Di Hujung Ranting merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Along Kamaludin[1]. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Selekta Prima TV2 bermula 24 April 2020.

Di Hujung Ranting
GenreDrama
Cinta
Kekeluargaan
Berdasarkan daripada
Di Hujung Ranting 1&2 karya Indah Hairani
Ditulis olehWan Mahani Wan Hassan
PengarahAlong Kamaludin
Dibintangi oleh
Shukri Yahaya
Nad Zainal
Amar Asyraf
Dayang Areeda
Lagu pembukaanInikah Dikatakan Cinta - Sufian Suhaimi
Lagu penutupInikah Dikatakan Cinta - Sufian Suhaimi
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod30
Penerbitan
PenerbitDato A. Aida
Tempoh siaran45 minit
Isnin-Ahad
5.30 petang
Syarikat penerbitan
A.Aida Production Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV2 ( Slot Selekta Prima)
Siaran asal24 April 2020 – 23 Mei 2020

SinopsisSunting

Mawardah (Nad Zainal), anak yatim piatu yang dibesarkan oleh ibu saudaranya. Dia mengusahakan perusahaan batik milik keluarganya di Terengganu. Semenjak kecil, Mawar bersahabat baik dengan Adi (Zoey Rahman), pemilik sebuah café dan menganggap Adi seperti abangnya sendiri. Amar (Shukri Yahaya) seorang pemuda dari Kuala Lumpur juga berada di Terengganu sedang menguruskan satu projek pembinaan milik syarikat bapanya, Dato Hashim (Arash Mohamad). Dalam satu insiden, Amar telah terlanggar kereta Mawar dan sejak kejadian itu mereka mula berkawan.

Pertemuan itu menumbuhkan bibit cinta Amar terhadap Mawardah. Namun belum sempat cinta diluahkan, Mawardah dikahwinkan dengan Hakim (Amar Asyraf) anak rakan karib arwah ibu Mawardah tanpa disedari bahawa lelaki itu adalah abang kandung Amar.

Perkahwinan itu mengecewakan Amar lalu membawa diri ke negara jiran. Sesungguhnya Mawardah tidak pernah diberitahu bahawa Hakim telah pun memiliki isteri sebelumnya iaitu Fatin (Dayang Areeda). Perkahwinan Fatin dan Hakim di luar negara ditentang keluarga Hakim. Kecurangan Fatin dan desakan ibu Hakim iaitu Datin Fatimah (Fazlina Ahmad Daud) memaksa Hakim menceraikan Fatin dengan talak satu.

Namun Fatin berusaha untuk kembali memiliki Hakim hingga berjaya. Berita Hakim kembali kepada Fatin dan layanan dingin Hakim terhadap Mawardah membuatkan Amar benci terhadap Hakim. Apakah Amar akan kembali kepada Mawardah semula atau Mawardah pasrah dan tetap setia memegang tanggungjawabnya sebagai isteri?

PelakonSunting

RujukanSunting

  1. ^ Drama Di Hujung Ranting (TV2) My Infotaip. (24 April 2020). Dicapai Pada 24 April 2020.