Masih Ada Cinta merupakan sebuah drama bersiri yang disiarkan di Slot Samarinda TV3.

Masih Ada Cinta
FormatTelevisyen
PengarahAzman Yahya
Dibintangi oleh
Eja
Rosyam Nor
Jins Shamsudin
Sarimah Ahmad
Arash Mohamad
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Samarinda)
Siaran asal23 November 2004 – 18 Januari 2005
MengikutiMama Paparazzi
Diikuti olehVilla Cinta Daddy

Sinopsis sunting

Selepas bertahun-tahun kematian isterinya, Zahran tidak mempunyai banyak harapan dan selalu mengurungkan diri. Kini tinggal bersama anak lelaki tunggal Zahrul, 25 tahun. Keadaan ini amat merunsingkan Zahrul. Zahran selalu ke sebuah taman rekreasi untuk menghabiskan masanya. Sewaktu Zahran berjalan-jalan, dia terpandang sebuah potret dan Zahran seperti mengenali wajah wanita potret. Wanita dalam potret tersebut adalah kembar isterinya, Zakiah yang telah mengikut suaminya selepas berkahwin. Zahran tidak putus asa mencari Zakiah dan akhirnya mereka bertemu. Hubungan antara mereka semakin terjalin erat.

Suatu hari, Zahrul mengekori Zahran ke taman. Ketika memerhati ayahnya, Zahrul terpandang Tasya dan tertarik kepadanya. Begitu juga sebaliknya. Pertemuan singkat itu membuatkan Zahrul ingin bertemu Tasya semula. Zahrul da Tasya sibuk memenuhi hasrat ibu bapanya dengan menjodohkan mereka. Pada masa yang sama, Tasya telah jatuh cinta kepadanya. Bakal tunangnya Farah mula mengesyaki Zahrul ada wanita lain. Farah bertindak menyerang Tasya dan....

Pelakon sunting

Lagu tema sunting

Pautan luar sunting