Leukemia merupakan barah pada darah atau sum-sum tulang dan bercirikan penggandaan luar biasa sel darah putih, leukosit (inggeris = leukocyte). Ia merupakan sebahagian dari kelompok penyakit yang lebih luas yang dikenali sebagai neoplasma hematologi (''hematological neoplasms'').

Leukemia
Pengelasan dan sumber luaran
Lumuran aspirate sum-sum tulang pesakit pewarna Wright dengan precursor sel-B leukemia lymphoblastik akut.
ICD-10C91-C95
ICD-9208.9
ICD-O:9800-9940
P. Data Penyakit7431
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan

Simptom

sunting

Kerosakan kepada sum-sum tulang, disebabkan oleh penggantian sel sum-sum tulang normal dengan sejumlah besar sel darah putih tidak matang, juga menyebabkan kekurangan platelet darah, yang penting dalam proses penggumpalan darah. Ini bererti mereka yang mempunyai leukemia mungkin menjadi lebam, perdarahan berlebihan, atau mengidap perdarahan mirip cucuk-jarum, petekia (Inggeris = petechia).

Sel darah putih, yang terbabit dalam melawan patogen (Inggeris =pathogen), mungkin dipendam atau tidak berfungsi. Ini mampu menyebabkan huru hara sistem imunisasi pesakit (sel darah putih dll.) mula menyerang sel badan lain.

Akhirnya, juga kekurangan sel darah merah yang mendorong kepada anemia, yang mungkin menyebabkan dispnea (Inggeris = dyspnea). Kesemua simptom ini mungkin dikaitkan kepada penyakit lain; kerana diagnosis, ujian darah dan pemeriksaan sum-sum tulang diperlukan bagi pengesahan leukemia.

Simptom yang berkait

  • Demam, sejuk, berpeluh malam dan simptom selesema lain
  • Kelesuan dan lemah
  • Hilang selera makan dan/atau berat badan
  • Gusi bengkak atau berdarah
  • Perdarahan berlebihan (meskipun akibat luka kecil)
  • Simptom neurologikal (cth.,sakit kepala)
  • Hati dan limpa bengkak
  • Mudah lebam
  • Kerap dijangkiti penyakit
  • Sakit tulang
  • Sakit sendi
  • Tonsil bengkak
  • Kerap pengsan

Perkataan leukemia, yang bererti 'darah putih,' diambil sempena nama penyakit pengiraan sel darah putih yang tinggi yang terdapat pada kebanyakan pesakit leukemia sebelum menerima rawatan. Jumlah tinggi sel darah putih kelihatan apabila contoh darah dilihat di bawah mikroskop. Sering kali, sel darah putih ini adalah tidak matang atau tidak berfungsi. Jumlah sel darah putih juga turut mengganggu fungsi normal ibu-ibu sel darah lain di dalam sum-sum tulang, iaitu induk kepada sel darah merah dan juga platelet.

Sesetengah pesakit leukemia tidak mempunyai sel darah putih yang tinggi semasa pengiraan darah biasa. Keadaan yang luar biasa ini dikenali sebagai aleukemia. Bagaimana pun sum-sum tulang masih mempunyai barah sel darah putih, dan ia mengganggu penghasilan sel darah biasa. Bagaimanapun, ia kekal di dalam sum-sum dan tidak memasuki saluran darah, di mana ia boleh dilihat di dalam ujian darah. Justeru, untuk pesakit aleukemik, pengiraan sel darah putih dalam aliran darah mungkin normal atau rendah. Aleukemia boleh berlaku dalam sebarang empat jenis leukemia utama, dan agak biasa bagi sejenis leukemia "sel-rerambut".

Empat jenis utama

sunting

Jenis utama

sunting

Leukemia boleh dibahagikan secara klinikal dan patologikal kepada bentuk akut (mendadak) dan kronik (jangka masa lama):

  • Leukemia akut: penghasilan pesat sel darah muda. Ini menyebabkan tulang sum-sum gagal menghasilkan sel darah dewasa. Boleh terjadi pada kanak-kanak dan orang muda. Jika tidak dirawat segera, pesakit boleh meninggal dalam masa beberapa bulan ataupun minggu.
  • Leukemia kronik: penghasilan banyak sel darah dewasa yang tak normal. Biasanya mengambil masa beberapa bulan hingga tahun. Biasanya terjadi pada orang tua, tapi tidak mustahil pada orang muda. Selalunya dipantau untuk suatu tempoh tertentu sebelum dirawat (biasanya dengan kemoterapi dsb) untuk keberkesanan rawatan yang maksimum. Lihat komplikasi dalam leukemia kronik.

Leukemia juga boleh dikelaskan mengikut jenis sel tak-normal yang paling banyak dijumpai dalam darah:

  • Jika sel limfoid yang dijangkiti, ia dipanggil "leukemia limfosit".
  • Jika sel mieloid yang dijangkiti, ia dipanggil "leukemia mieloid/mielogenus".

Jika dua jenis kategori ini digabungkan, terdapat empat jenis utama leukemia:

Pautan luar

sunting