Hantu Dalam Botol Kicap

Hantu Dalam Botol Kicap merupakan sebuah filem komedi seram Malaysia 2012 arahan Azhari Zain yang ditayangkan pada 9 Februari 2012 di Malaysia. Dibintangi Mon Ryanti, Zalif Sidek, Mikail Andre dan Angah Raja Lawak.

Hantu Dalam Botol Kicap
PengarahAzhari Zain
Dihasilkan olehDavid Teo
Dibintangi
SinematografiAreel Abu Bakar
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehMIG Pictures
Tarikh tayangan
  • 9 Februari 2012 (2012-02-09) (Malaysia)
Masa tayangan
78 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.82 juta
Pecah panggungRM 1.86 juta[1]

Sinopsis sunting

Pelakon sunting

Maklum Balas sunting

Ulasan sunting

Filem ini mendapat maklum balas yang pelbagai daripada pelbagai pihak.

Menurut Beautifulnara.com,[2] filem ini dilihat berjaya dari segi elemen komedi. Lakonan pelakon-pelakon baru dilihat berjaya menyuntik elemen komedi bagi menghidupkan jalan cerita yang tidak memeningkan penonton. Ternyata, Hantu kopek, lakonan Angah Raja Lawak berjaya menggerakkan penceritaan filem ini. Begitu juga dengan Penmerah.com,[3] mereka turut bersetuju dengan menyatakan filem ini dibuat semata untuk penonton bersantai sambil ketawa. Filem ini tidak merumitkan minda penonton yang menonton filem ini. Lakonan Angah Raja Lawak diberikan pujian kerana menyuntik elemen komedi filem ini.

Pandangan berbeza diberikan oleh pihak Utusan Malaysia. Menerusi ruangan hiburan mereka,[4] filem ini mempersoalkan elemen seram yang cuba ditonjolkan. Ada beberapa adegan dalam filem ini dilihat tidak bersesuaian dengan norma adat Melayu, seperti mengacukan senapang ke kepala cucu sendiri. Rasional bomoh atau dukun menyimpan botol berisi hantu turut dipersoalkan. Prop yang dipersembahkan turut disentuh, apabila ia tidak seperti yang diharapkan dalam sesetiap filem komedi seram.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
    TAYANGAN FILEM CEREKA TAHUN 2012
  2. ^ http://beautifulnara.com/review-filem-hantu-dalam-botol-kicap/
  3. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-12. Dicapai pada 2012-02-20.
  4. ^ http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0219&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_13.htm

Pautan luar sunting