Sel darah putih
Sel darah putih atau leukosit merupakan sejenis sel sistem imun yang membentuk komponen darah. Leukosit terbahagi kepada dua jenis iaitu granulosit (sitoplasma bergranul) dan agranulosit (sitoplasma tidak bergranul). Terdapat tiga jenis granulosit iaitu neutrofil, eosinofil dan basofil manakala agranulosit terdiri daripada limfosit dan monosit.[1] Fungsi leukosit-leukosit ini adalah berbeza mengikut jenis tetapi secara umumnya ia berfungsi sebagai mekanisme pertahanan badan. Leukosit-leukosit ini adalah multipoten yang terhasil di sum-sum tulang yang dikenali sebagai sel tunjang hematopoietik.

Leukosit, sel darah merah dan platelet dalam darah dilihat melalui mikroskop elektron pengimbas
JenisSunting
Jenis | Rajah | Keterangan[2] | ||
---|---|---|---|---|
Mikrograf | Ilustrasi | |||
Granulosit | Neutrofil | Melawan bakteria dan kulat (fungi). | ||
Eosinofil | Melawan parasit dan mengawal tindak balas alahan dan keradangan. | |||
Basofil | Melepaskan histamin untuk tindakan keradangan. | |||
Agranulosit | Limfosit | Terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
| ||
Monosit | Membeza kepada makrofaj di tisu badan dan sel Kupffer di hati. |
RujukanSunting
- ^ LaFleur-Brooks M (2008). Exploring Medical Language: A Student-Directed Approach (ed. 7th). St. Louis, Missouri, US: Mosby Elsevier. m/s. 398. ISBN 978-0-323-04950-4.
- ^ Alberts B, Johnson A, Lewis M, Raff M, Roberts K, Walter P (2002). "Leukocyte also known as macrophagesfunctions and percentage breakdown". Molecular Biology of the Cell (ed. 4th). New York: Garland Science. ISBN 0-8153-4072-9.
Lihat jugaSunting
Pautan luarSunting
- Kategori berkenaan Sel darah putih di Wikimedia Commons
Rencana berkaitan biologi ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |