Publius Quinctilius Varus
Publius Quinctilius Varus (46 SM–9 M) ialah seorang ahli politik Rom Kuno dan juga seorang jeneral tentera di bawah pemerintahan Augustus, yang diingati kerana tiga legion Romawi pimpinannya tewas apabila diserang oleh pemimpin puak Jermanik yang bernama Arminius sewaktu Perang Hutan Teutoburg. Varus sendiri maut di dalam pertempuran itu.