Dewa Cinta merupakan drama Melayu arahan Harris Fadzilah dibintangi Fasha Sandha, Iqram Dinzly, Lana Nordin, Bkay Nair dan Black Hanifah. Drama ini telah bersiaran di slot Akasia dari 20 Jun – 28 Julai 2011.

Dewa Cintaku
GenreDrama
Cinta
Konflik
Muzikal
Berdasarkan daripada
Dewa Cintaku karya Dilla Hussein
PengarahHarris Fadzilah
Dibintangi oleh
Fasha Sandha
Iqram Dinzly
Black Hanifah
Lana Nordin
Bkay Nair
Lagu pembukaanAku Rindu Sayang Kamu - Black
Lagu penutupAku Rindu Sayang Kamu - Black
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan musim1
Bilangan episod24
Penerbitan
Penerbit eksekutifJalena Rejab
PenerbitTengku Iesta Tengku Alaudin
Penyiaran
Siaran asal20 Jun 2011 – 28 Julai 2011
MengikutiNora Elena
Diikuti olehKasih Alia

Sinopsis sunting

Dewa Cinta berkisar mengenai Iqbal (Iqram Dinzly) yang dibesarkan penuh kemewahan oleh keluarga angkatnya, Norhan (Hafizuddin) dan Rohaya (Aida Khalida). Memori hitam pada zaman kanak-kanak akibat sikap ayah kandung yang sangat garang dan tegas terhadapnya selepas ibu dan kakaknya menghilangkan diri menyebabkan jiwa Iqbal mula memberontak dan selesa menyembunyikan sikap panas barannya di sebalik penampilan yang elite. Takdir menemukan Iqbal dengan June, seorang pemuzik dan penyanyi pub jelita yang lebih suka menyendiri, lantas Iqbal jatuh cinta dengan wanita yang lebih berusia daripadanya itu.

June pula masih mengharapkan kepulangan kekasih yang telah lapan tahun bermain muzik di luar negara tanpa khabar. Namun, janji setia telah dikhianati oleh kekasih yang rupa-rupanya telah pun berkahwin dengan perempuan lain dan June yang cuba mengubati hati yang luka menjadi semakin akrab dengan Iqbal. Walaupun berlainan darjat, namun ia bukan penghalang untuk dua insan untuk saling mengenali dan menyayangi. Sayangnya, bunga cinta yang baru berputik layu selepas penemuan penyiasat persendirian yang menunjukkan kemungkinan June ialah kakak kandung Iqbal yang sudah hilang sekian lama.

Kecewa lagi, June memilih untuk membawa diri ke Jakarta dan bercadang untuk menerima kontrak kerjayanya selama 3 tahun di situ. June hanya meninggalkan cincin pertunangan, hadiah hantaran dan sebuah lagu ciptaan sendiri khas untuk Iqbal iaitu “Dewa Cinta”.

Lynn (Lana Nordin) yang telah lama menyimpan perasaaan terhadap Iqbal merebut peluang untuk menawan hati Iqbal. Fariz, adik kandung kepada June merupakan pesaing sengit kepada Iqbal dalam dunia perniagaan sentiasa berikhtiar untuk menjatuhkan Iqbal. Fariz telah bersuhabat dengan Selena dan Lynn bagi menjatuhkan Iqbal dan memusnahkan hubungan Iqbal dan June. Apakah yang akan terjadi seterusnya dalam perhubungan cinta mereka. Dewa Cinta ditayangkan di slot Akasia, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Pautan luar sunting

TV3: Akasia, Isnin–Khamis, 6.30 petang
Sebelumnya Dewa Cintaku Berikutnya
Nora Elena Kasih Alia