Natasha Hudson
Natasha Liana Mohd Redzuan yang dikenali sebagai Natasha Hudson (lahir 9 September 1982) ialah seorang model, pelakon, penulis, pengacara TV dan humanis Malaysia, berketurunan Melayu-Australia. Sebagai penulis, beliau menerbitkan beberapa buku antaranya Puisi Indah Si Pari-Pari (2006) dan My Heart My Soul My Passion (2007). Adiknya, Tania Hudson juga pelakon.[6]
Natasha Hudson | |
---|---|
Kelahiran | Natasha Liana binti Mohd Redzuan 9 September 1982 |
Warganegara | Malaysia-Australia |
Pekerjaan | Pelakon, model, pengacara, penulis |
Tahun aktif | 1990–kini |
Pasangan | |
Anak-anak | 3 |
Saudara | Tania Hudson (adik) |
Kehidupan peribadi
suntingNatasha berkahwin sebanyak 5 kali. Perkahwinan pertama beliau dengan Mohd Faiz Mohd Raih bertahan selama 4 bulan, diikuti perkahwinan kedua dengan ahli politik, Datuk Shahrin Zahari juga tidak bertahan lama. Beliau kemudian berkahwin dengan penyanyi hip hop Khalid Kamal atau Carleed Khaza yang juga bekas penyanyi kumpulan Phlowtron pada 15 April 2012. Dari tiga perkahwinannya, Natasha dikurniakan tiga anak—Nessa Helena, Naeema Khaleela dan Faatimah. Pasangan ini bercerai pada 2018.[7] Beliau berkahwin kali keempat dengan Noor Nashriq Sekarnor pada 7 Disember 2018 namun bercerai pada tahun 2019. Natasha berkahwin dengan Jay Jasmin pada tahun 2022.
Pada 2012 juga, beliau mengambil keputusan untuk berhijrah sekaligus meninggalkan bidang seni yang diceburi. Natasha yang kini tampil berpurdah pada Disember 2016.[8] Dalam satu temu bual bersama IKIM.fm pada 2017, Natasha berkongsi ceritanya yang pulang ke Australia untuk berjumpa dengan keluarga bukan beragama Islam termasuk bapanya sambil mendakwa layanan dari keluarganya amat berbeza.[9] Beliau turut mendakwa digelar Wahabi setelah berhijrah.[10]
Filemografi
suntingFilem
suntingTahun | Tajuk | Watak |
---|---|---|
2007 | Chermin | Nasrin |
2008 | Tipu Kanan Tipu Kiri | Sara |
2007 | Sumolah | Jurujual Celcom |
2011 | Halilintar | |
2013 | Langgar | Amanda |
Lemak Kampung Santan | Sofia | |
2014 | Mamak Cupcake | Kak Teh |
2023 | Kelab Rojak |
Drama
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2011 | Antara Keju dan Belacan | Tyna | Astro Warna | |
Bait Cinta | Syanaz | TV9 | ||
Deru Ombak | Astro Prima | |||
2012 | Andai Ku Tahu | Adura | TV9 | |
Cinta Luar Biasa | Lina | TV1 | ||
Tudung | ||||
Pulau | Aqilah | TV9 | ||
2021 | Bila Syaitan Berbisik | Maya | Astro Ria | Episod 1 |
Teater
suntingTahun | Tajuk |
---|---|
2008 | Ibu Zain |
2009 | Gamat |
Televisyen
suntingTahun | Tajuk | Saluran TV |
---|---|---|
2005 | Fesyen TV | Astro Ria |
2018 | Hadith Open Mic | Astro Oasis |
Bibliografi
sunting- Puisi Indah Si Pari-Pari (2006)
- My Heart My Soul My Passion (2007)
Anugerah dan pencalonan
suntingTahun | Anugerah | Kategori | Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2007 | Festival Filem Malaysia ke-20 | Pelakon Harapan Wanita | Chermin | Menang |
Pelakon Wanita Terbaik | Chermin | Tercalon | ||
2014 | Anugerah Skrin 2014 | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem | Lemak Kampung Santan | Menang |
Rujukan
sunting- ^ [1]
- ^ Fatin Farhana Ariffin (8 Disember 2018).Natasha Hudson kahwin kali keempat Berita Harian. Dicapai pada 28 Mei 2018.
- ^ y=2012&dt=0415&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm Nikah bukan alasan bertudung - Natasha Kosmo! Online (15 April 2012). Dicapai pada 15 April 2012.
- ^ Mohd Al-Qayum Azizi (8 Disember 2018) Natasha Hudson nikah kali ke-4, kini isteri usahawan Kelantan mStar Online. Dicapai pada 25 September 2019.
- ^ Kemalia Othman (15 Disember 2018) "Doakan yang baik-baik saja" - Natasha Hudson perkenal suami mStar Online. Dicapai pada 25 September 2019.
- ^ Izwan Mohd Isa (26 September 2017). Natasha Hudson masih mahu berlakon Diarkibkan 2018-06-27 di Wayback Machine Kosmo!. Dicapai pada 27 Jun 2018.
- ^ Aida Sue (16 April 2012). Majlis nikah sederhana Natasha Hudson & Carleed Khaza Wanista. Diperoleh pada 6 Julai 2012.
- ^ Azwa Rahman (6 Disember 2016). "Natasha Hudson Tampil Dengan Imej Berniqab". Rojak Daily. Dicapai pada 11 Disember 2016.
- ^ Siti Zurina Mat Saman (13 Jun 2017). "Kisah Natasha Hudson Tak Diberi Makanan Halal Oleh Keluarga & Cintanya Pada Quran Buat Hati Sebak!". Karangkraf. Dicapai pada 1 Disember 2017.
- ^ "Digelar Wahabi Kerana Berniqab, Natasha Hudson Kongsi Suka Duka Kisah 'Hijrah'nya". Oh Bulan!. 6 Disember 2016. Dicapai pada 11 Disember 2016.