Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Drama) Anugerah Skrin

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Drama) merupakan salah satu anugerah yang dipertandingkan dalam Anugerah Skrin yang dianjurkan secara tahunan (pernah secara dwitahunan) oleh Sistem Televisyen Malaysia di bawah Media Prima Berhad yang mengiktiraf pelakon wanita yang telah memberikan persembahan yang terbaik dalam watak pembantu menerusi medium drama TV. Pencalonan pelakon wanita dalam kategori ini telah ditentukan oleh juri-juri yang berpengalaman. Dalam mencari pemenang, pemenang tersebut ditentukan oleh kesepakatan juri-juri tersebut. Penyertaan untuk kategori ini dinilai daripada drama-drama yang ditayangkan di saluran di bawah Media Prima (TV3, ntv7, 8TV dan TV9), saluran di bawah Radio Televisyen Malaysia (TV1, TV2), saluran di bawah ASTRO (Ria, Prima, Oasis, Citra dan Mustika), TV Al Hijrah serta HyppTV.

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Drama) Anugerah Skrin
Dianugerahkan untuk "Persembahan pelakon wanita dalam watak pembantu / penyokong atau undangan dalam sesebuah drama televisyen di Malaysia"
Diberikan  Sistem Televisyen Malaysia Berhad
Negara Malaysia
Diperkenalkan pada 1994 (untuk persembahan lakonan TV pada tahun edisi 1994)
Pemenang pertama Anne Ngasri,
Anak Angkat (ASK1994)
Kini dipegang oleh Amyza Aznan,
Batik Zakiah (ASK2019)

Anugerah ini setara dengan anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Drama) yang diberikan kepada pelakon lelaki.


Pemenang dan calon sunting

Berikut merupakan senarai pemenang dan pencalonan bagi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Drama):

Tahun Pelakon Drama Peranan
1994 Anne Ngasri Anak Angkat '
Ainina Ahmad B Sembilu Kasih
Nazlina Ngasri Korban
Maria Farida Taktik
Wan Maimunah Anak Angkat
1995 Lydiawati Mega '
Didie Alias Masih Ada Harapan
Haliza Misbun Selamat Pengantin Baru Datuk
Ida Nerina Ratu Jamu
Maria Farida Lutsinar
1996 Linda Helmy Ribuan Mimpi-mimpi '
Sharifah Shahirah Kembali
1997 Darling Ngasri Selamat Hari Jadi Su III '
Didie Alias MoU
Khatijah Tan Orang Gaji
1998 Haliza Misbun Airmata Ibu '
Haliza Misbun Tumirah
Norlia Ghani Satu Juta
Rosnani Jamil Najiha
Tushee Semarai
1999 Haliza Misbun Odisi '
Aliza Rafar Tidak Semerah Mentari
Rose Iskandar Surah Terakhir
2001 Azizah Mahzan 25 Tahun 5 Minit '
Aida Aris Ayuni
Azizah Mahzan Minah Meenachi
Norseha Hangatnya Salju, Dinginnya Bara
Sofia Ibrahim Orang Gaji Sementara
2003 Wan Maimunah Rumah Di Tengah Sawah '
Khatijah Tan Ayam Kampung
Kuza Tarantula
Rosnah Mat Aris Tongkat Tok Ali
Sheila Rusly Good Morning Cikgu Kak Eton
2005 Juhara Ayob Cinta Si Penggali Kubur '
Wan Maimunah Sekeras Kerikil
Azizah Mahzan Aleya Maisarah
Raja Azura Ustaz Sufi
Intan Azura Miftahul Jamilah
2006 Elza Irdalynna Lebih Bisa Dari Jelatang '
Fauziah Nawi Nur Di Pintu Syurga
Jasmin Hamid Syurga Di Mana
Nanu Baharuddin Korban Kala
Lisdawati Al-Kausar
2007 Noorkhiriah Nek Kiah '
Sheila Rusly Sebuah Ijtihad
Maimon Mutalib Sirah
Sarimah Ahmad Takbir Suci
Yusni Jaafar Selimut Putih
2008 Normah Damanhuri Tuhan Pun Tahu '
Anita Baharom Relung Kasih
Raja Azura Suara Saleha
Maimon Mutalib Cinta Si Rempit
Rozita Che Wan Wasiat Fitrah
2009 Norish Ismail Tersasar di Jalanmu '
Nurul Akma Afida Jalan Pintas ke Neraka
Lisdawati Nazaruddin Terlerai Takbir Kasih
Sheila Mambo Tak Serupa Tapi Sama
Erin Malek Mama Nenek
2010 Fadilah Mansor Sebelum Akhirat '
Fauziah Nawi Kaki
Rozie Othman Masyitah
Rozie Rashid Perempuan
Wan Nor Azlin Dalil Cinta
2011 Nurul Elfira Loy Kum Kum Mariam
Aripah Damanhuri Berkalung Noda
Rosnah Johari Janji Syurga
Maimon Mutalib Kemaafan Yang Tertangguh
Sabrina Ali Masihkah Ada Sinar
2012 Sherie Merlis Di Telapak Kaki Bonda '
Maimon Mutalib Hilangnya Doa Seorang Ibu Zubaidah
Norish Karman Maharku Untukmu
Rosnah Mat Aris Gincu Ayah
Fadilah Mansor Ku Petik Dosa Sal
2013 Izreen Azminda Perempuan Itu Ibuku Kamariah
Khatijah Tan Akhirnya Kisah Perempuan
Ruminah Sidek Mawar Putih Tanda Perpisahan
Liza Abdullah Neraka Abah
Amanda Misbun Tunggu Sekejap
2014 Nabila Huda Balqis Anis
Didie Alias Olong
Fauziah Nawi Pelita Tanpa Sumbu
Izreen Azminda Perjalanan
Elfaeza Ul Haq Rumah Buat Ibuku
2015 Raja Ilya Lorong Kecil Ke Syurga '
Ellie Suriati Penyabong
Reen Rahim Talak Rina
Nad Zainal Dari Pintu Neraka
Normah Damanhuri Cahaya Malaika
2016 Fazlina Ahmad Daud Cermin Kasih '
Aida Aris Anak Ibu Buangan Ibu
Nadia Aqilah Fatin
Amyza Aznan Ku Haramkan Susu Itu
Ku Faridah Ramadan Berteduh Syawal
2017 Azizah Mahzan Terima Kasih Ramadan '
Izreen Azminda Pesan Dari Tuhan
Ruminah Sidek Kapur Kuning Buat Puteh
Marissa Yasmin Kapcai Ayah
Fazlina Ahmad Daud Menantu Material
2018 Fauziah Nawi Pendosa Ingin Ke Syurga '
Sheila Rusly Aku Nazmi Puan Juha
Zarina Zainuddin Luyak Zaleha
Wan Maimunah Qalbu Nenek
Mira Filzah Dosa Perempuan Tasha
2019 Amyza Aznan Batik Zakiah '
Wan Nor Azlin Dia Tidak Berdosa
Laila Nasir Neraka Kasih Maisarah
Wan Sharmila Remuk
Faradhiya Wakaf Dosa

Lihat juga sunting