Buka menu utama
Setiap antibodi mengikat pada antigen spesifik.

Antibodi (Bahasa Inggeris: antibody, gamma globulin) ialah glikoprotein dengan struktur tertentu yang dirembes oleh sel B[1] yang telah diaktifkan menjadi sel plasma,[2] sebagai tindak balas kepada antigen tertentu dan reaktif terhadap antigen ini.[3] Sistem imun manusia ditentukan oleh kemampuan tubuh untuk menghasilkan antibodi untuk melawan antigen. Antibodi boleh didapati di dalam darah atau kelenjar badan vertebrata lain, dan digunakan oleh sistem imun untuk mengenal pasti dan meneutralkan benda asing seperti bakteria dan virus. Molekul antibodi beredar di dalam saluran darah dan memasuki tisu badan melalui proses keradangan.[3] Mereka diperbuat daripada beberapa struktur asas yang dipanggil rantai. Setiap antibodi mempunyai dua rantai berat besar dan dua rantai ringan.[4]

Terdapat beberapa jenis rantai berat antibodi, dan beberapa jenis antibodi, yang dimasukkan ke dalam kelas atau isotip yang berlainan berdasarkan setiap rantai berat. Lima kelas antibodi yang berbeza diketahui berada di dalam badan mamalia dan memainkan peranan yang berlainan dan membantu mengarahkan tindak balas imun yang betul untuk setiap jenis badan asing yang berbeza yang memasuki tubuh,[5] iaitu: IgG, IgM, IgA, IgD dan IgE.

RujukanSunting

  1. ^ "Immunobiology, chapter 3. The structure of a typical antibody molecule". Charles A. Janeway, et al. 
  2. ^ "Serum protein". Jeremy E. Kaslow. Dicapai 2010-02-20. 
  3. ^ a b "The adaptive immune system". 
  4. ^ "Immunobiology, figure 3.2 Immunoglobulin molecules are composed of two types of protein chain: heavy chains and light chains". Charles A. Janeway, et al. 
  5. ^ Market E, Papavasiliou FN. 2003, V(D)J recombination and the evolution of the adaptive immune system. PLoS Biol. (1):E16.

Pautan luarSunting