Keith Foo (lahir Foo Chuan Chin; 6 Januari 1983) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia yang mencipta nama sebagai pelakon di Indonesia dan juga seorang warganegara Malaysia.[1] Beberapa buah filem yang melibatkan dirinya di antaranya adalah Mati Suri (2009), Paku Kuntilanak, Bidadari Jakarta (2010), Pengantin Pantai Biru (2010) dan X - The Last Moment (2011). Kini pada tahun 2013 beliau, mula berlakon di Malaysia dan Indonesia. Beliau juga merupakan Pengasas dan Pengarah Kreatif Aksi+Reaktivasi. Penggalak Hak Asasi Manusia dan pendidikan bagi Seni dan Kreativiti.[2]

Keith Foo
Kelahiran
Foo Chuan Chin

(1983-01-06) 6 Januari 1983 (umur 37)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2009–kini
Ketinggian6 ft 0.5 in (1.84 m)
Anak1

BiografiSunting

Keith Foo dilahirkan pada 6 Januari 1983 di Gemas, Negeri Sembilan kepada sebuah keluarga campuran Cina dan India.[3] Beliau telah memantapkan kerjayanya terlebih dahulu dalam industri filem Indonesia selama lebih daripada sedekad dan kini mengembangkan kerjaya lakonannya di Malaysia. Namanya menjadi popular secara besar-besaran dalam drama Malaysia terbarunya Ariana Rose yang memperlihatkannya berlakon sebagai orang Islam.[4] Dalam Ariana Rose, Foo memgang watak Tengku Adam Kamil. Menurutnya beliau bukan sekadar menghidupkan watak tersebut tetapi secara tidak langsung dia juga dapat belajar sikit sebanyak mengenai agama Islam.[4] Watak tersebut adalah seorang yang beragama Islam dan memerlukannya bersolat serta membaca Al-Quran dan perkara ini sekaligus menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak memandangkan Keith bukan seorang yang beragama Islam,[4] sewaktu kerjaya lakonannya tertumpu di Indonesia, dia pernah beberapa kali membawakan watak sebagai orang Islam.[4][5]

Selain daripada mengambil pelbagai jenis peranan, Keith juga menceburi bidang penerbitan. Minat Keith yang bagaimanapun tidak terhad kepada dunia kreatif. Beliau juga mempunyai coretan keusahawanan dan minat yang tinggi dalam industri makanan dan minuman (F&B), yang boleh dijana dari ketika beliau belajar dalam bidang Pengurusan Hotel. Beliau juga fasih berbahasa Cina (Mandarin, Hailam dan Kantonis) Tamil, Melayu, Inggeris dan Indonesia.

FilemografiSunting

IndonesiaSunting

FilemSunting

  • Mati Suri (2009)
  • Paku Kuntilanak (2009)
  • Bidadari Jakarta (2010)
  • Pengantin Pantai Biru(2010)
  • Akibat Pergaulan Bebas 2 (2011)
  • X - The Last Moment (2011)
  • Hantu Budeg (2012)
  • Perempuan di Rumah Angker (2012)

SinetronSunting

MalaysiaSunting

DramaSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2013 Dalam Setiap Sujud Hendra TV9
Love You Mr. Arrogant Hadry Hakimi TV3
Ariana Rose Tengku Adam Kamil
Jodoh Itu Milik Kita Joshua Astro Mustika HD
2014 Kasih Berbisik Dharma TV3
2015 Dia...Isteri Luar Biasa Kamarul @ Che Kem
Keluarga Pontimau Eddie
2016 Jom Kahwin Adam HyppTV
2018 Jangan Padam Rindu Akid Fauzan TV1
2019 Kereta Sewa TV3
Mimpi Yang Sempurna Zaki TV1

Filem/TelefilemSunting

Anugerah dan pencalonanSunting

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2014 Anugerah Stail EH! Selebriti Lelaki Bentuk Badan Segak Keith Foo Menang
Anugerah Melodi Galaksi Rap Artis Lelaki Pilihan Menunggu

RujukanSunting

  1. ^ Keith Foo Rasa Bersalah Tinggalkan Malaysia. mSTAR Online (14 Mac 2013). Diperoleh pada 5 Mac 2013.
  2. ^ Biodata rasmi Keith Foo Melvister. Januari 2014.
  3. ^ Keith Foo biography GetKrew. 26 October 2016.
  4. ^ a b c d Keith Foo Bersyukur Dapat Berlakon Sebagai Orang Islam Malaysian Digest (12 Februari 2014). Dicapai pada 4 Mac 2014.
  5. ^ Keith Foo Gembira Belajar Agama Islam Oh Bulan! (12 Februari 2014). Dicapai pada 4 Mac 2014.
  6. ^ Ab Rahman, Farhana (24 September 2015). "Gandingan Keith Foo-Risteena Munim tarikan Girlfriend Kontrak". Berita Harian. Dicapai pada 27 Jun 2016.
  7. ^ Hashim, Ajami (5 Januari 2016). "Langit Cinta: Apa erti 'penantian' untuk seseorang yang setia?". Astro Arena. Dicapai pada 16 Julai 2016.

Pautan luarSunting