Dalam ekonomi, perkhidmatan (Jawi: ڤرخدمتن, kata dasar khidmat خدمت‎ serapan kata kerja Arab: خَدَمَ khadama "bertugas; bekerja"[1]) ialah kerja yang dilakukan oleh seseorang individu atau sekumpulan individu yang memberi manfaat kepada orang lain (tanpa menjual barang). Ini termasuk memberikan tenaga, kemahiran, kepakaran dan pengalaman yang memberi manfaat kepada orang lain atau pelanggan. Pembekal perkhidmatan boleh terlibat dalam kegiatan ekonomi tanpa mengalami batasan seperti perlu menyediakan stok atau inventori atau bahan mentah. Pada masa yang sama, pelaburan mereka dalam kepakaran memerlukan pemasaran perkhidmatan dan penambahbaikan yang berterusan untuk menghadapi persaingan. Kebanyakan perniagaan berasaskan perkhidmatan bagaimanapun memerlukan struktur fizikal dan peralatan yang besar, dan menggunakan sumber yang banyak seperti perkhidmatan pengangkutan dan ketenteraan.

Penjaga pintu hotel ialah contoh pekerjaan perkhidmatan

Pembekal perkhidmatan membentuk sektor tertiari dalam ekonomi.

Rujukan sunting

  1. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 121. ISBN 967-65-7321-3.