Buka menu utama

Anugerah Skrin 2014 (ASK2014) ialah majlis penganugerahan seni audiovisual (filem dan televisyen) Malaysia yang dianjurkan buat kali ke-18. Majlis bertemakan "Prestij dan Anggun" yang diacarakan oleh Fahrin Ahmad dengan bantuan Hani Hatim dan Aidid Marcello di Karpet Merah berlangsung pada 7 November 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.[1]

Isi kandungan

AmSunting

Majlis kali ini memperkenalkan dua anugerah baru iaitu Drama Bersiri Terbaik Di Laman Sosial dan Drama Premium Terbaik. Menurut Sherina Nordin, Pengurus Besar Kumpulan, TV3 & TV9, mengenai anugerah-anugerah baru tersebut: "Drama Bersiri Terbaik di Laman Sosial akan memberi pengiktirafan kepada drama bersiri yang menjadi bualan hangat penonton di laman sosial media sewaktu siaran dan juga mendapat trending di laman sosial pada setiap episod atau semasa waktu bersiaran. Kategori Drama Premium Terbaik pula terbuka kepada peruntukan drama yang bernilai RM 150,000 ke atas dan mempunyai nilai sinematografi dan fotografi yang artistik."[1]

Bagaimanapun, ASK2014 digemparkan oleh penarikan diri Astro daripada mencalonkan sebarang hasil terbitan tanpa sebab yang jelas, maka tinggal sahaja terbitan-terbitan Media Prima, RTM, Bernama dan TV Al-Hijrah yang bersaing.[2]

PersembahanSunting

Segmen Artis/Persembahan!
Persembahan Pembukaan ♪ "Oghe Kito" - Iwere dan "Gadis Jelebu" - W.A.R.I.S
Aluan Pengacara Fahrin Ahmad
Penyampaian Anugerah 1 Nurfarahin Jamsari menyampaikan kategori Rancangan Majalah/Dokumentari Terbaik, Videografi Drama Terbaik
Perantaraan 1 Zul Ariffin
Penyampaian Anugerah 2 Vanidah Imran menyampaikan kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem) dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Filem)
Klip 1 Senarai pemenang anugerah teknikal untuk televisyen
Perantaraan 2 Fahrin Ahmad
Persembahan Selingan 1 Sketsa/ Muzikal "Bikin Filem" diterajui Erma Fatima bersama ensembel
Perantaraan 3 Fahrin Ahmad
Penyampaian Anugerah 3 Farith Ismeth Emir menyampaikan kategori Rancangan Bual Bicara Terbaik dan Laporan Khas/Berita Terbaik.
Perantaraan 4 Tasha Shilla
Penyampaian Anugerah 4 Ahmad Tamimi Siregar menyampaikan kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama
Perantaraan 5 Fahrin Ahmad
Persembahan Selingan 2 Medley Tiga Biduanita dalam Melodi Adnan Abu Hassan
Perantaraan 6 Shukri Yahaya menyampaikan segmen belasungkawa
Penyampaian Anugerah 5 Rashid Sibir menyampaikan kategori Lakonlayar Terbaik dan Lakon TV Terbaik
Perantaraan 7 Fara Fauzana
Penyampaian Anugerah 6 Umie Aida menyampaikan kategori Pelakon Wanita Terbaik (Filem) dan Pelakon Lelaki Terbaik (Filem)
Perantaraan 8 Fahrin Ahmad
Persembahan Selingan 3 Sketsa "Dua Lagenda" diterajui oleh Adlin Aman Ramli bersama ensembel
Perantaraan 9 Fahrin Ahmad
Penyampaian Anugerah 7 Amy dari Kumpulan Search menyampaikan kategori Rancangan Hiburan Terbaik , Rancangan Realiti Terbaik dan Rancangan Anugerah Terbaik
Perantaraan 10 Nabila Huda
Penyampaian Anugerah 8 Ziela Jalil menyampaikan Pelakon Lelaki Terbaik Drama dan Pelakon Wanita Terbaik Drama
Klip 2 Senarai pemenang kategori teknikal
Perantaraan 11 Fahrin Ahmad dan Amyra Rosli
Persembahan Selingan 4 ♪ "Cindai" - Stacy
Perantaraan 12 Fahrin Ahmad
Penyampaian Anugerah 9 AR Badul menyampaikan kategori Drama Rantaian Pilihan Media Sosial dan Drama Komedi Terbaik
Perantaraan 13 Fiza Sabjahan
Penyampaian Anugerah 10 Rosyam Nor menyampaikan kategori Pengarah Filem Terbaik dan Pengarah Drama Terbaik
Perantaraan 14 Fiza Sabjahan, Tasha Shilla dan Zul Ariffin
Penyampaian Anugerah 11 Fauziah Ahmad Daud menyampaikan Drama Rantaian Terbaik dan Drama Premium Terbaik
Perantaraan 15 Shukri Yahaya, Nabila Huda dan Amyra Rosli
Penyampaian Anugerah 12 Yusof Haslam dan Jalaluddin Hassan menyampaikan Drama Terbaik dan Filem Terbaik
Penutup Fahrin Ahmad dan Fara Fauzana
Persembahan Penutup Medley Jazz ♪ "Dua Insan Bercinta" / "Sepi Sekuntum Mawar Merah" / "Standing In The Eyes of the World" - Ella

Calon dan pemenangSunting

Calon dan PemenangSunting

Kategori DramaSunting

Drama Terbaik Pengarah Drama Terbaik Drama Rantaian Terbaik Drama Rantaian Pilihan Media Sosial Drama Komedi Terbaik Drama Premium Terbaik
  • Nasi Ayam Duda (Cinematic Sdn Bhd)
    • Bedah VS Joyah (ZK Creative Production)
    • Mat Three Four (Balang Rimbun)
    • Yes, Boss! (Zeel Production)
  • Carlos Bolos (Frontrow Pictures Sdn Bhd)
    • 7 Jam (Double Vision)
Pelakon Lelaki Terbaik Drama Pelakon Wanita Terbaik Drama Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama
  • Puteri Balqis (Balqis)
    • Nursyafiqa Mohd Haris - Matahari Terbit Lagi
    • Melly Amalin - Olong
    • Normah Damanhuri - Rumah Buat Ibuku
    • Nad Zainal - Walau Siapapun Aku
Videografi Drama Terbaik Lakon TV Drama Terbaik
  • Mohammed Mohd Rameli - Matahari Terbit Lagi
    • Asrar Lukmanal Hakim - Balqis
    • Mohammed Mohd Rameli - Olong
    • Asri Paq'u Tajuddin - Pelita Tanpa Sumbu
    • Mohd Fairuz Kamarulzaman - Rumah Buat Ibuku
  • Eenaz Mokhtar - Matahari Terbit Lagi
    • Ida Johan - Olong
    • Mazelan Manan - Kata Samseng
    • Mazelan Manan - Walau Siapapun Aku
    • Erma Fatima - Balqis

Kategori FilemSunting

Filem Terbaik Pengarah Filem Terbaik Lakon Layar Terbaik
  • Tanda Putera (Pesona Pictures)
    • Penanggal (Primeworks/Astro Shaw)
    • Sejoli (Primeworks)
    • Kolumpo (Otto Film)
    • Psiko Pencuri Hati (Filmecca)
Pelakon Lelaki Terbaik Filem Pelakon Wanita Terbaik Filem Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem

Kategori Penerbitan DalamanSunting

Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik Rancangan Bual Bicara Terbaik Rancangan Hiburan Terbaik Rancangan AnugerahTerbaik Rancangan Realiti Terbaik Laporan Khas/Berita Terbaik
  • Dengan Basikal Aku Menjelajah (Ep. Cahaya Misteri Aurora Borealis - Penerbit: Zahariz Khuzaimah (TV Al-Hijrah)
    • XPlorasi (Ep. Misi Dakota KN630) - Penerbit: Jabir Shafie (RTM TV1)
    • Simfoni Alam (Ep. Pejuang Tamalian) - Penerbit: Izwan Mohd Mokhtar (RTM TV1)
    • Bella Hopes 2014 - Penerbit: Hisham Abdullah (ntv7)
    • Bersamamu (Ep. Penuhi Impian Amiruddin Abdullah) - Penerbit: Mazlin Nordin (TV3)
  • Malaysia Hari Ini (Misi Mencari MH 370) - Penerbit: Izwan Ibrahim (TV3)
    • Tunggu Sekejap Musim 3 - Penerbit: Zaini Saidi (TV3)
    • Wanita Hari Ini - Penerbit: Fiza Sabjahan (TV3)
    • 30 Minit Ustaz Don (Ep. Liverpool England) - Penerbit: Muhaimi Mohd Nor (TVAH)
    • Bella 2014 - Penerbit: Fakhrunisa Hamdan (ntv7)
  • Rockestra - Penerbit: Tengku Sahilawati Tengku Jehori (TV9)
    • Best In The World Musim 3 (Ep. Asam Pedas) - Penerbit: Muhaimin Mohd Nor (8TV)
    • Ke Korea Ke Kita - Penerbit: Khairul Adzweri (TV9)
    • Kecoh Pengacara Beraya - Penerbit: Nurhul Huda Khalid (TV3)
    • Ronggeng Rendang - Penerbit: Syarida Sharif (TV9)
  • Bintang Mencari Bintang Musim 2 (Ep. Akhir) - Penerbit: Muhamad Sufian Che Isa (TV3)
    • The Ultimate Song Musim 2 - Penerbit: Chong Kien Wen (8TV)
    • Let's Cycle - Penerbit: See Che How (8TV)
    • Showdown 2013 (Ep. Final Showdown) - Penerbit: Shazreena Mohd Kassim (8TV)
  • Buletin Utama- Kuda Kelate - Penerbit: Nurulhuda Abdul Aziz (TV3)
    • Berita TV9- Hak Dicabuli - Penerbit: Aminhayat Rahim (TV9)
    • Buletin Utama - Hari Pahlawan -Lahad Datu Diceroboh - Penerbit: Abu Bakar Yaacob (TV3)
    • Buletin Utama - Pak Guard Asing - Penerbit: Nurulhuda Abdul Aziz (TV3)
    • Berita TV9 - Sayur Sampah - Penerbit: Aminhayat Rahim (TV9)

Anugerah TeknikalSunting

Videografi TV Terbaik Suntingan TV Terbaik Penataan Bunyi Terbaik Rancangan Siaran Langsung Penataan Cahaya Terbaik Rancangan Siaran Langsung Reka Bentuk Set Terbaik Montaj Terbaik
  • Shout! Awards 2013 - Nageswaran (8TV)
  • The Ultimate Song : Grand Finale - Ayob Khan Mustafa (8TV)

RujukanSunting

  1. ^ a b "TV3 Perkenal Dua Kategori Baru Anugerah Skrin 2014". Sensasi Selebriti. 2014-10-27. Dicapai 2014-11-09. 
  2. ^ "Astro Tarik Diri Sertai Anugerah Skrin 2014". Gua.com.my. 2014-10-10. Dicapai 2014-11-09. 

Pautan luarSunting