Sel T

sel limfosit

Sel T merupakan salah satu limfosit yang mengalami kematangan di timus dan mempunyai peranan utama dalam sistem imun. Sel-sel ini berasal dari sumsum tulang[1] dan berkembang dan membeza menjadi beberapa jenis sel T khusus setelah berkembang di timus. Pembezaan sel T tetap berlaku meskipun telah keluar dari timus.

Sel T
Mikrograf elektron imbasan sel T manusia
Mikrograf (dari kiri) sel darah merah, platelet dan sel T; diwarnakan
Butiran
SistemSistem imun
Pengenalpastian
nama bahasa Latinlymphocytus T
MeSHD013601
THH2.00.04.1.02007
FMAFMA:62870
Istilah anatomi mikroanatomi

Jenis-jenis sel T termasuklah sel T pembunuh (CD8+), sel T penolong (CD4+), sel T ingatan dan sel T penindas. Sel-sel ini memberi peranan penting dalam mengawal tindak balas imun dengan pelbagai cara. Sel T pembunuh ialah sel sitotoksin yang dapat membunuh sel-sel yang dijangkiti virus serta barah. Sel T penolong pula mengenal pasti cara tindak balas imun terhadap suatu ancaman. Sel T penindas pula membantu mengenal pasti sel badan diri dan sel asing untuk mengelakkan tindak balas autoimun, di mana sistem imun menyerang sel badan sendiri. Sel T ingatan berfungsi mengingati jangkitan yang pernah berlaku untuk memastikan tindak balas yang lebih pantas dalam jangkitan akan datang dan peranan ini dimanfaatkan dalam pemvaksinan.[2]

Rujukan

sunting
  1. ^ Alberts B, Johnson A, Lewis J, Raff M, Roberts k, Walter P (2002) Molecular Biology of the Cell. Garland Science: New York, NY pg 1367. "T cells and B cells derive their names from the organs in which they develop. T cells develop in the thymus, and B cells, in mammals, develop in the bone marrow in adults or the liver in fetuses."
  2. ^ "Memory T cells". School of Medicine, Cardiff University. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-02-11. Dicapai pada 2010-03-01.