly Staff (7 Oktober 2018). "Top 30 Singles Chart Malaysia". Musicweekly.asia. Dicapai pada 7 Oktober 2018.
  12. ^ RIM (18 Oktober 2018). "RIM CHARTS Top 10 Most Streamed Domestic Singles in Malaysia" (PDF). RIM.org.my. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada November 12, 2018. Dicapai pada 18 Jun 2019.

Pautan luar sunting