Tenaga kerja ialah kumpulan buruh dalam penggajian. Istilah ini umumnya digunakan untuk memerikan mereka yang bekerja untuk sebuah syarikat atau industri, tetapi kadang-kadang ia juga digunakan untuk kawasan geografi seperti bandar raya, negara, negeri, dan sebagainya. Istilah "tenaga kerja" secara umumnya tidak merangkumi majikan atau pengurusan. Ia juga boleh merangkumi kesemua mereka yang sedia untuk bekerja.

Pekerja boleh menjadi anggota kesatuan sekerja, dengan kesatuan itu menjalani perundingan tentang gaji dan keadaan bekerja. Jika keresahan buruh berlaku, kesatuan sekerja memainkan peranan penyelarasan untuk mengatur undi tenaga kerja dan mengambil tindakan mogok.

Faedah keanggotaan

sunting

Faedah yang datang dengan menjadi seorang anggota tenaga kerja dikatakan termasuk:

Namun, kesemua itu tidak semestinya datang secara langsung daripada menjadi seorang anggota tenaga kerja. Keadaan kewangan seseorang biasanya bergantung kepada majikan, pelanggan, upah, dan inflasi. Tambahan lagi, seseorang masih dapat berasa berguna tanpa menjadi seorang anggota tenaga kerja.

Lihat juga

sunting

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.