Ruhainies Farehah

Pelakon wanita Malaysia
(Dilencongkan dari Ruhainies)
"Ruhainies" dilencongkan di sini.

Nur Ruhainies Farehah Binti Zainul Ilyas (lahir 27 Julai 1992) ialah pelakon wanita Malaysia. Beliau mula dikenali ramai menerusi drama Hello, Mr. Perfect! yang mana beliau memegang watak sebagai Alya Adriana dan Nurul Ain.

Ruhainies Farehah
Ruhainies.jpg
Ruhainies pada November 2015.
KelahiranNur Ruhainies Farehah Binti Zainul Ilyas
(1992-07-27) 27 Julai 1992 (umur 27)
Kepala Batas, Pulau Pinang, Malaysia
KediamanKuala Lumpur
Nama lainRuhainies
PendidikanPelancongan
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPelakon, model, duta
Tahun aktif2014–kini
Terkenal keranaHello, Mr. Perfect!
Ibu bapaZainul Ilyas Zainul Abidin (Bapa)
Che Bunga Salleh (Ibu)
SaudaraRahimah Sadrina (Kakak)
Risteena Munim (Kakak)
Riesha Sharmin (Adik)
Nul Aiman (Adik)

Selain bergelar pelakon, Ruhainies juga merupakan duta kepada produk jenama Ruza dan Ruhainies Rosy Secret. Beliau juga ialah adik kepada pelakon Risteena Munim. Selain itu, wajahnya agak seiras dengan pelakon Nora Danish.[1]

Kehidupan awalSunting

Ruhainies dilahirkan pada Isnin, 27 Julai 1992 Masihi bersamaan 26 Muharram 1413 Hijrah di Kepala Batas, Pulau Pinang dan merupakan anak ketiga daripada lima beradik kepada pasangan Zainul Ilyas Zainul Abidin dan Che Bunga Salleh. Kakaknya, Nur Risteena Munim juga seorang pelakon yang mula mencipta nama menerusi siri drama Playboy Itu Suami Aku, bersama Fattah Amin.[2] Sama seperti kakaknya, Ruhainies juga menuntut di Universiti Teknologi MARA (UiTM) di mana beliau melanjutkan pelajarannya dalam bidang pelancongan.[3]

KerjayaSunting

Meskipun baru setahun jagung menceburi dunia lakonan, Ruhainies sudah mendapat kepercayaan daripada penerbit dan pengarah drama tempatan untuk menggalas watak utama dalam drama bersiri terbaharu berjudul Hello, Mr. Perfect! di Slot Akasia TV3, beliau bergandingan bersama Fattah Amin. Drama ini diadaptasi daripada novel karya Waniey Zakaria dengan tajuk sama.

Sebelum berlakon dalam Hello Mr. Perfect, Ruhainies terlebih dahulu berlakon dalam beberapa drama, antaranya ialah Si Montel[4][5] dan Sopeah Jin.

Pada tahun 2016, Ruhainies telah muncul dalam drama Menantu Ting Tong yang bersiaran di TV3. Ruhainies yang memegang watak utama dalam drama tersebut digandingkan dengan Azrel Ismail sebagai watak utama.[6]

Beliau juga membintangi drama Bagaikan Kelip-Kelip sebagai pelakon utama membawa watak Marlina dan turut sama menjayakan drama ini ialah Ben Amir, Aishah Azman serta barisan pelakon yang lain.[7]

Pada 2017, Ruhainies muncul dalam telefilem bertajuk Katakan Tidak Pada Cinta yang bersiaran di TV2 pada 7 Mac 2017. Ia juga dibintangi oleh Azrel Ismail, Syuk, Fatimah Az-Zahra dan artis-artis yang lain.[8] Pada Jun 2017, beliau muncul dengan drama bertajuk Menantu Bilal yang mula bersiaran pada 2 Jun 2017 di TV3 mengantikkan drama Cucu Tauke Beras. Drama terbitan Enuja Production Sdn Bhd ini juga dibintangi oleh Amar Asyraf, Syazwan Zulkifli, Nazeera Sardi, Talha Harith dan banyak lagi. [9]

KontroversiSunting

Perang mulut dengan Janna NickSunting

Pada April 2016, Ruhainies mengecam tindakan pelakon Janna Nick memuat naik video beserta kaspyen yang mencemuh dirinya di akaun Instagram pelakon itu dan menganggapnya sebagai kurang matang. Beliau mengakui terkilan apabila Janna masih ingin memanjangkan isu pergaduhan mereka biarpun dirinya pernah membuat kenyataan secara terbuka kepada media sudah memaafkan kesalahan pelakon itu.[10][11][12]

"Saya tidak mahu ada lagi salah faham antara kami dan memilih untuk berdamai. Industri hiburan kecil dan tidak mustahil, kami akan disatukan dalam produksi lain nanti. Sedapat mungkin, saya enggan mencari musuh kerana saya di sini untuk bekerja.

"Cuma, saya terkilan dengan tindakan kurang matang Janna (Nick) apabila memuat naik video di akaun Instagramnya untuk memburukkan nama saya. Apa yang pasti, baik Michael Ang sebagai pengarah dan pelakon pengganti saya untuk filem itu mengetahui kebenarannya.

"Ketika ini, saya memilih untuk tidak membalas semula perbuatan Janna itu kerana tidak mahu bertindak mengikut emosi. Namun, saya tidak teragak-agak untuk mengemukakan mesej yang dihantar Janna kepada saya apabila tiba masanya kelak,"[10][11]

— Ruhainies mengulas mengenai tindakan pelakon drama Kau Aku Kita semasa ditemuramah oleh Berita Harian.[10][11]

Perselisihan antara Ruhainies dan Janna mula menjadi bualan apabila Janna dikatakan menghasut Michael untuk menyingkirkannya sebagai salah seorang pelakon filem sulung arahannya, Kimchi Untuk Awak yang turut dibintangi oleh Aiman Hakim Ridza dan Emma Maembong.[10] Salah faham itu bagaimanapun, terlerai apabila Ruhainies memilih untuk berdamai. Namun, tindakan Janna memuat naik video penjelasan Michael itu menghangatkan semula isu berkenaan. Mengukuhkan lagi andaian itu apabila Janna menulis kapsyen yang dianggap memalukannya.[10][11]

FilemografiSunting

Kunci
  Menunjukkan filemografi yang belum dikeluarkan

FilemSunting

Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
2019 Musyrik   Farah Arjin Uppal Filem pertama, pos-produksi

DramaSunting

Tahun Tajuk Watak Siaran TV Catatan
2015 Si Montel HyppTV HyppSensasi: Web Drama
Hello, Mr. Perfect! Alya Adriana / Nurul Ain TV3 Slot Akasia
2016 Menantu Ting Tong Marsha
Bagaikan Kelip-Kelip Marlina TV9
Jejak Karmila Nonie TV3 Slot Zehra
2017
Menantu Bilal Normala Slot Dahlia
2018 Tak Ada Cinta Sepertimu Bella Astro Ria Slot Megadrama
Cinta Lemon Madu Haida TV3 Slot Lestary
2019 3 Gadis Manis Musim 3 Astro Gempak
Anugerah Cinta Aisyah Aisyah TV Okey
2020 Maaf Take Indah Zila TV3 Slot Samarinda

TelefilemSunting

Tahun Tajuk Watak Siaran TV Catatan
2015 Sopeah Jin TV3 Slot: Cerekarama
2016 Karlisa [13] Karmila
Pujaan Malaya Lisa TV9 Skrin Di9
Bedah Motor
Luna Elvira Luna
Cikgu Dina Pakai Prada Cikgu Dina
Jatuh Cinta Buta Melissa Astro Ria/ Ria HD
2017 Katakan Tidak Pada Cinta Diyana TV2
Cik Misi Diana TV9
Oops Terlajak Nikah Astro Citra Slot Citra Exclusive
2018 Matilahnak Hannah Delicious Astro Citra Slot Citra Exclusive

TelevisyenSunting

Tahun Tajuk Saluran TV Catatan
2016 Ketuk-Ketuk Ramadan TV1 Artis jemputan
2019 Curi-Curi Ramadan TV Okey Pengacara

Muzik videoSunting

Tahun Lagu Artis
2015 "Sorry-Sorry Sayangku" Nomad
2016 "Masih Cinta" Kim Dong Gyun
2016 "Bukan Untukku" Hyper Act

Anugerah dan pencalonanSunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2016 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2015 Artis Baru Wanita Popular Dicalonkan

RujukanSunting

Pautan luarSunting