Astana Cinta Aleesa

Astana Cinta Aleesa merupakan siri drama televisyen Malaysia 2014 arahan Eoon Shuhaini yang mengisi slot Ratu TV9 dari 26 Ogos 2014 sehingga 8 Oktober 2014. Drama ini berkisarkan mengenai cabaran Aleesa dalam menangani kerjaya dan keluarga. Ia dibintangi oleh Emma Maembong dan Nazim Othman. Astana Cinta Aleesa merupakan satu kejayaan komersial apabila meraih jumlah tontonan tertinggi, iaitu sebanyak 1.5 juta penonton.[1][2]

Astana Cinta Aleesa
Astana-Cinta-Aleesa.jpg
GenreDrama, konflik
Ditulis olehShuhadatul Ain Zakaria
PengarahEoon Shuhaini
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Pemilik Segalanya" oleh Dinie Rashid
Lagu penutup"Pemilik Segalanya" oleh Dinie Rashid
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod14
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Vareen Kaur
  • Sadupal Kaur
PenerbitJaspal S. Korotana
Penyunting
  • Raja Fattah
  • Kuljit Singh
  • Azzalina Anuar
  • Loy Zami
Lokasi
Tempoh siaran40 minit
Syarikat penerbitan
Orangetree Production
Penyiaran
Saluran asalTV9
Format gambar
  • 480i (SDTV)
  • 1080p (HDTV)
Format audioDolby Digital Plus
Siaran asal26 Ogos 2014 – 8 Oktober 2014

SinopsisSunting

Mengisahkan ujian yang menimpa pasangan suami isteri iaitu Aleesa (Emma Maembong) dan Zhariff (Nazim Othman). Aleesa merupakan seorang isteri yang ceria dan amat dikasihi oleh suaminya Zhariff. Namun hubungan mereka teruji apabila Aleesa tidak dapat menerima kenyataan anak keduanya telah meninggal dunia.

Aleesa begitu tertekan. Tambahan lagi tekanan yang diberikan oleh ibu mertuanya, menuduh Aleesa seorang pembunuh. Pembunuh kepada cucunya yang baru lahir. Semenjak kematian cucunya, ibu mertua Aleesa begitu membencinya.

Aleesa begitu bersedih, gagal menangani berita pahit yang diterimanya. Aleesa merasakan anak keduanya masih hidup. Malah sering bercakap keseorangan dengan anak patung, seolah-olah patung tersebut merupakan bayinya. Kesedihan yang ditanggung Aleesa kian mendalam, pernah suatu ketika Aleesa ingin membunuh diri dengan terjun dari tingkat atas. Mujur Zhariff menyelamatkannya dan berjaya menghalang Aleesa dari terjun.

Dek masalah yang dihadapi di rumah, Zhariff terpaksa menyerahkan tugas kepada rakan sekerjanya iaitu Jimmy. Jimmy bukanlah orang yang tepat mengambil alih tugas Zhariff. Ini kerana Jimmy mempunyai niat tidak baik terhadap Zhariff.

PelakonSunting

Pelakon utamaSunting

 
Emma Maembong melakonkan watak Aleesa dalam drama ini.

Pelakon pembantuSunting

Penampilan khasSunting

Muzik dan runut bunyiSunting

  • "Pemilik Segalanya" - Dinie Rashid
  • "Keampunan" - Zin Ezuan

RujukanSunting

  1. ^ Astana Cinta Aleesa cecah 1.5 juta penonton Perak Today (8 Oktober 2014). Dicapai pada 8 Oktober 2014.
  2. ^ Astana Cinta Aleesa cecah 1.5 juta tontonan HyeBro (3 Oktober 2014). Dicapai pada 3 Oktober 2014.

Pautan luarSunting