Nabil Ahmad
Haji Ahmad Nabil bin Ahmad (lahir 26 September 1983) ialah seorang pelawak, pengacara, penyampai radio, penyanyi dan pelakon Malaysia.[1] Beliau terkenal sejak menjuarai musim kedua rancangan realiti pencarian bakat komedi Raja Lawak Astro, oleh itu beliau lebih dikenali sebagai Nabil Raja Lawak oleh orang ramai. Kini, beliau mengacarakan rancangan hiburan MeleTOP dan Gegar Vaganza serta melibatkan diri dalam lakonan filem dan siri TV tempatan. Nabil juga boleh dikatakan sebagai pelawak berdiri yang paling popular di Malaysia. Beliau juga telah menubuhkan syarikat penerbitan sendiri yang bernama Nabil Production.
Nabil Ahmad | |
---|---|
Nabil semasa sidang media rancangan HBO Sentral. | |
Nama samaran | Nabil Raja Lawak, Nabil |
Nama lahir | Ahmad Nabil bin Ahmad |
Kelahiran | Mambau, Negeri Sembilan, Malaysia | 26 September 1983
Media | Televisyen, filem, radio |
Pendidikan | Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) |
Tahun aktif | 2008–kini |
Genre | Komedi, sketsa, satira |
Pasangan | Nazirah Ayub (k. 2011) |
Anak | 3 |
Hasil kerja dan peranan | Raja Lawak Astro Lu Pikirlah Sendiri de Movie Sifu & Tongga Berani Punya Budak Maharaja Lawak MeleTOP Gegar Vaganza Arena Panggang |
Kehidupan awalSunting
Nabil dilahirkan pada 26 September 1983 di sebuah kawasan perkampungan di Mambau, Negeri Sembilan, di mana beliau sekeluarga hidup serba kekurangan. Anak ketiga daripada tujuh beradik kepada bapanya seorang pemandu lori dan ibunya seorang guru tadika bahasa Inggeris.
Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Nabil membuat pelbagai pekerjaan demi kelangsungan hidup dan membantu ibu bapanya. Antara kerja dilakukannya ialah penghantar surat dan barangan di Seremban, menjual nasi lemak di Mambau, bekerja kilang di Rasah dan bengkel di Kayu Ara. Sepanjang lima tahun bekerja sebagai penghantar surat, pendapatan bulanannya ialah sebanyak RM600.[2]
KerjayaSunting
Beliau berhijrah ke Kuala Lumpur pada 2008 dan terpilih sebagai salah seorang peserta Raja Lawak Astro musim kedua, yang turut disertai oleh Along Cham dan Azrul Zaidi. Persembahan beliau berjaya menarik perhatian juri sekaligus dinobatkan sebagai juara.
Selepas Raja Lawak tamat, Nabil memulakan kerjaya lakonannya dalam filem sulungnya Sifu & Tongga pada awal tahun 2009, diikuti Lu Pikirlah Sendiri de Movie setahun berikutnya, sebuah filem separa autobiografi mengenai perjalanan dirinya ke arah keternamaan sebagai seniman. Bagaimanapun, perihal ini dicemari oleh kenyataan Nabil sendiri yang mengeluarkan kenyataan negatif mengenai filem berkenaan sebaik sahaja menonton pratayangnya. Keluhnya, filem itu "tidak memenuhi piawaian yang saya kehendaki. Saya tak nampak graf ceritanya. Ke mana jalan ceritanya, saya langsung tak faham".[3] Tindakan beliau meluahkan kenyataan tersebut mengundang saman RM 2 juta dari syarikat penerbitan SDAF Pictures.[4]
Sejak 2012, beliau bersama Neelofa menggalas tugas sebagai pengacara rancangan hiburan Astro Ria, meleTOP.[5][6] Beliau menjadi pengacara HBO Sentral musim kedua pada 2015 menggantikan Lisa Surihani yang mengacarakan musim pertama.[7] Menurut Ketua Jualan dan Pemasaran Ahli Gabungan HBO Asia, Jacelyn Kek: "Kejayaan yang dicapainya berjaya mengangkat dirinya menjadi hos pelbagai program televisyen. Dia juga pelakon drama dan filem. Lantaran itu, kami berasakan Nabil amat sesuai untuk mengambil alih tempat Lisa (Surihani),".[8][9]
Nabil berlakon bersama Johan As'ari dalam filem Bo-Peng (2016) arahan Helmi Yusof di mana beliau memegang watak Bo. Ia menjadi filem terakhirnya bersama syarikat penerbitan filem lain, beliau berkata dalam temuramah bersama Harian Metro: "Ini adalah filem terakhir lakonan saya untuk produksi orang lain. Akan ada filem yang saya terbitkan sendiri dan skripnya juga saya buat sendiri."[10][11]
Melengkapkan portfolio seni beliau, Nabil menduduki kerusi pengarah menerusi telefilem komedi seram The Hantus arahan bersama Helmi dibintangi oleh Faizal Hussein, Alif Satar dan pelakon Singapura, Hannah Delisha yang mana beliau turut berkhidmat sebagai penulis skrip. Telefilem ini bersiaran di Astro First Eksklusif pada 15 Jun 2018.[12][13]
Kehidupan peribadiSunting
Nabil berkahwin dengan bekas pramugari AirAsia, Nazirah Ayub pada 30 September 2011[14] dan dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan—Nayla Mikayla (lahir 2012),[15] Leyla Medyna (lahir 2015)[16] dan Mishall Imani (lahir 2019).[17] Beliau sebelum ini dilaporkan bakal menimang cahaya mata lelaki.[18]
Nabil sebelum ini pernah digosipkan bercinta dengan bekas pelakon, Irma Hasmie sekitar 2009.[19]
FilemografiSunting
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2009 | Sifu & Tongga | Tongga | Filem pertama |
Jin Notti | Pusher | ||
Momok The Movie | Jefri | ||
Pisau Cukur | Host/Enrique | Kemunculan khas | |
2010 | Lu Pikirlah Sendiri de Movie | Nabil | |
Kecoh Betul | Aiman | ||
Magika | Orang Minyak | ||
2012 | Bujang Terlajak | Nabil | |
Berani Punya Budak | Adik John | ||
Uncle Usin | Uncle Usin | ||
Cinta Beruang | Nabu | ||
Pontianak vs Orang Minyak | Ponti | ||
2013 | Lawak Ke Der 2 | Pengacara Majlis | |
2015 | Romeo Kota | Detektif Fakhrul | |
2016 | Bo-Peng | Bo |
TeaterSunting
Tahun | Tajuk |
---|---|
2012 | Lawak Ke Der? |
TelevisyenSunting
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2008 | Raja Lawak | Peserta (Juara) | Astro Prima |
2009 | Lu Pikirlah Sendiri | Pengacara | |
Ewah-Ewah | Pengacara bersama Raja Azura | TV3 | |
Hartamania | Pengacara | TV9 | |
Pondok-Pondok | Pengacara | ||
Studio Nabil | Pengacara | ||
2011 | Maharaja Lawak | Peserta Solo (Tempat Ketiga) | Astro Warna |
2012 | Pentas Dikir | Pengacara | RTM |
Maharaja Lawak Mega 2012 | Kumpulan Boboi (Tempat Keempat) | Astro Warna | |
2012 — kini | MeleTOP | Pengacara bersama Neelofa | Astro Ria |
2013 | Siti Ooosom | Pengacara | Astro Maya HD |
Super Spontan 2013 | Peserta (Tempat Ketiga) | Astro Warna | |
Maharaja Lawak Mega 2013 | Peserta Solo (Tempat Kelima) | ||
Anugerah Industri Muzik ke-20 | Pengacara | Astro Ria | |
Ceria Popstar 2 | Pengacara | Astro Ceria | |
2014 | Anugerah MeleTOP Era | Pengacara | Astro Ria |
Anugerah Planet Muzik | Pengacara | ||
Maharaja Lawak Mega 2014 | Peserta Solo (Tempat Ketiga) | Astro Warna | |
2014-15 | Gegar Vaganza (musim 1) | Pengacara bersama Jihan Muse | Astro Ria |
2015 | Anugerah MeleTOP Era | Pengacara | |
Ini Malam Kita Punya | Pengacara | Astro Mustika HD | |
Festival Filem Malaysia ke-27 | Pengacara | Astro Ria | |
Gegar Vaganza (musim 2) | Pengacara bersama Jihan Muse | ||
2016 | Anugerah MeleTOP Era | Pengacara | |
Festival Filem Malaysia | Pengacara | ||
Gegar Vaganza (musim 3) | Pengacara bersama Jihan Muse | ||
2017 | Anugerah MeleTOP Era | Pengacara | |
Gegar Vaganza (musim 4) | Pengacara bersama Jihan Muse | ||
2018 | Anugerah MeleTOP Era | Pengacara | |
Jom Berbuka | Dirinya sendiri | TV3 | |
Arena Panggang | Dirinya sendiri | Astro Warna | |
Gegar Vaganza (musim 5) | Pengacara bersama Jihan Muse | Astro Ria | |
2019 | Gegar Vaganza (musim 6) |
TelefilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2009 | Sonata Labu Labi | Labu | Astro Prima | |
Kuih Goyang Seha | Shafiq | TV3 | ||
2012 | Asmara Pontianak K-POP | Ejal | ||
2013 | Elly Dan Epit | Astro Ceria | ||
Kain, Jarum & Gunting | Fauzi | Astro Warna | ||
2014 | Nangnok | Ali | ||
Uncle Grandpa | Uncle Grandpa (Alih suara) | |||
Strawberry Karipap Sesat Kat Paris | Uncle Faris | Astro First Eksklusif | ||
2015 | Bila Kau Datang | Arman | Astro Ria | |
2018 | The Hantus | — | Astro First Eksklusif | Juga sebagai pengarah bersama dan penulis skrip |
2019 | “Dato” S | — |
DramaSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2010 | Kuih Goyang Shafiq | Shafiq | TV3 | |
Sonata Labu Labi The Series | Labu | Astro Warna | ||
2011 | You Saka...Pergi Jauh-Jauh | Adrus | TV3 | |
2012 | Oh My English! (musim pertama) | Abang Nabil | Astro TVIQ | Episod 13 |
2013 | Geng Bas Sekolah | Astro Ceria | Episod 6 | |
Mak Lang Datang Kompang Bergendang | Fitri | TV3 | ||
Goyang Shafiq... Jom Pi Cuti | Shafiq | TV3 | ||
2014 | Cakap Melayulah | Daud | Astro Warna |
DiskografiSunting
- Lagu Untuk Bos
- Dulu Aku Jutawan
- Papa Kedana
- Ok Lah ! (Nabil ft Tegar)
- Anugerah MeleTOP Era
- Lagu-lagu yang dinyanyikan pada Gegar Vaganza
- Pening
Anugerah dan pencalonanSunting
Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2008 | Raja Lawak Musim 2 | Juara | Nabil Ahmad | Menang |
2009 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 | Bintang Paling Popular | Menang | |
Artis Komedi Lelaki Popular | Menang | |||
Artis Baru Lelaki Popular | Menang | |||
2010 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 | Artis Komedi Lelaki Popular | Menang | |
Pengacara TV Lelaki Popular | Dicalonkan | |||
Festival Filem Malaysia ke-22 | Pelakon Harapan Lelaki | Nabil Ahmad (Sifu & Tongga) | Dicalonkan | |
2011 | Maharaja Lawak | Tempat Ketiga | Nabil Ahmad | Menang |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 | Artis Komedi Lelaki Popular | Dicalonkan | ||
2012 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 | Dicalonkan | ||
Maharaja Lawak Mega 2012 | Tempat ke-4 | Kumpulan Boboi (Nabil Ahmad, Afdlin Shauki & Harun Salim Bachik) | Menang | |
2013 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 | Artis Komedi Lelaki Popular | Nabil Ahmad | Dicalonkan |
Penyampai Radio Lelaki Popular | Nabil Ahmad (Era FM) | Dicalonkan | ||
Super Spontan 2013 | Tempat ketiga | Nabil Ahmad | Menang | |
Maharaja Lawak Mega 2013 | Tempat kelima | Menang | ||
2014 | Anugerah MeleTOP Era 2014 | Couple MeleTOP | Nabil Ahmad & Zira Ayub | Menang |
Penyampai Radio Baru MeleTOP | Nabil Ahmad (Era FM) | Menang | ||
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 | Pengacara TV Lelaki Popular | Nabil Ahmad | Dicalonkan | |
Anugerah Lawak Warna | Artis Lawak Lelaki Paling Popular | Dicalonkan | ||
Maharaja Lawak Mega 2014 | Tempat ke-3 | Menang | ||
2015 | Anugerah MeleTOP Era 2015 | Pengacara TV MeleTOP | Nabil Ahmad (Anugerah MeleTOP Era) | Dicalonkan |
Fesyen MeleTOP | Nabil Ahmad | Dicalonkan | ||
2016 | Anugerah MeleTOP Era 2016 | Hos MeleTOP | Nabil Ahmad (Gegar Vaganza 2015) | Dicalonkan |
Couple MeleTOP | Nabil Ahmad & Zira Ayub | Dicalonkan | ||
Fesyen MeleTOP | Nabil Ahmad | Dicalonkan | ||
2017 | Anugerah MeleTOP Era 2017 | Hos MeleTOP | Nabil Ahmad (Gegar Vaganza 2016) | Dicalonkan |
2018 | Anugerah MeleTOP Era 2018 | Hos MeleTOP | Nabil Ahmad (Gegar Vaganza 2017) | Menang |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 | Pengacara TV Popular | N/A | Dicalonkan | |
Artis Versatil Popular | N/A | Dicalonkan | ||
Asian Academy Creative Awards | Pengacara Hiburan Terbaik | Nabil Ahmad (Gegar Vaganza) | Menang |
RujukanSunting
- ^ Haji Nabil bukan ustaz Kosmo! (7 Oktober 2015). Diperoleh pada 7 Oktober 2015.
- ^ Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor (12 Oktober 2019). Kerja biasa-biasa sebelum popular Harian Metro. Dicapai pada 12 Oktober 2019.
- ^ Haswari Ali (3 Feb 2010). "Nabil Kecewa Dengan Filem Pertamanya". Murai.com.my. Dicapai 31 Mac 2010.
- ^ Thani Hasbullah (3 Mac 2010). "Nabil Hadapi Tuntutan Saman RM2 Juta". Murai.com.my. Dicapai 31 Mac 2010.
- ^ Rudy Imran Shamsudin (22 Mei 2018). "Tak 'meletup' kalau tinggalkan MeleTOP!". Harian Metro. Dicapai 6 Disember 2018.
- ^ Dennis Chua (22 Mei 2018). "#Showbiz: Leave MeleTop? No way, says host Nabil Ahmad". New Straits Times. Dicapai 6 Disember 2018.
- ^ "Nabil Ahmad is the new host of HBO Sentral". The Star Online. 8 April 2015. Dicapai 8 Disember 2015.
- ^ Nor Akmar Samudin (12 April 2015). "HBO Sentral: Nabil ganti Lisa". Harian Metro. Dicapai 8 Disember 2015.
- ^ "HBO Sentral banyak mengubah diri saya - Nabil Ahmad". Astro Awani. 20 April 2017. Dicapai 8 Disember 2017.
- ^ Syafil Syazwan Jefri (13 Disember 2016). Filem terakhir Nabil Harian Metro. Dicapai pada 1 Januari 2017.
- ^ Bo-Peng filem terakhir Nabil Agenda Daily (12 Disember 2016). Dicapai pada 1 Januari 2017.
- ^ Zaidi Che (20 Jun 2018). The Hantus - filem komedi seram pertama arahan Nabil Ahmad STAIL. Dicapai pada 20 Ogos 2018.
- ^ Michelle Gun (12 Jun 2018). Sisi berbeza makhluk halus Harian Metro. Dicapai pada 20 Ogos 2018.
- ^ Nabil Raja Lawak sah bergelar suami kepada Nazirah mSTAR Online (30 September 2011). Dicapai pada 18 Ogos 2013.
- ^ Nabil namakan anak perempuannya Naira Mikayla Perak Today (1 Disember 2012). Dicapai pada 20 Ogos 2013.
- ^ Nabil Ahmad selesai majlis aqiqah Leyla Medyna Rotikaya (17 Mei 2015). Dicapai pada 20 Ogos 2015.
- ^ Nabil Ahmad timang cahaya mata perempuan ketiga Sinar Harian (25 April 2019). Dicapai pada 20 Ogos 2019.
- ^ Najiy Jefri (11 September 2018). Nabil harap anak lelaki Harian Metro. Dicapai pada 20 Ogos 2019.
- ^ Peluk Irma tak jejas ekonomi negara - Nabil Utusan Malaysia. Dicapai pada 20 Ogos 2010.