Langit Cinta merupakan sebuah filem drama romantik Malaysia 2016 arahan Osman Ali. Filem ini dibintangi oleh Nur Fazura, Keith Foo, Farid Kamil, Siti Saleha, Datuk Jalaluddin Hassan, dan Ogy Ahmad Daud. Filem ini mengisahkan mengenai percintaan antara Khadejah (Nur Fazura) dan Aliff (Keith Foo). Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 7 Januari 2016. Filem ini telah diadaptasi kepada novel dengan tajuk yang sama.[3] Filem ini telah memenangi satu dari dua pencalonan dalam Festival Filem Malaysia ke-28 melalui Ogy Ahmad Daud (Pelakon Pembantu Wanita Terbaik).

Langit Cinta
PengarahOsman Ali
BerdasarkanLangit Cinta karya Damya Hanna
Dihasilkan olehImlya Irwani Roslan
Jullian Jayaseela
Gayatri Su-Lin Pillai
DibintangiNur Fazura
Keith Foo
Farid Kamil
Siti Saleha
Datuk Jalaluddin Hassan
Ogy Ahmad Daud
Disunting olehFarida Alzurin Zulkaranain
Muzik olehNurzaidi Abdul Rahman
Syarikat
penerbitan
Nuansa Sdn. Bhd.
Diedarkan olehAstro Shaw
Tarikh tayangan
7 Januari 2016
Masa tayangan
120 minit
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Malaysia
BajetRM 1.5 Juta[1]
Pecah panggungRM 567,000[2]

Sinopsis sunting

Aliff Zulkarnain (Keith Foo) ialah anak kepada Datuk Affendi (Datuk Jalaluddin Hassan), pemilik kepada sebuah syarikat hartanah di Kuala Lumpur. Mereka berhasrat untuk membangunkan resort di Pulau Perindu, Langkawi. Mereka bersekongkol dengan nelayan, iaitu Budiman (Farid Kamil) unutk menghasut ahli kampung supaya menjual tanah mereka bagi tujuan pembangunan resort tersebut.

Khadejah (Nur Fazura) pula menentang penjualan tersebut dek kerana hakikat rumahnya itu dibina oleh arwah bapanya. Aliff cuba untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan mendekati ibu Khadejah, Mak Piah (Ogy Ahmad Daud). Bibit-bibit percintaan mulai mekar apabila Aliff melihat akan kepentingan rumah tersebut kepada Khadejah dan Mak Piah.

Beliau juga mula mengenali erti kehidupan sebenar dan belajar memahami bahawa kesederhanaan itu indah. Biarpun hubungannya ditentang keluarga, namun Aliff nekad memperisterikan Khadejah. Bermula dari situ, kehidupan Aliff dirundung pelbagai dugaan dan cabaran demi cabaran harus ditempuh dalam hidup dua insan itu.

Pelakon sunting

 
Fazura memegang watak sebagai Khadeja dalam filem ini.

Penerbitan sunting

Filem ini mendapat inspirasi dari kisah percintaan antara ibu bapa pengarah, Osman Ali. Filem ini telah menjalani pengambaraan selama 50 hari di Pulau Tuba, Langkawi, Sabah dan Lembah Klang. Farid Kamil, yang membawakan watak Budiman telah menggelapkan kulitnya agar sesuai dengan pekerjaannya sebagai seorang nelayan.[4] Tempoh tiga minggu diperlukan untuk membina rumah Khadeja yang terletak di tepi laut.[5]

Keluaran dan sambutan sunting

Tayangan sunting

Majlis pratonton filem ini telah diadakan pada 22 Disember 2015 di GSC Cathay Cineleisure, Petaling Jaya.[6] Tayangan perdana bagi filem ini telah dijalankan pada 5 Januari 2016 di Langkawi.[7][8]Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 7 Januari 2016.

Ulasan sunting

Rata-rata ulasan mengenai filem ini adalah positif. Ajami Hashim dari Astro Awani dan AR Rizu dari Malaysiakini senada dalam ulasan mereka terhadap filem ini iaitu "...sebuah filem bertih jagung yang ringan dan santai ".[9][10] Aqmar Mustaza dari Sinar Harian memuji aspek sinematografi filem ini.[11] Huzz dari portal kehidupan Instaonline.com.my memberi empat dari enam bintang kepada filem ini.[12]

Runut bunyi sunting

"Langit Cinta"
 
Single oleh Dayang Nurfaizah
Dilancarkan pada18 Disember 2015 (Digital)
Dirakamkan pada2015
FormatMuat turun digital
GenrePop
Panjang3:43 minit
PenulisNurzaidi Abdul Rahman[13]
PenerbitMEASAT Broadcast
sunting · sunting di Wikidata
 
Lihat pendokumenan templat ini

Runut bunyi asal (OST) bagi filem ini ialah Langit Cinta oleh Dayang Nurfaizah.[14]

Anugerah sunting

Anugerah Kategori Penerima Hasil
Festival Filem Malaysia ke-28 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Ogy Ahmad Daud Menang
Lagu Tema Asal Terbaik Nurzaidi Abdul Rahman Tercalon
Anugerah Skrin 2016 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem) Ogy Ahmad Daud Menang

Rujukan sunting

  1. ^ "'Langit Cinta' Inspirasi Cinta Ayah & Ibu Saya - Osman Ali". Malaysian Digest. 27 November 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-03.
  2. ^ "MALAYSIAN BOX OFFICE". FINAS. Dicapai pada 2016-07-16. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  3. ^ "FILEM LANGIT CINTA DIADAPTASI KE NOVEL". Mediahiburan.my. 5 Mei 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-27. Dicapai pada 2016-07-16. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  4. ^ "10 Fakta Menarik Filem Langit Cinta". Astrogempak.com.my. 5 Januari 2016. Dicapai pada 2016-07-16. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  5. ^ Dzulkifly, Siti Athirah (4 Januari 2016). "Langit Cinta buah tangan Osman Ali". Utusan Malaysia. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  6. ^ Hikmet Atak, Feride (23 Disember 2016). "Osman Ali Menangis Ketika Mengarah Langit Cinta". mStar.
  7. ^ "'Langit Cinta' paparkan keindahan Langkawi". The Malay Mail. 5 Januari 2016.
  8. ^ "Selepas kutipan filem merosot, Osman Ali pertaruh 'Langit Cinta'". The Malay Mail. 27 Disember 2015.
  9. ^ Hashim, Ajami (5 Januari 2016). "Langit Cinta: Apa erti 'penantian' untuk seseorang yang setia?". Astro Arena. Dicapai pada 16 Julai 2016.
  10. ^ Rizu, AR (17 Januari 2016). "Langit Cinta kemas, emosi pun terbuai". Malaysiakini.
  11. ^ Mustaza, Aqmar (9 Januari 2016). "Langit Cinta bakal ulangi kejayaan Ombak Rindu?". Sinar Harian.
  12. ^ "`HUJAN' KERANA LANGIT CINTA!". Instaonline.com.my. 18 Januari 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-21. Dicapai pada 2016-07-16. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  13. ^ "Dayang Nurfaizah Beremosi Dalam Langit Cinta". Era.fm. 28 Disember 2015. Dicapai pada 2016-07-16. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  14. ^ "Langit Cinta taruhan terbaharu Dayang Nurfaizah". Sinar Harian. 6 Januari 2016.

Pautan luar sunting