Singgora (bandar)

bandar di Wilayah Songkhla, Thailand
(Dilencongkan daripada Songkhla)

Songkhla (Thai: สงขลา) adalah sebuah bandar di Thailand. Bandar ini terletak di kedudukan geografi 7°12′N, 100°35′E. Dalam tahun 2006, bandar Songkhla mempunyai 75,048 orang penduduk. Songkhla juga dikenali sebagai Kota Singa khususnya di kalangan negara-negara barat sebelum Perang Dunia II.

Songkhla terletak di selatan
Muzium Nasional Songkhla
Pantai Laem Samila

Walaupun Songkhla lebih kecil berbanding dengan bandar Hat Yai, Songkhla adalah bandar wilayah untuk Wilayah Songkhla dan juga Wilayah Perbandaran Songkhla (Amphoe Mueang Songkhla).

Songkhla terletak di muara tasik Songkhla yang menghubungkan tasik itu dengan Teluk Siam. Bandar Songkhla adalah pelabuhan dan pusat perikanan yang penting di Thailand, dan membekalkan banyak tangkapannya kepada pembeli di Semenanjung Malaysia dan Singapura.

Sejarah

sunting

Pada 8 Disember 1941, Ketumbukan Ke-25 Tentera Imperial di bawah pimpinan Tomoyuki Yamashita membuat pendaratan di Songkhla dan Pattani dan menggunakan bandar-bandar ini sebagai landasan Tentera Jepun untuk penaklukan Tanah Melayu.

Tentera British mempunyai rancangan Operasi Matador melibatkan penempatan pasukan Tentera British di wilayah Thai untuk mengawal kawasan dipanggil “The Ledge” di pertengahan jalan antara Songkhla dan Sadao untuk menyekat kemaraan askar Jepun. Malangnya, rancangan ini tidak dilancarkan kerana Panglima Tertinggi Timur Jauh British tidak berani memberikan arahan melancarkan operasi ini kerana takut akan menimbulkan insiden diplomatik.