Ibnor Riza (lahir Ibnor Riza bin Ibrahim; 1961) merupakan seorang penyanyi dari Malaysia yang terbabit dalam bidang seni semenjak 1984 melalui penyertaan pertandingan Bintang RTM dan kemudiannya di lamar menjadi artis rakaman Sony Music Entertainment yang dahulunya dikenali sebagai CBS.

Ibnor Riza
Nama lahirIbnor Riza bin Ibrahim
Kelahiran1961 (umur 61–62)
Batu Kikir, Negeri Sembilan Negeri Sembilan
GenrePop
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif1980-an - 1990-an
Syarikat rakaman
Sony Music Entertainment

Beliau merupakan seorang kakitangan kerajaan[1] sebelum mengambil keputusan berhenti kerja pada 1993 bagi menumpukan kepada kerjaya seninya.

Ibnor Riza telah merakamkan 13 buah album sepanjang 23 tahun penglibatannya dalam bidang seni.pernah dan menerima anugerah platinum atas penjualan memberansangkan album "The Best of Ibnor Riza" (terjual sebanyak 25,000 unit).

Ibnor Riza kini menghasilkan album kompilasi lagu lama dengan judul "Kerongsang Jiwa" pada 2007. Ibnor Riza kini menyanyi sepenuh masa dan sering mengadakan persembahan di majlis-majlis tertutup, konsert Diraja dan persembahan TV terutama di RTM. Beliau kini mempunyai seorang anak perempuan berusia 16 tahun, Puteri Norizah, yang merupakan seorang penyanyi negara Brunei Darussalam.[2]

Diskografi sunting

Album studio
  1. Meneka Dalam Kesamaran (1987)
  2. Berdiri Seorang Perindu (1988)
  3. Rahsia Ukiran Duka (1989)
  4. Sudah Terluka Merindu Pula (1990)
  5. Mimpi Kita Berbeza (1992)
  6. Dangdut (1994)
  7. Ke Bahtera Impian (1995)
  8. Keronsang Jiwa (2007)
Album kompilasi
  1. The Best of Ibnor Riza (2005)
  2. The Essential Ibnor Riza (2011)

Album duet sunting

  1. Rohayu & Ibnor Riza - Seindah Budimu (1990)
  2. Noraniza Idris & Ibnor Riza - Seindah Budimu Vol. 2 (1991)

Album lain sunting

  1. Cinta Beb (2010)

Lagu-lagu sunting

  • Rindu Selamanya
  • Mimpi Yang Tak Sudah
  • Berdiri Seorang Perindu
  • Meneka Dalam Kesamaran
  • Mengimbau Impian Antara Kita
  • Rindu Selamanya

Rujukan sunting

  1. ^ "Ibnor dapat galakan Datuk Bandar KL". Utusan Online. 10 Disember 2011. Dicapai pada 10 Disember 2011‎. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  2. ^ "Ibnor Riza". MVM Production. 23 November 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-04-21. Dicapai pada 23 September 2012.

Pautan luar sunting