Muzikal Gamat merupakan sebuah pementasan teater bercorak muzikal terbitan CTRA Production yang mengambil latar dasar laut dengan menceritkan kisah seekor gamat yang mencari anaknya. Teater ini menampilkan pelakon dan penyanyi popular Amy Mastura sebagai teraju utama. Teater ini pertama kali dipentaskan dari 2 hingga 8 Oktober 2009 dan kemudian dipentaskan semula pada 14 hingga 21 Mac 2010 dengan sedikit penambahbaikan.

Musim Pertama sunting

Persembahan musim pertama menyaksikan Amy Mastura muncul bersama barisan pelakon-pelakon kanak-kanak.

Produksi sunting

  • Penganjur : CTRA Production
  • Kerjasama :
    • 1) Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM)
    • 2) Istana Budaya
    • 3) Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN)
    • 4) Akademi Seni Budaya dan Warisan Negara (ASWARA)
    • 5) Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Penaung : Y.B. Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin (Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia)
  • Penerbit : Siti Rohayah Attan
  • Skrip : Zaifri Husin
  • Pengarah : Zaifri Husin
  • Komposer : Hafiz Askiak
  • Koreografer : Eliza Mustafa
  • Pelakon : Amy Mastura

Musim Kedua sunting

Persembahan musim kedua menyaksikan 2 orang penyanyi wanita tersohor negara iaitu Misha Omar dan Ziana Zain menyertai barisan ensembel. Misha diberi watak sebagai Ketua Ikan Buntal manakala Ziana dengan watak Ketua Obor-Obor. Ini merupakan penampilan debut mereka berdua di arena teater.