3 Temujanji merupakan sebuah filem komedi romantik Malaysia 2012 yang ditayangkan pada 5 April 2012 di Malaysia.

3 Temujanji
PengarahHashim Rejab
Dihasilkan olehDavid Teo
Dibintangi
SinematografiAreel Abu Bakar
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
  • 5 April 2012 (2012-04-05) (Malaysia)
Masa tayangan
91 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM 0.70 juta

Sinopsis sunting

Filem 3 Temujanji mengisahkan seorang wanita bernama Reanna yang tidak mempercayai lelaki dan cinta dalam hidupnya. Prinsip Reanna mudah, cinta hanya membawa sengsara dan semua lelaki sama saja tak guna. Hal ini menyebabkan Reanna menetapkan setiap hubungannya dengan lelaki tidak akan lebih dari tiga temujanji sahaja. Selepas 3 temujanji, mereka akan berpisah dan tidak akan berhubungan lagi. Dengan cara ini Reanna percaya yang dia akan dapat menikmati keseronokan bercinta tanpa perlu sengsara.

Segala-galanya berubah apabila muncul Sein, seorang lelaki yang sangat teruja dengan perkahwinan ke dalam hidup Reanna. Sein yang kecewa ditinggalkan kekasihnya, Adira, memilih untuk bersama Reanna untuk tiga temujanji. Sikap Sein yang jauh berbeza dari lelaki lain, temujanji-temujanji yang lain dari yang lain serta hadiah istimewa yang diterimanya setiap kali bertemujanji menyebabkan Reanna gagal menahan hatinya lalu jatuh cinta.[1]

Pelakon sunting

 
Pierre Andre memegang watak Sein didalam filem ini.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Tiga Temujanji - Cinema Malaysia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-22. Dicapai pada 2012-09-27.

Pautan luar sunting