Irma Hasmie
Irma Hasmie binti Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Irma Hasmie (lahir 8 Januari 1982) merupakan seorang pelakon, pengacara dan model Malaysia.
Irma Hasmie | |
---|---|
Kelahiran | Irma Hasmie binti Ibrahim 8 Januari 1982 |
Pendidikan | Diploma Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) |
Pusat pendidikan | Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jalan Semarak, Kuala Lumpur |
Pekerjaan | Pelakon, model, pengacara |
Tahun aktif | 2004–kini |
Terkenal kerana | pembantu pengacara Roda Impian musim ke-11 |
Pasangan | Redza Syah Azmeer (k. 2012) |
Anak-anak | 2 |
Kehidupan awal Sunting
Bapanya berasal dari Kota Bharu, Kelantan manakala ibunya dari Hulu Selangor. Irma berdarah campuran Pakistan (ayah) dan Cina (ibu).
Anak sulung tiga beradik ini mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Dia memiliki Diploma Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Kerjaya Sunting
Irma pernah memenangi Gadis Jelita 2004 anjuran majalah Jelita. Pertama kali mengenali dunia lakonan apabila membintangi filem Cinta Fotokopi, diikuti Main-Main Cinta selepas dilamar Metrowealth International Group (MIG) pada 2004. Filem lain ialah Bujang Senang dan Diva. Secara rasmi keluar dari MIG mulai Mac 2007 dan kini mengurus sendiri kerjayanya.
Pernah bergelar pembantu pengacara Roda Impian musim ke-11 bersama pengacaranya, Allahyarham Hani Mohsin. Selain filem, Irma juga bergelar pelakon TV.
Kehidupan peribadi Sunting
Pada 29 Jun 2012, Irma Hasmie telah melangsungkan majlis perkahwinannya bersama pasangannya Redza Syah Azmeer. Pasangan pengantin dinikahkan sendiri oleh bapa Irma, Ibrahim Othman. Majlis Perkahwinan telah diadakan di Dewan Sri Melati, Putrajaya.[1]
Beliau sebelum ini pernah digosipkan dengan pelakon Farid Kamil dan pelawak Nabil Ahmad.
Filemografi Sunting
Filem Sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2005 | Gangster | Filem pertama, pelakon tambahan | |
Cinta Fotokopi | Amy | ||
Anak Mami Kembali | Model | Penampilan khas | |
2006 | Main-Main Cinta | Nana | |
Bujang Senang | Marlia | Penampilan khas | |
Cicak-Man | Pembaca Berita | Penampilan kameo | |
2007 | Diva | ||
2008 | Sepi | Roxy | |
2010 | 2 Hati 1 Jiwa | ||
Hooperz | Emak Saidatul |
Drama Sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2006 | Janji Diana | Mira | TV2 | |
2007–2008 | Muung | Irmoo Hasmoo (suara) | Tonton | |
2008 | Bella | Dr. Mia | TV3 | |
2009 | Segalanya Ku Terima | Azlina | ||
2009–2010 | Aliff Firdaus | Dira | ||
2011 | Samson & Delaila | Sally (muda) | ||
Kasih Alia | Qistina |
Telefilem Sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2008 | Terlerai Takbir Kasih | TV3 | |
2011 | Hatiku Di Kinabalu | Lara | Astro Citra |
Televisyen Sunting
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2006 | Roda Impian (Musim 11) | Pembantu pengacara | Astro Ria | bersama Hani Mohsin |
2014–2022 | Assalamualaikum | Pengacara | TV AlHijrah |
Iklan Sunting
Tajuk |
---|
Tourism Malaysia (Cuti-Cuti Malaysia) |
Fair & Lovely |
Yamaha dan Pringle's |