AC Mizal

Penyanyi, pelakon, pengacara, pelawak dan penyampai radio Malaysia
(Dilencongkan dari Mizal Zaini)

Dato' Mizal Dato' Zaini atau lebih dikenali sebagai AC Mizal (lahir 21 Disember 1971) merupakan seorang pelakon, penyanyi, pelawak, pengacara dan penyampai radio Malaysia. Beliau dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang yang membawa gelaran Dato' daripada Sultan Ahmad Shah, Sultan Pahang pada penghujung tahun 2009.[1]


AC Mizal

DIMP
Kelahiran
Mizal bin Zaini

(1971-12-21) 21 Disember 1971 (umur 48)
PekerjaanPelakon, penyanyi, pelawak, pengacara, penyampai radio
Tahun aktif1991–kini
PasanganDatin Emylia Rosnaida (k. 2004)
Shafnie Zainuddin (k. 1995; c. 2001)
Anak4
Ibu bapa
  • Dato' Zaini Md. Hasim (bapa)
  • Datin Madzinah Mansor (ibu)
SaudaraRokiah Ibrahim (ibu mertua)
Abdul Hamid Md. Ally (bapa mertua)

Bekas pengacara Akademi Fantasia itu mengakui telah menerima surat penganugerahan tersebut pada awal Ramadan tahun 2009 Masihi dan telah menerima secara rasmi gelaran berkenaan mengikut adat istiadat istana pada akhir tahun 2009.[perlu rujukan]

Kehidupan awal

AC Mizal dilahirkan di Johor Bharu, Johor pada 21 Disember 1971.[2]

Kerjaya

Muzik

Mizal mula membabitkan diri dalam dunia seni pada tahun 1991 dengan menganggotai kumpulan rap 4U2C. Setelah kumpulan itu berpecah, AC lebih menumpukan kerjayanya terhadap bidang pengacaraan sebelum terbabit dalam bidang lakonan.

Lakonan

AC Mizal memulakan kerjaya lakonan pada 1999 menerusi drama kepolisan Gerak Khas bersama barisan pelakon terawalnya termasuk Yusof Haslam, A. Galak, Deen Maidin, Abby Abadi, Farid Amirul, dan Shaharon Anuar. Beliau memegang watak sebagai ASP Mazlan dan kemudiannya berlakon dalam dua siri filemnya, Gerak Khas The Movie (2001) dan Gerak Khas The Movie II.

Dengan kejayaan dua siri filem Gerak Khas, pembabitan AC dalam bidang lakonan semakin meningkat.

Pengacara

Dalam kerjayanya sebagai pengacara, beliau dilihat semakin popular sejak menjadi hos bagi rancangan Akademi Fantasia,[3]RM1,000,000 Money Drop dan AC Di Sini di Astro Ria.

Cabang lain

AC Mizal terlibat dalam bidang perniagaan menjual gelang magnet melalui syarikat AC Konsortium Sdn Bhd.[4][5] Terdapat kontroversi mengenai penjualan gelang ini, namun telah dijawab beliau melalui temubual Harian Metro.[4]

Kehidupan peribadi

Beliau berkahwin dengan Shafnie Zainuddin pada 24 Jun 1995. Hasil perkongsian hidup tersebut, AC telah dikurniakan dua orang anak iaitu Muhammad Shafiq Iman dan Muhammad Shabil Iman. Mizal dan Shafnie bercerai pada 17 Oktober 2001[3]

Hasil perkahwinannya bersama Datin Emylia Rosnaida (kakak Emelda Rosmila), beiau memiliki 2 orang anak Muhammad Reeve Damien dan Fea Eryssa.[6]

Kurniaan Darjah Kebesaran

  •   Pahang :
    •   Darjah Indera Mahkota Pahang Peringkat Kedua (D.I.M.P.) – Dato' (2010)

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
1999 Bara Hisham Yusof Haslam Filem pertama
2000 Pasrah Zamri
2001 Gerak Khas The Movie Inspektor Mazlan
2002 Gerak Khas The Movie II
2004 Makar Aiman Silver Chung
Buli Rudy Afdlin Shauki
2005 Baik Punya Cilok Wak
2006 Buli Balik Rudy
Cicak-Man Ginger 2 Yusry Abdul Halim
2007 Diva Rudy Sharad Sharan
Zombi Kampung Pisang Mat Karan Mamat Khalid
2008 Cuci Tan Hans Isaac
Apa Kata Hati? Bomoh Saw Teong Hin Penampilan khas
Los dan Faun Afdlin Shauki
Cicakman 2 - Planet Hitam Ginger Ghost 2 Yusry Abdul Halim
2009 My Spy AJ Afdlin Shauki
2017 Abang Long Fadil 2 King Kong / Cobra Syafiq Yusof
TBA Zaara Roy Pos-produksi

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1998–1999 Roda-Roda Kuala Lumpur Korperal Jefri TV1
1999–2002 Gerak Khas Inspektor Mazlan
2007 Dakollin Dakkosi Dakkosi Astro Prima
2019 Pop Yeah Yeah Jefri Dom TV3

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2003 Neon Karim VCD
2006 Kantoi Astro Ria

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2006–2009 AC Di Sini Dirinya sendiri / pengacara Astro Ria
2008 Akademi Fantasia Musim 6
2009 Akademi Fantasia Musim 7
2011–2012 RM1,000,000 Money Drop
2011 Maharaja Lawak Astro Warna
Maharaja Lawak Mega
2012 Maharaja Lawak Mega 2012
2013 Maharaja Lawak Mega 2013
Raja Lawak Astro (Musim 7) Juri tetap
2013–2015 Sembang Teh Tarik Dirinya sendiri / pengacara
2014 Maharaja Lawak Mega 2014
Havocwarna
Terbaik Toqq
2015 Super Spontan All Star
2015–2016 Dalang Prank
2016 Maharaja Lawak Mega 2016
Super Spontan Superstar
Sembang Teh Tarik Kaw
Kaunter Kebaboom! Pengacara bersama Atu Zero Astro Ria
Akademi Fantasia Musim 13 Juri tetap
Duo Star Dirinya sendiri / pengacara
2017 Maharaja Lawak Mega 2017 Astro Warna
Super Spontan Superstar 2017
2018 Gegar Lawak 2018 Juri tetap
Super Spontan Xtravaganza Dirinya sendiri / pengacara
Maharaja Lawak Mega 2018
2019 Di Balik Tawa (Musim 2) Dirinya sendiri
I Can See Your Voice Malaysia (Musim 2) Artis jemputan (Episod 9) TV3
Maharaja Lawak Mega 2019 Dirinya sendiri / pengacara Astro Warna
2020 Dansa Dan Sing Pengacara jemputan Astro Ria
Punchline DAC Dirinya sendiri / pengacara Astro Warna
The Masked Singer Malaysia
Gegar Vaganza (musim 7) Pengacara jemputan Astro Ria
Vokal Mania Pengacara TV3

Diskografi

Single
Tahun Tajuk Penyanyi undangan Rujukan
2004 "Tassamaqu"
2012 "Apo Kono Eh Jang" Rafidah Ibrahim
2013 "Al-Haq.....Yang Satu" Mawi
2014 "Paranoid" Luna Maya
2017 "Senonita" Syamsul Yusof & Shuib Sepahtu (OST Abang Long Fadil 2)
"Itu Saja"

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
1993 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1993 Penyanyi Berkumpulan Popular 4U2C Menang
2000-2001 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2000/01 Pelakon TV Lelaki Popular Gerak Khas Menang
2013 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 Pengacara TV Lelaki Popular Dato AC Mizal Tercalon
2014 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 Pengacara TV Lelaki Popular Dato AC Mizal Menang
2015 Anugerah MeleTOP Era 2015 Hos MeleTOP Dato AC Mizal (Maharaja Lawak Mega 2013) Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 Pengacara TV Lelaki Popular Dato AC Mizal Tercalon
Anugerah Lawak Warna 2015 Pengacara Lawak Paling Popular Dato AC Mizal Menang
2016 Anugerah MeleTOP Era 2016 Hos MeleTOP Dato AC Mizal "(Super Spontan All Stars)" Menang
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian Pengacara TV Popular N/A Tercalon
Artis Versatil Popular N/A Tercalon

Rujukan

  1. ^ AC Mizal Sahkan Terima Gelaran Dato', MyStar.
  2. ^ Mizal Zaini
  3. ^ a b Utusan Malaysia Online, [1], 5 Oktober 2010, diakses 11 November 2010.
  4. ^ a b AC jawab dakwaan myMetro
  5. ^ Tuah gelang AC KOSMO! Online
  6. ^ (Gambar) Anak kedua Ac-Mizal dan Emylia Rosnaida.

Pautan luar