Keping darah, plat darah, trombosit atau platelet, adalah sel anuklear kecil yang teredar dalam darah yang terlibat dalam mekanisma hemostatis tahap sel yang menyebabkan pembekuan darah (trombus). Disfungsi atau jumlah keping darah yang sedikit boleh menyebabkan pendarahan, manakala jumlah yang tinggi boleh meningkatkan risiko trombosis. Trombosit memiliki bentuk yang tidak teratur, tidak berwarna, tidak berinti, bersaiz lebih kecil dari eritrosit dan leukosit, dan mudah pecah bila tersentuh benda kasar. Jumlah trombosit adalah 200000-300000 keping / mm ³ darah. Jangka hayat purata platelet ialah antara 8 dan 12 hari.

Platelet
Imej daripada mikroskop cahaya (500 ×) daripada calitan darah periferi stain Giemsa menunjukkan platelet (bintik ungu) dikelilingi sel darah merah (struktur merah jambu membulat)
Butiran
PendahuluMegakariosit
FungsiPembentukan penggumpalan darah; penghalangan pendarahan
Pengenalpastian
nama bahasa LatinThrombocytes
MeSHD001792
FMAFMA:62851
Istilah anatomi mikroanatomi
Dua platelet (ungu) dikelilingi sel darah merah