Bahasa Mandarin

(Dilencongkan daripada Mandarin)
Artikel ini berkenaan semua dialek Bahasa Cina utara. Untuk merujuk kepada bahasa Cina piawai yang rasmi (Putonghua/Guoyu), lihat Bahasa Mandarin Baku.

Mandarin atau Guanhua (Cina Tradisional: 官話, Cina Ringkas: 官话, pinyin: Guānhuà "pertuturan pegawai"), atau Beifanghua (北方方言; Pinyin: Běifāngfāngyán; "dialek utara") merupakan golongan dialek Cina saling berkaitan, yang ditutur di kebanyakan kawasan China utara dan barat daya. Jika dipandang sebagai bahasa tunggal, seperti yang sering dilakukan dalam kegunaan akademik, dialek-dialek Mandarin lebih ramai penutur asalnya berbanding mana-mana bahasa lain.

Mandarin
官話/官话 Guānhuà
Asli kepadaChina (Republik Rakyat China dan Republik China di Taiwan), Malaysia, Singapura, Indonesia dan komuniti kaum Cina di seluruh dunia
KawasanKebanyakan kawasan utara dan barat daya China difahami secara meluas di kawasan lain di China
Penutur bahasa
867.2 juta
Sino-Tibetan
Status rasmi
Bahasa rasmi di
berbentuk bahasa baku: Republik Rakyat China, Republik China di Taiwan, Singapura, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Dikawal selia olehdi Republik Rakyat: pelbagai agensi
di Republik China: Mandarin Promotion Council
di Singapura: Promote Mandarin Council/Speak Mandarin Campaign [1]
Kod bahasa
ISO 639-1zh
ISO 639-2chi (B)
zho (T)
ISO 639-3cmn

Perkataan Mandarin boleh merujuk kepada dua konsep yang berlainan sama ada kepada semua dialek Mandarin atau cuma Bahasa Mandarin Baku, yang berasaskan dialek Beijing. Bahasa Mandarin Baku berfungsi sebagai bahasa pertuturan rasmi Republik Rakyat China, Republik China di Taiwan dan Singapura. "Bahasa Cina" — secara tepatnya, Bahasa Mandarin — merupakan salah satu daripada enam bahasa rasmi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Dalam kegunaan seharian, "Mandarin" biasanya merujuk kepada Bahasa Mandarin Baku sahaja. Golongan dialek Mandarin yang lebih luas merangkumi dialek-dialek berbagai yang saling berkaitan; ada yang kurang mudah saling difahami daripada yang lain. Penggolongan ini didekatkan dan digunakan oleh pakar bahasa, dan tidak kerap digunakan di luar konteks akademik sebagai deskripsi tersendiri. Sebaliknya, apabila ditanya untuk mengenal pasti bentuk bahasa yang dituturnya, seorang Cina itu yang bertutur dalam sebentuk bahasa Mandarin akan mengenal pasti variasi yang dituturnya, contohnya dialek Sichuan atau China utara, dan menganggapnya berbeza daripada "Bahasa Mandarin [Baku]"; mereka mungkin tidak menganggap bahawa bahasa itu sebenarnya digolongkan oleh pakar bahasa sebagai sebentuk bahasa "Mandarin" dalam erti yang lebih luas. Malah tiada juga identiti "Mandarin" umum berdasarkan bahasa; sebaliknya, terdapat identiti kawasan tersendiri yang kukuh, bertengahkan dialek Mandarin individu, disebabkan pengedaran geographi penuturnya yang amat meluas.

Pautan Luar

sunting