Sangkar merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2013, dibintangi oleh Nabila Huda, Nazim Othman, Amee Sharmaine dan Zul Ariffin. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Ratu TV9 dari 27 Ogos 2013 hingga 9 Oktober 2013.[1][2]

Sangkar
GenreDrama, konflik, keluarga
Dibangunkan oleh
Erma Fatima
Ditulis olehErma Fatima
PengarahPali Yahya
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Berganti Hati" oleh Anggun
Lagu penutup"Berganti Hati" oleh Anggun
PenggubahSC Elliott
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Citra Abdullah
  • Ain Abdullah
Penerbit
  • Ahmad Albab Abdullah
  • Ahmad Arri Abdullah
Penyunting
  • Zat Azmi
  • Shah Reese
Lokasi
SinematografiZamzuri Aripin
Tempoh siaran40 minit
Syarikat penerbitan
Rumah Karya Citra
Penyiaran
Saluran asalTV9
Format gambar
Siaran asal27 Ogos 2013 – 9 Oktober 2013

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV9.[3]

Sinopsis

sunting

Sangkar membawa kisah dua pelajar bernama Yasmin (Nabila Huda) dan Umar (Nazim Othman) yang membesar dalam suasana kehidupan berlainan. Yasmin dibesarkan ibunya Kamsiah (Azizah Mahzan) manakala Umar pula dibesarkan dengan penuh kemewahan oleh bapanya iaitu Tuan Syed (Zul Ariffin). Kedua-duanya mempunyai pemikiran berbeza, namun hubungan yang terjalin sejak di bangku sekolah membuatkan mereka akrab. Kedua-duanya adalah pelajar bijak dan setelah tamat persekolahan, Yasmin bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya.

Apabila Umar mendapat tahu perkara itu, Umar terus meminta Yasmin untuk memohon bagi pihaknya. Ditakdirkan permohonan kedua-dua mereka berjaya dan hubungan mereka menjadi semakin akrab. Umar rapat dengan ibu Yasmin kerana tidak pernah merasai kasih sayang seorang ibu berikutan ibunya meninggal dunia selepas melahirkannya. Sejak itu dia dibesarkan bapanya yang sering sibuk dengan perniagaannya. Bukan saja tidak mendapat perhatian dan kasih sayang daripada bapanya, malah Umar turut benci dengan sikap bapanya yang suka berfoya-foya.

Umar semakin rapat dengan ibu Yasmin apabila dia mendapat tahu wanita itu menghidap penyakit yang memerlukan kos rawatan tinggi. Dalam pada itu, setiap masalah yang dihadapi Yasmin akan dikongsi bersama Umar hingga menimbulkan bibit percintaan antara mereka. Dalam masa yang sama, Umar sanggup melakukan apa saja asalkan Yasmin bahagia dan sentiasa berada di sampingnya. Di samping belajar, Yasmin juga terpaksa bertungkus-lumus bekerja sambilan untuk mengumpul wang perbelanjaan ibunya dan menolak bantuan daripada Umar.

Yasmin sanggup untuk melakukan apa saja demi ibunya hinggalah pada suatu hari dia terserempak dengan Tuan Syed yang kemudiannya menawarkan pekerjaan di syarikat miliknya. Umar menjadi marah apabila mendapat tahu mengenai perkara itu hingga membawa dia diri ke Sepa­nyol. Kebencian dan tidak puas hati terhadap bapanya semakin membuak. Bagi Umar, bapanya tidak suka melihat dia bahagia dan sentiasa ingin merampas apa saja yang dimilikinya termasuklah Yasmin. Apakah keputusan Yasmin apabila mendapat tahu Umar membawa diri ke Sepanyol? Adakah Umar akan beralah dengan bapanya merampas kebahagiaan yang dikecapinya?

Pelakon

sunting

Pelakon utama

sunting

Pelakon pembantu

sunting

Pelakon sampingan

sunting
  • Theera Alias sebagai Julia
  • Heri Aszmo sebagai Joe
  • Zul Edward sebagai Tan Sri Hashim
  • Yazal Jalal sebagai Pak Dol
  • Azwan Mazwan sebagai kawan Umar
  • Aizat Hikari sebagai Man
  • Ellyas Fitri sebagai Lan
  • Maarup Mustapa sebagai bos Umar

Penampilan khas

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Budiey (17 September 2013). "Sinopsis drama Sangkar di TV9". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 1 Julai 2014.
  2. ^ Budiey (4 Oktober 2013). "Sinopsis episod terakhir drama Sangkar di TV9". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 1 Julai 2014.
  3. ^ Sangkar (2013): Episod Penuh. YouTube. TV9. Dicapai pada 19 Oktober 2018.