Irwansyah

Irwansyah (lahir di Jakarta, 6 Mac 1985; umur 38 tahun)[1][2][3] merupakan seorang pelakon berkarayatan Indonesia berketurunan Palestina dan Belanda, Minangkabau, Sumatera Barat

Irwansyah
Kelahiran
Irwansyah bin Umar Effendy

(1985-03-06) 6 Mac 1985 (umur 38)
Pekerjaan
Tahun aktif2002–kini
Ketinggian177 cm (5 ka 10 in)
PasanganZaskia Sungkar (k. 2011)
Anak-anak1
IbuHerlianah

KerjayaSunting

Beliau mula berkecimpung dalam dunia hiburan Indonesia sebagai pelakon drama bersama dengan Darius Sinathrya. Hobinya adalah mendengar muzik. Antara drama yang pernah dibintanginya ialah Senandung Masa Puber, Pink dan Ku t'lah Jatuh Cinta. Selain itu, filem yang pernah dibintanginya pula ialah Heart. Lagu yang pernah dinyanyikannya dan menjadi siulan para peminat dari Indonesia dan Malaysia iaitu Pencinta Wanita.

BiografiSunting

Irwansyah dilahirkan di Jakarta pada 6 Mac 1985. Beliau mempunyai dua adik lelaki, Hafiz dan Andhika. Beliau memulakan kerjaya lakonan di sinetron, muncul dalam Senandung Masa Puber, Pacarku Superstar, dan Ku T'lah Jatuh Cinta (bersama Agnes Monica).[4]

Irwansyah berlakon dalam filem Heart bersama pasangannya ketika itu Acha Septriasa. Beliau juga menyanyi untuk runut bunyi filem, termasuk lagu solo "Pencinta Wanita", "Perempuanku" dan lagu duet "Heart".[4] Album itu menerima platinum berganda.[5] Pada tahun berikutnya, beliau membintangi filem Love is Cinta bersama Septriasa, dan pada 2008 beliau melancarkan album solo pertamaya Soliter, diterbitkan oleh Melly Goeslaw dan suaminya Anto Hoed. Album ini mengandungi 10 lagu yang ditulis Irwansyah, "Lagu Untukmu", dan juga single hits "Kutunggu Jandamu".[4]

Pada pilihan raya perundangan 2009, Irwansyah tidak berjaya dalam usahanya untuk kerusi di Dewan Perwakilan Rakyat dengan Partai Sejahtera Indonesia.[4]

Pada 2011, beliau berlaokon bersama Septriasa sekali lagi dalam filem Love Story, sebuah filem berdasarkan cerita rakyat tradisional. Meskipun menjadi bekas kekasih, mereka berdua dilaporkan telah bekerjasama secara profesional.[6] Filem terkininya ialah Mudik yang ditayangkan pada lewat 2011. Irwansyah berkata beliau berpuas hati dengan filem itu.[7]

Kehidupan peribadiSunting

Irwansyah berpacaran dengan pasangan pelakonnya dalam filem Heart dan Love is Cinta Acha Septriasa sehingga lewat 2008.[8] Beliau berkahwin dengan pelakon Zaskia Sungkar, kakak kepada pelakon Shireen Sungkar;[9][10] pada 15 Januari 2011[11] selepas 8 bulan berpacaran.[4][12]

FilemografiSunting

FilemSunting

  • Heart (2006)
  • Love is Cinta (2007)
  • Lantai 13 (2007)
  • Love (2008)
  • 40 Hari Bangkitnya Pocong (2008)
  • Love Story (2011)
  • Mudik (2011)
  • Wanita Tetap Wanita (2013)
  • Hospital The Movie (2014)
  • Roh Fasik (2019)

DramaSunting

TelevisyenSunting

  • Sensasi Artis
  • Spektakuler
  • Campur-Campur
  • Hafizh Qur'an
  • Ngabuburit

DiskografiSunting

Album studioSunting

Album SoundtrackSunting

SingleSunting

  • "Perempuanku" (2006)
  • "Pencinta Wanita" (2006)
  • "My Heart" (ft. Acha Septriasa) (2006)
  • "Ku Tunggu Jandamu" (2008)
  • "Camelia" (2008)
  • "Tentang Perasaanku" (2013)
  • "Seribu Kali Sayang" (2013)

RujukanSunting

Nota kaki
  1. ^ Irwansyah Mudik Bikin Pusing
  2. ^ "Irwansyah Merasa Bersyukur Tidak Pernah Merasakan Mudik". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-26. Dicapai pada 2015-07-25.
  3. ^ Irwansyah Ngerasain Mudik Cuma di Film
  4. ^ a b c d e KapanLagi.com, Irwansyah.
  5. ^ TokohIndonesia.com 2011, Ingin Terus Eksis.
  6. ^ Kurniasari 2011, Acha Septriasa: A new.
  7. ^ The Jakarta Post 2011, Irwansyah works hard.
  8. ^ Acha Septriasa dahulu tak pacari Irwansyah jika pemakai[pautan mati kekal]
  9. ^ Irwansyah melamar Zaskia Sungkar 8 Desember 2010
  10. ^ Irwansyah melamar Zaskia di Youtube
  11. ^ The Jakarta Post 2011, Irwansyah-Zaskia in no hurry.
  12. ^ Irwansyah dan Zaskia Sungkar resmi menikah di Youtube
Bibliografi

Pautan luarSunting