Buka menu utama

Manisnya Cinta Di Cappadoccia (filem)

Manisnya Cinta Di Cappadocia merupakan sebuah filem cinta komedi hasil arahan Bernard Chauly dan dibintangi oleh Nur Fazura, Shaheizy Sam, Faizal Hussein, Rafidah Abdullah, Lisa Surihani dan Fauziah Ahmad Daud. Filem ini mengisahkan mengenai konflik Ifti Liyana (Nur Fazura) yang terpaksa berdepan dengan cinta tiga lelaki, Fredo (Josiah Hogan), Bahkhtiar (Faizal Hussein) dan Nazmi (Shaheizy Sam). Selepas pertemuan dirinya dengan Nazmi di Cappadocia, Turki, dia memilih untuk bersama Nazmi. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 11 Disember 2014. Filem ini telah berjaya memenangi dua anugerah dari sepuluh pencalonan di Festival Filem Malaysia ke-27.

Manisnya Cinta Di Cappadocia
Poster-Manisnya-cinta-di-cappadoccia.jpg
PengarahBernard Chauly
PenerbitZaiton Muhd Jiwa, Najwa Abu Bakar, Lina Tan
Lakon layar olehRafidah Abdullah
Cerita olehAnis Ayuni
BerdasarkanManisnya Cinta oleh Anis Ayuni
Dibintangi oleh
Disunting olehAhmad Ahmad
Syarikat
penerbitan
Redfilms
Astro Shaw
Global Station
PengedarGSC Movies
Tempoh tayangan
102 Minit
NegaraMalaysia Malaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM 1.6 Juta

SinopsisSunting

Ifti Liyana (Nur Fazura) tidak pernah mendambakan sayang dari lelaki yang bernama Fredo (Josian Hogan). Bertahun bersama, namun tiada segelumit perasaan untuk jejaka itu. Akhirnya, Fredo menikahi gadis lain dan tinggallah Ifti Liyana menyusuri hidupnya sendiri.

Ifti merupakan "mama" kepada anak-anak kakaknya, Aida (Eja) yang telah meninggal dunia akibat kanser. Suami kakaknya, Bakhtiar (Faizal Hussein) yang gagal menjadi seorang suami dan ayah yang baik, ingin memulakan hidup baru dengan Ifti. Pertemuan pertama Ifti dengan Nazmi (Shaheizy Sam),seorang pemandu bas telah mencambahkan perasaan yang dia sendiri tidak fahami.

Datin Noor (Erma Fatima) menugaskan Ifti dan rakan karibnya, Dhivia (Rafidah Abdullah) untuk mencari perabot rumahnya di Turki. Ifti terserempak dengan Nazmi di sana.

Permasalahan terungkai kini. Sukarnya mengucapkan kata maaf. Demi cinta dan sayangnya, Ifti Liyana membuang ego yang tersarat padu di hatinya. Dia yakin Nazmi tercipta untuknya. Yang akan melindungi dan mengasihinya hingga ke akhirnya.

PelakonSunting

 
Nur Fazura malakonkan watak Ifti Liyana di dalam filem ini.

PenerbitanSunting

Pengarah filem ini, Bernard Chauly, telah diberi lima buah novel cinta popular oleh salah sebuah studio filem ini,Global Station untuk dijadikan sebagai filem pada 2012. Antara kelima-lima novel tersebut, novel 'Manisnya Cinta' hasil nukilan Anis Ayuni telah dipilih.[3] Filem ini telah menjalani pengambaraan selama sebulan (antara bulan April dan Mei 2013) di Lembah Klang dan di dua buah bandar di Turki, Cappadocia dan Anatolia.[4][5] Untuk pengambaraan di Turki, pihak produksi telah bekerjasama dengan pihak Turkish Tourism untuk menghasilkan visual yang terbaik.[6] Bernard mengambil inisiatif sendiri untuk meninjau lokasi penggambaran tanpa bantuan pemandu pelancong dengan menyewa sebuah kereta dan memandu lebih 2,500 kilometer dalam masa seminggu.[7] Bermula dari Cappadoccia ke Anatolia sehingga ke Pamukkale dan kemudian berakhir di Ephesus dan Izmir berdekatan lautan Aegean.[8] Filem ini merupakan gandingan kedua Fazura dan Shaheizy Sam selepas drama Kisah Cinta di TV3.[9] Shaheizy Sam mengakui babak paling sukar untuk dilakukan di dalam filem ini ialah ketika wataknya, Nazmi melamar Ifti Liyana (Nur Fazura).[10] Dia menyatakan babak ini memakan masa selama 20 minit di dalam cuaca sejuk bersalji tetapi berjaya dihasilkan melalui satu percubaan sahaja.[11] Ketika produksi, dilaporkan bahawa teraju filem ini, Sam dan Fazura telah bercinta (cinta lokasi).[12][13][14][15][16][17] Penulis novel asal, Anis Ayuni berpuas hati dengan filem ini tetapi mengingatkan kepada pembaca novel asal agar tidak menjangkakan semua babak di dalam novel akan muncul di dalam filem ini. Antara perubahan paling ketara di dalam filem ini berbanding novel asal ialah lokasi Mesir di dalam novel telah diubah kepada Cappadocia, Turki[18] selepas kejayaan filem Istanbul Aku Datang!.

Keluaran dan sambutanSunting

TayanganSunting

Trailer filem ini telah ditayangkan di Youtube pada 28 Ogos 2014.Tayangan perdana filem ini telah dilakukan di GSC Pavilion Kuala Lumpur pada 24 November 2014.Dilaporkan, terdapat penonton yang menangis ketika tayanagan perdana filem ini dilakukan.[19][20]

KutipanSunting

Selepas sembilan hari tayangan, filem ini telah mengumpul lebih RM 1 Juta.[21] Filem ini akhirnya berjaya mengumpul RM 1.6 Juta.[22]

Ulasan kritisSunting

Rata-rata ulasan mengenai filem ini ialah positif.Hassan Abd Muthalib dari Astro Awani mengulas bahawa filem ini merupakan filem terbaik Bernard Chauly.[23] Portal perfileman, DramaticDurian.com memuji skrip dan lakonan Nur Fazura.[24] Portal hiburan, Murai.com.my mengulas jalan cerita hasil adaptasi novel ini biasa sahaja tetapi berjaya dicantikkan oleh tenaga kerja filem melalui sinematografi Cappadocia dan watak Nur Fazura.[25] Diyana AR dari portal kehidupan, TheVocket.com pula menyenaraikan filem ini sebagai "9 Filem Terbaik Malaysia 2014".[26] Suhaimi Suib dari portal hiburan Skorbintang.com memberi satu perkataan untuk menggambarkan filem ini iaitu "Terbaik!".[27] Portal berita Malaysian Gazette pula mengkritik campur tangan penulis novel asal, Anis Ayuni di dalam penghasilan skrip filem ini yang menyebabkan penceritaan filem ini agak longgar.[28]

Runut bunyiSunting

Terdapat tujuh lagu rasmi untuk filem ini.

  • Manisnya Cinta - 6ixth Sense[29]
  • Jatuh - Liyana Fizi
  • Gelora Jiwa - Yuna
  • Dwihati - Aizat feat. Yuna
  • Bosanova - Saloma
  • Nafasku - Jamiel Said
  • Pintu Hati - Mafa

AnugerahSunting

Anugerah Kategori Penerima Keputusan
Anugerah Lawak Warna 2015[30] Filem Komedi Terbaik Global Station, Astro Shaw, Red Films Dicalonkan
Pengarah Komedi Terbaik Bernand Chauly Dicalonkan
Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Filem) Nur Fazura Dicalonkan
Lakon Layar & Skrip Terbaik Rafidah Abdullah Dicalonkan
Festival Filem Malaysia ke-27[31] Filem Terbaik Global Station, Astro Shaw, Red Films Dicalonkan
Pengarah Terbaik Bernand Chauly Dicalonkan
Pelakon Wanita Terbaik Nur Fazura Menang
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Faizal Hussein Dicalonkan
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Eja Dicalonkan
Lakon Layar Terbaik Rafidah Abdullah Dicalonkan
Skor Muzik Asal Terbaik Ooi Su Lyn & Teoh Eng Hooi Menang
Fotografi Terbaik Haris Hue Dicalonkan
Busana Terbaik Daniel Henry Chin Dicalonkan
Pelakon Kanak-kanak Terbaik Raykarl Dicalonkan
Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2015[32] Filem Terbaik Global Station, Astro Shaw, Red Films Dicalonkan
Pengarah Terbaik Bernard Chauly Dicalonkan
Pelakon Wanita Terbaik Nur Fazura Menang
Sinematografi Terbaik Harris Hue Abdullah Dicalonkan
Lakon Layar Terbaik Rafidah Abdullah Dicalonkan

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ http://www.utusan.com.my/hiburan/kemanisan-hidup-fazura-lisa-1.25302
  2. ^ http://www.pepatung.com.my/hiburan/filem/manisnya-cinta-di-cappadocia-nilai-peluang-kedua.htm
  3. ^ http://www.thestar.com.my/Lifestyle/Entertainment/Movies/News/2014/12/11/Bernard-Chauly-tackles-the-screen-adaptation-of-a-book-with-his-latest/
  4. ^ http://www.ohbulan.com/foto-fazura-di-sebalik-tabir-filem-manisnya-cinta-di-cappadocia/
  5. ^ http://beautifulnara.com/13-gambarnur-fazura-di-turki-untuk-penggambaran-filem-manisnya-cinta/
  6. ^ http://www.hmetro.com.my/node/12058
  7. ^ http://www.hmetro.com.my/node/6544
  8. ^ http://www.sinarharian.com.my/hiburan/manisnya-cinta-di-cappadocia-1.337291
  9. ^ http://www.bharian.com.my/node/19804
  10. ^ http://www.thestar.com.my/Lifestyle/Entertainment/Movies/News/2014/12/11/Memorable-moments-working-on-Manisnya-Cinta-Di-Cappadocia/
  11. ^ http://murai.com.my/berita/tempatan/article/articleid/628259/drama-airmata-shaheizy-sam-lamar-fazura-dalam-mcdc-bukti-kejujuran
  12. ^ http://beautifulnara.com/bercinta-dengan-fazura-shaheizy-sam-enggan-komen/
  13. ^ http://www.rotikaya.com/shaheizy-sam-nafi-pernah-bercinta-dengan-fazura/
  14. ^ http://www.rotikaya.com/akui-sering-keluar-bersama-shaheizy-sam-nafi-bercinta-dengan-fazura/
  15. ^ http://www.abpbh.com.my/blog/2015/01/fazura-sam-pernah-bercinta
  16. ^ http://beritaharian.sg/gah/hiburan/shaheizy-sam-tidak-mustahil-orang-pinang-saya
  17. ^ http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0105&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm
  18. ^ http://buletinharian.com/manisnya-cinta-di-cappadocia-hiburan.html
  19. ^ http://malaysianreview.com/gossip-artis-malaysia/fazura-putus-cinta/
  20. ^ http://www.sinarharian.com.my/mobile/hiburan/manisnya-cinta-di-cappadoccia-1.337927
  21. ^ http://www.hmetro.com.my/node/17579
  22. ^ http://www.finas.gov.my/index.php?mod=industry&sub=cereka&p=Filem2014
  23. ^ http://www.astroawani.com/berita-hiburan/sinema-malaysia-tahun-2014-yang-terbaik-datang-dari-mana-51393
  24. ^ http://www.dramaticdurian.com/2014/12/the-sweet-love-of-cappadoccia.html
  25. ^ http://www.murai.com.my/reviu/wayang/article/articleid/631290/dekati-ifti-liyana-dalam-manisnya-cinta-di-cappadocia
  26. ^ http://thevocket.com/9-filem-terbaik-malaysia-bagi-tahun-2014/
  27. ^ http://www.skorbintang.com/filem/manisnya-cinta-di-cappadoccia-2014/
  28. ^ http://malaysiagazette.com/ms/hiburan/kurang-manis-manisnya-cinta-di-cappadocia
  29. ^ "Astro Shaw lancar tiga runut bunyi filem". Astro Shaw. 29 Oktober 2014. Dicapai 2016-04-06. 
  30. ^ http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/07/11/anugerah-warna/
  31. ^ http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/07/11/anugerah-warna/
  32. ^ "Lelaki Harapan Dunia dapat pengiktirafan lagi". Astro Awani. 6 Oktober 2015. 

Pautan luarSunting