Norsehah binti Abu Bakar

Norsehah Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Seha Freedom ataupun Seha (19 Mac 1962 - 11 Oktober 2006) merupakan penyanyi bagi kumpulan Freedom yang popular dengan lagu popular "Mulanya Di Sini", "Persamaan" dan "Jauh Di Rindu" "Seloka Cinta Remaja" ciptaan Datuk M. Nasir pada era 1980-an. Beliau berasal dari Air Putih, Kuantan, Pahang.

Seha
Kelahiran
Norsehah binti Abu Bakar

(1962-03-19)19 Mac 1962
Meninggal dunia11 Oktober 2006(2006-10-11) (umur 44)
Sebab kematianKanser paru-paru
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
Nama lainSeha Freedom
PekerjaanPenyanyi, pemuzik
Terkenal keranaLagu "Mulanya di Sini" bersama kumpulan Freedom
PasanganChris Lund Abdullah (1990-1998; bercerai)
Azmy Thamby Chik (2003-2006; kematiannya)
Anak-anakMisha Kyrie Abu Bakar Lund
Karissa Iris Abu Bakar Lund
HubunganNordin Abu Bakar (abang)
Mohd Norbi Abu Bakar (adik)
Kerjaya muzik
GenrePop, balada
InstrumenVokal
Tahun aktif1987 - 2002
Syarikat rakaman
EMI Music Malaysia
Pengkarya berkait
Kumpulan Freedom

Seha sebagai seorang yang periang, senang didekati, penghibur yang bagus serta mahir memilih lagu yang boleh membangkitkan semangat penonton ketika mengadakan konsert.

Shuaib Shaari, 48 merupakan rakan duet Seha dalam kumpulan Freedom. Seha tinggal di Villa Puteri Kondominium. Sebelum menyertai kumpulan Freedom, Seha merupakan ahli kumpulan Peppers.

Selepas bercerai, Seha pernah bekerja di beberapa pub termasuk Piccadilly, Damansara. Seha mengakui kanser paru-parunya dikesan selepas bekerja di pub. Di tempat itu penuh asap rokok dan minuman keras.

Keluarga sunting

Berkahwin dengan suami kedua iaitu Azmi Thamby Chik pada 2003, seorang tokoh korporat. Azmi Thambi Chik merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Industrial Estate Berhad (MIEL). Tidak mempunyai anak.

Suami pertamanya Chris Lund Abdullah. Mereka mendapat seorang anak lelaki dan seorang perempuan. Anak lelakinya bernama Misha Kyrie Lund (15 tahun) mengikut bapanya Chris Lund dan difahamkan berada di Arab Saudi. Selepas bercerai tahun 1998, Chris berhijrah ke Indonesia dan membawa Misya Kyrie Lund dan berkahwin lain. Seterusnya Chris pindah ke London bersama anak sulung mereka. Karissa Iris Lund pula berumur 10 tahun. Pelajar tahun empat SK Bukit Bandaraya, Bangsar.

Abang Seha iaitu Datuk Nordin Abu Bakar dan anak gadisnya Iman berusaha mengesan Misya Kyrie Lund melalui internet, blog dan emel. Seha ingin menemui anaknya yang tidak ditemui sejak 10 tahun lalu. Akhirnya mereka dapat bercakap melalui telefon walaupun tidak dapat berjumpa.

Kanser paru-paru sunting

Beritanya heboh dalam Berita Harian . Ketika itu beliau berada di Wad Onkologi, Hospital Kuala Lumpur. Beliau mendapat rawatan rapi dari doktor pakar, tidak boleh terlalu terdedah bagi mengelakkan jangkitan kuman. Antibodinya masih lemah dan menjalani rawatan radioterapi dan kimoterapi. Selain itu dia mengidap penyakit asma yang teruk pada musim jerebu Oktober 2006.

Barah paru-paru dikesan pada Ogos 2006 setelah batuk dan batuk berdarah berminggu-minggu. Doktor turut mengesan ketumbuhan atau tumor pada tisu-tisu lembut (soft tissues) di lutut dan merebak ke bahagian peranakan.

Doktor pakar di Hospital Kuala Lumpur memberitahu bahawa kanser paru-paru beliau sudah kronik.

Karyawan sunting

Rombongan Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) diketuai presidennya Freddie Fernandez , Datuk Sarimah Ahmad, Nash Lefthanded, Zaibo, Yusni Jaafar, Radhi Khalid, Mazin Siraj dan Syed Mahdi Barakbah telah melawat Seha di wad Onkologi, HKL.

Seha sama-sama memperjuangkan agenda MIM (Music Industry Malaysia) sejak tujuh tahun lalu.

Kematian sunting

Seha meninggal dunia pada pagi Rabu, 11 Oktober 2006 di Hospital Kuala Lumpur pada usia 44 tahun.[1]

Jenazahnya di bawa ke rumah abangnya Mohd Norbi Abu Bakar di No. 9, Jalan Kesuma 2, Taman Kesuma, Ampang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Taman Kosas, Ampang selepas Zohor. Turut hadir Samantha Schubert, Deja Moss, Awie dan Ghani Freedom.

Diskografi sunting

Album bersama Freedom sunting

  • Mulanya Di Sini (1987)
  • Kau Yang Memungkinkannya (1988)
  • Cinta Ciptaan Kita (1989)

Album solo sunting

  • Seha (1988)
  • Hitam Manis (1990)
  • Enigma (1993)

Rujukan sunting

  1. ^ Ruhaidini Abd Kadir (12 Oktober 2006). Seha meninggal akibat kanser paru-paru[pautan mati kekal] Utusan Malaysia. Dicapai pada 27 Mac 2014.

Pautan luar sunting