Love is Cinta

filem Indonesia

Love is Cinta ialah filem romantis Indonesia tahun 2007 arahan Hanny Saputra dan dibintangi oleh Irwansyah, Raffi Ahmad, Acha Septriasa dan Nirina Zubir.

Love is Cinta
Poster promosi
PengarahHanny Saputra
PenulisHelfi Kardit
Armantono
Dihasilkan olehChand Parwez Servia
DibintangiIrwansyah
Acha Septriasa
Raffi Ahmad
Andhika Pramata
Henidar Amroe
Tio Pakusadewo
Juwita Maritsa
Nirina Zubir
Agastya Kandou
Ibnu Jamil
SinematografiYadi Sugandi
Disunting olehCesa David Luckmansyah
Muzik olehDian HP
Diedarkan olehKharisma Starvision Plus
Tarikh tayangan
16 Julai 2007
Masa tayangan
125 Minit
NegaraIndonesia
BahasaIndonesia

Plot sunting

Filem ini mengisahkan tentang Ryan dan Cinta yang berkawan sejak dulu dan mereka baru saja habis belajar. Meskipun, Ryan dan Cinta sedemikian dekatnya, tetapi mereka tidak pernah mengungkapkan hubungan mereka kerana diantara mereka hanya sempat terucap kata "love". Suatu ungkapan yang menimbulkan ketidakpastian, bahkan pada suatu hari ketika mereka harus berpisah kerana Ryan akan melanjutkan pelajarannya di Amerika. Namun sesuatu peristiwa merubah segalanya. Cinta kecewa kerana Ryan pergi tanpa memberikan kepastian hubungan mereka. Sedangkan Ryan merasa dirinya harus menyampaikan kepastian bahawa 'ada cinta' darinya untuk Cinta. Ryan merasa urusan yang belum diselesaikan ini sungguh mengelisahkan jiwanya. Dia tidak akan pergi sebelum memberikan kepastian tentang hubungannya walaupun Ryan harus menjadi orang lain, iaitu Doni.

Dia berusaha menghubungi Cinta tetapi menemui kesulitan. Bahkan ibubapanya pun tidak mempercayai bahawa dirinya sesungguhnya adalah Ryan. Persoalan semakin bertambah rumit ketika Ryan mengetahui bahawa Doni ialah seorang homo sehingga kemunculannya kembali disambut dengan sangat mesra oleh Papi, kekasih Doni. Pelbagai cara dilakukan Ryan untuk membuktikan cintanya kerana disamping masa yang dimilikinya sangat singkat, kerana Cinta kini telah dekat dengan Ivan. Setelah pelbagai cara Ryan akhirnya berjaya menyakinkan ibubapanya dan juga Mona, adik kepada Cinta. Tetapi Ryan masih gagal menyakinkan Cinta. Cinta memang merasa bahawa Doni memang betul-betul mirip dengan Ryan, tetapi dia tidak boleh menerima orang yang di hadapannya sesungguhnya adalah Ryan. Disamping itu, Mona terus berusaha untuk menyakinkan Cinta. Cinta menjadi ragu tetapi tetap sulit menerimanya.

Ryan sudah putus asa kerana waktu yang diberikan kepadanya sudah habis. Namun dia sempat berkata kepada Cinta. Di saat terakhirnya akan pergi ke tempat yang biasa dia bersama Cinta, untuk mengatakan hal yang sama selama ini yang belum diucapkannya. Ryan pergi ke tempat itu untuk kali terakhir. Pada masa yang sama, Ivan yang semakin dekat dengan Cinta, mengatakan Cintanya. Cinta menjadi bimbang hingga pada akhirnya yang menentukan, Cinta memilih untuk pergi meninggalkan Ivan dan menuju ke tempat biasa dia berjumpa dengan Ryan. Di tempat itu, Cinta datang untuk mendapatkan kepastian sehingga akhirnya Cinta bukan saja mendapatkan kepastian yang dihadapinya bersama Ryan. Tetapi juga kepastian tentang hubungan mereka yang belum terucapkan. Ryan membawa Cinta dalam sebuah moment yang tak dilupakan dan kini Cinta dan Ryan mempunyai peluang untuk mengucapkan kata-kata yang selama ini belum pernah terucapkan. Mereka tahu bagaimana perkataan "love" mesti diterjemahkan Cinta. Love is Cinta.

Pelakon sunting

  • Irwansyah sebagai Ryan
  • Acha Septriasa sebagai Cinta
  • Raffi Ahmad sebagai Doni
  • Andhika Pramata sebagai Ivan
  • Juwita Maritsa sebagai Mona
  • Henidar Amroe sebagai Ibu Ryan
  • Tio Pakusadewo sebagai Ayah Ryan

Album sunting

Ost. Love is Cinta
 
Album studio oleh
Dilancarkan pada2007
TempatIndonesia  
GenrePop
Panjang127:00  
BahasaBahasa Indonesia  
SyarikatAquarius Musikindo
PengedarStarvision Plus  
PengarahHanny Saputra  
PenerbitDian HP
Kronologi Acha Septriasa & Irwansyah
Ost. Heart
(2006)
Ost. Love is Cinta
(2007)
sunting · sunting di Wikidata
 
Lihat pendokumenan templat ini


'Ost. Love is Cinta ialah album untuk filem Love is Cinta yang dinyanyikan oleh pelakon filem tersebut, Acha Septriasa, Irwansyah, Andhika Pratama, Henidar Amroer, Muhammad Irfhan dll. Musik di aransemen oleh Dian HP, dengan lagu Ada Cinta sebagai lagu utama album ini.

Daftar lagu sunting

# Lagu Penyanyi Masa
1 "Ada Cinta" Acha Septriasa & Irwansyah
2 "Cinta" Acha Septriasa & Irwansyah
3 "Mencintai Cinta" Acha Septriasa & Irwansyah
4 "Kau Yang Sempurna" Irwansyah
5 "Bebas" Andhika Pratama
6 "Tersenyumlah" Andhika Pratama
7 "Kenapa Malu" Acha Septriasa & Irwansyah
8 "Nyanyian Senja" Andhika Pratama
9 "Jatuh Hati" Andhika Pratama
10 "Kehampaan Hati" Acha Septriasa

Pautan luar sunting