Kau Aku Kita ialah sebuah drama televisyen komedi romantik Malaysia 2015 yang ditayangkan pada setiap hari Rabu hingga Khamis di TV3 menerusi Slot Lestary mulai 28 Oktober 2015[1]. Drama arahan Jinggo ini merupakan drama adaptasi dari novel dengan judul sama terbitan Fajar Pakeer yang ditulis oleh Orkid Edyliyne. Ia dibintangi oleh Janna Nick dan Syarul Ridzwan.

Kau Aku Kita
Juga dikenali sebagai
Kau, Aku, Kita
GenreKomedi
romantik
FormatDrama
PenciptaOrkid Edyliyne
Ditulis olehRehal Nuharis
PengarahAzman Yahya
Dibintangi oleh
Janna Nick
Saharul Ridzwan
Lagu pembukaan"Kau Bagai Udara", nyanyian Bahrain
Lagu penutup"Kau Bagai Udara", nyanyian Bahrain
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
PenerbitSheila Rusly
Tempoh siaran41 minit
Syarikat penerbitan
JS Pictures
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal28 Oktober 2015 – 10 Disember 2015
Kronologi
MengikutiLari Mira
Diikuti olehCik Cinderella dan Encik Tengku
Pautan luar
Laman sesawang

Sinopsis

sunting

Mengisahkan tentang dua karakter berkongsi nama yang sama, Iman Firdaus. Si gadis lebih senang disapa dengan nama Iman manakala si jejaka dipanggil ringkas dengan nama Aus. Nama yang sama namun perwatakan mereka berbeza. Iman merupakan seorang gadis yatim piatu dan terpaksa bekerja keras bagi menyediakan keperluan adik-adiknya. Semuanya bermula kerana pinjaman lintah darat yang memporak-perandakan kehidupan Iman. Berbeza dengan Aus yang hidup serba mewah dan merupakan artis ternama yang digilai ramai. Jika iman diancam gengster kerana terpaksa melunaskan hutang, Aus pula diancam dengan para peminatnya yang ingin menjadikan dirinya sebagai pasangan kekasih.

Lebih menarik apabila pertemuan Iman dan Aus adalah kerana mereka berkongsi nama yang sama. Iman dikejar geng lintah darat ketika dia mencari pekerjaan manakala Aus pula menyamar sebagai orang biasa bagi lari dari dunia glamornya. Penjahat yang menjerit nama ‘Iman Firdaus’ menyebabkan mereka berdua menggelabah dan berlari bersama. Kekeliruan itu menjadi detik pertemuan mereka. Apa yang pelik bagi Aus ialah Iman langsung tidak mengenalinya sebagai seorang selebriti. Jawapannya mudah kerana Iman sendiri tidak mampu mempunyai televisyen apatah lagi masa untuk menontonnya.

Dalam masa yang sama, Aus sering ditanyakan ayahnya, Dato’ Ashari Irfan seorang ahli perniagaan berjaya yang tidak tahan mendengar cerita gosip mengenai anaknya yang dikaitkan dengan ramai pelakon dan model wanita. Ayah Aus seorang yang rendah diri namun permintaannya mudah agar Aus segera menamatkan zaman bujangnya dengan sesiapa sahaja tanpa memilih pangkat dan status.

Aus tertarik dengan Iman yang tidak mengenali dirinya langsung lantas memikirkan bahawa Iman adalah jodohnya yang paling tepat. Aus dengan segera melamar Iman. Iman tidak tahu sama ada dia mampu mencintai Aus tetapi dia tahu tanggungjawabnya adalah untuk memberi kesenangan kepada adik-beradiknya. Aus berjanji untuk melangsaikan hutang Iman bagi mereka memulakan hidup baru.

Mampukah perkahwinan tanpa landasan cinta membawa mereka kepada kemanisan berumah tangga? Mampukah Iman bertahan dengan dunia glamor Aus? Adakah Aus berjaya menambat wanita polos sesuci Iman?

Pelakon

sunting

Muzik dan runut bunyi

sunting
No.TajukArtisMasa
1."Kau Bagai Udara"Bahrain3:49
2."Sayang Aku Rindu"Bahrain3:28
Jumlah masa: 6:77


Anugerah

sunting
Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2016 Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016[2][3][4] Aktres Pilihan (Janna Nick) Menang
Aktor Pilihan (Saharul Ridzwan) Menang
Pasangan Pilihan (Janna Nick dan Saharul Ridzwan) Menang
Skrip Pilihan (Kau Aku Kita) Menang
Pengarah Pilihan (Azman Yahya) Menang
Drama Pilihan (Kau Aku Kita) Menang

Trivia

sunting

Ini merupakan drama kedua lakonan Janna Nick yang diterbitkan oleh Sheila Rusly menerusi syarikat JS Pictures selepas Syurga Nur.

Rujukan

sunting
  1. ^ Drama Kau Aku Kita mcentralmy. Dicapai pada 2 April 2023.
  2. ^ Kemalia Othman (19 Mac 2016). 'Kau Aku Kita' Bolot 6 Anugerah DFKL 2016 mStar. Dicapai pada 3 Februari 2017.
  3. ^ Zulqarnain Hassan (21 Mac 2016). ‘KAU AKU KITA’ MENANG BESAR DI ANUGERAH DFKL 2016 Diarkibkan 2017-02-03 di Wayback Machine Media Hiburan. Diperoleh pada 3 Februari 2017.
  4. ^ Georgie Joseph (19 Mac 2016). Kau Aku Kita...terbaik Diarkibkan 2020-02-26 di Wayback Machine Harian Metro. Dicapai pada 3 Februari 2017.

Pautan luar

sunting
TV3: Lestary, Rabu–Khamis, 9.00 malam
Sebelumnya Kau Aku Kita Berikutnya
Lari Mira Cik Cinderella dan Encik Tengku