Diva Seroja ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 arahan Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya), dan dibintangi oleh Puteri Balqis dan Harissa Adlynn. Siri ini memulakan tayangan di Slot Lestary TV3 Mulai 9 Jun 2023 menggantikan Adnan Runner.

Diva Seroja
GenreKomedi drama
Remaja
PengarahMohd Fazli Yahya (Pali Yahya)
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Lain Level" - Eliesya & Altimet
Lagu penutup"Ya Laila" - Shazreen Shaharum & Aiman Nomad
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Lestary)
Format gambar
Siaran asal9 Jun 2023 (2023-06-09) – 7 Julai 2023 (2023-07-07)
Kronologi
MengikutiAdnan Runner
Diikuti olehKeria Women

Sinopsis sunting

Menceritakan tentang sekumpulan pelajar yang berbakat dalam bidang seni dan sukan. Mereka terkenal di kalangan pelajar dan guru Sri Seroja bukan sahaja kerana bakat mereka tetapi juga perangai mereka yang nakal dan sering membuat kekecohan di sekolah!

Diva Seroja ini dianggotai oleh 5 pelajar iaitu Amanda (Puteri Balqis), Maya (Harissa Adlynn), Vivi (Amanda Tan), Shanty (Kashika Selvam), dan Leyla (Amira Syahira). Masing-masing mempunyai latar belakang keluarga yang berbeza dan sering menimbulkan masalah di sekolah kerana terbawa-bawa dengan masalah keluarga mereka di rumah. Setiap hari pasti ada sahaja masalah yang timbul di sekolah!

Perpindahan Cikgu Azlan (Nafiz Muaz), seorang cikgu yang memahami ahli Diva Seroja yang sedang menginjak dewasa, telah membuatkan mereka memberontak kerana tidak mahu kehilangan cikgu kesayangan mereka. Cikgu Azlan telah digantikan dengan Cikgu Suzila (Fasha Sandha), seorang guru yang berperwatakan lembut dan penyayang. Cikgu Suzila telah menarik kesemua ahli Diva Seroja untuk menyertai kelab kebudayaan. Dapatkah kelima-lima mereka menerima kehadiran Cikgu Suzila dan sekaligus mengubah perilaku mereka menjadi lebih baik? Berjayakah Cikgu Suzila membantu menyelesaikan konflik yang dihadapi oleh mereka? [1]

Pelakon sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Drama Diva Seroja mcentralmy. Dicapai pada 24 Jun 2023.