Lingkungan Suara
Suara Wanita
Soprano
Mezzo-soprano
Kontralto (atau Alto)

Suara Lelaki

Kauntertenor (Alto atau Mezzo)
Tenor
Baritenor
Bariton
Bariton-bes
Bes

Kaitan

Sopranis
Kastrato

Tenor merujuk kepada penyanyi lelaki yang mempunyai nada suara tertinggi.

Sejarah

sunting

Nama "Tenor" diambil dari bahasa Latin yang bermaksud "menahan". Pada zaman pertengahan (medieval) dan zaman pembaharuan (renaissance) di antara tahun 1250 dan 1500, seorang tenor adalah penyanyi struktur utama (mempertingkatkan melodi muzik dari latar belakang) untuk suara-suara nyanyian dan alatan muzik. Suara-suara nyanyian lain biasanya diukur mengikut gerak suara dan penahanan suara seorang tenor, yang kerapkali disambung dengan nada panjang yang diambil dari melodi "Kantus Firmus" [1] yang bermaksud nyanyian atau melodi tetap.Sehingga penghujung abad ke-15 pada pengenalan “kontratenor bassus” (penyanyi bes moden) [2], penyanyi tenor kebiasaannya menyanyikan nada suara yang rendah untuk membantu kumpulan penyanyi mendapat suara nyanyian harmoni lengkap. Pada abad yang sama juga, suara “tenor” menjadi satu suara yang disyorkan untuk penyanyi lelaki bagi bahagian tersebut.

Tenor opera

sunting
 
Penyanyi tenor Australia, Rosario La Spina, menyanyi di Rod Laver Arena, Melbourne

Penyanyi-penyanyi terkenal opera dari serata dunia termasuklah Carlo Bergonzi (Itali), Beniamino Gigli (Itali), Georges Thill (Perancis), Jussi Björling (Sweden), Nicolai Gedda (Sweden), José Carreras (Sepanyol), Enrico Caruso (Itali), Plácido Domingo (Sepanyol), Jon Vickers (Kanada), Richard Tucker (Amerika Syarikat), Franco Corelli (Itali), Lauritz Melchior (Denmark), Fritz Wunderlich (Jerman), Luciano Pavarotti (Itali), Juan Diego Florez (Peru), David Hobson (Australia), Mario Del Monaco (Itali), Ignacio Gomez(Chile), Bülent Bezdüz (Turki), Wu Pak Chiu (China), Nicholas Dore (England) dan Rolando Villazon (Mexico).

Tenor di dalam muzik koir

sunting

Di dalam nyanyian 4 penyanyi koir, penyanyi tenor ialah yang bersuara ke-dua rendah, di atas suara penyanyi bes dan di bawah suara penyanyi soprano dan penyanyi alto. Lingkungan suara seorang penyanyi tenor koir biasanya tidak sehebat suara penyanyi tenor opera. Sesetengah nyanyian koir tidak memerlukan penyanyi tenornya menggunakan keseluruhan tenaga kuasa suara tenor, walaupun sesetengah koir tetap memerlukan tenor untuk menyanyikan nada B3 ke atas sehingga G4.

Di masa kini dan juga sebelumnya, banyak kumpulan nyanyian koir menghadapi kesukaran mendapat penyanyi yang memiliki suara seorang tenor. Ini adalah kerana ia amatlah sukar untuk lelaki dewasa sebenarnya memiliki suara tinggi yang unik untuk digelar tenor. Kebanyakan lelaki dewasa lebih gemar menyanyikan lagu untuk bahagian bes atau bariton. Oleh sebab itu, kerapkali penyanyi lelaki yang tidak memiliki suara tenor dilantik untuk memegang bahagian tersebut walaupun suara mereka tidak sampai ke tahap lingkungan suara seorang tenor. Apabila perkara sebegini wujud dalam sesetengah kumpulan koir, kebiasaanya penyanyi alto disuruh menyanyikan bahagian tenor walaupun sesetengah alto yang dipilih juga mempunyai lingkungan suara yang tidak cukup tinggi.

Klasifikasi tenor

sunting

Walaupun lingkungan suara adalah ciri utama untuk seseorang diiktiraf sebagai penyanyi tenor, namun ia bukan semudah itu sahaja. Seorang tenor sebenarnya dipilih dari beberapa faktor dari corak vokal termasuklah dari lingkungan suara, kualiti nada, cara kenaikan vokal (untuk naik ke nota tinggi) dan tahap penukaran suara (passaggio) di dalam lingkungan suara mereka.

Untuk pemilihan tenor koir yang kurang profesional pula, mereka biasanya dipilih berdasarkan suara yang lebih bergetar / nyaring dan mempunyai jalinan atau corak suara (tessitura) yang baik.

Penggunaan lain

sunting

Di dalam corak muzik harmoni “Barbershop”, penyanyi tenor digunakan untuk suara yang paling tinggi. Empat suara penyanyi digunakan adalah (dari rendah ke paling tinggi) penyanyi bes, penyanyi bariton, penyanyi utama dan penyanyi tenor. Kebiasaannya penyanyi tenor dalam kumpulan ini menyanyi dengan menggunakan teknik pemalsuan suara (dikenali sebagai falseto dalam bahasa Itali). Istilah tenor di dalam corak muzik “Barbershop” kebiasaan dikaitkan dengan penyanyi kauntertenor sepertimana yang diklasifikasikan di dalam lingkungan suara muzik klasikal untuk mencapai harmoni lengkap sesebuah lagu. Lingkungan suara tenor untuk corak muzik “barbershop ialah, Bb-bawah-tengah C hingga D-atas-tinggi-C (dan menyanyikan oktaf bawah).

Kategori suara (fächer) dan bahagian tenor dalam opera

sunting
Lingkungan suara mengikut nota paparan keyboard
 
Soprano
 
Alto
 
Tenor
 
Bes

Di dalam opera, perbezaan untuk tenor dipecahkan kepada beberapa fächer (kategori suara):-

Tenor dramatik

sunting

Atau juga dikenali sebagai tenore drammatico atau tenore di forza atau robusto (Dramatic tenor): berdasarkan kekerasan suara yang kaya dan tinggi bersesuaian untuk watak hero atau watak lelaki utama.

Di antara penyanyi-penyanyi yang tergolong dalam fächer ini adalah Mario del Monaco, Franco Corelli dan Plácido Domingo.

Heldentenor

sunting

Banyak persamaan dengan tenor dramatik tetapi ditujukan khas untuk repertoir Jerman yang lebih kepada suara bariton (rendah daripada suara tenor) yang diketengahkan oleh Richard Wagner (penggubah lagenda Jerman).

  • Apollo (Daphne)
  • Claudio (Das Liebesverbot)
  • Cola Rienzi (Rienzi)
  • Sonny (Wakonda's Dream)atau bariton bernada tinggi
  • Florestan (Fidelio)
  • Tannhäuser (Tannhäuser)
  • Loge (Das Rheingold)
  • Lohengrin (Lohengrin)
  • Parsifal (Parsifal)
  • Paul (Die Tote Stadt)
  • Siegfried (Siegfried, Götterdämmerung)
  • Siegmund (Die Walküre)
  • Walter von Stolzing (Die Meistersinger von Nürnberg)
  • Tristan (Tristan und Isolde)

Di antara penyanyi-penyanyi yang tergolong dalam fächer ini adalah Lauritz Melchior, Wolfgang Windgassen, Jon Vickers dan Ben Heppner.

Tenor lirik dramatik

sunting

Juga dikenali sebagai tenore lirico (Lyric-dramatic tenor): Tenor lirik yang bersesuaian dengan adegan berwarna dan beraksi.

  • David (Die Meistersinger von Nürnberg)
  • Duke of Mantua (Rigoletto)
  • Edgar (Edgar)
  • Edgardo (Lucia di Lammermoor)
  • Faust (Faust)
  • Hoffmann (Les contes d'Hoffmann)
  • Idomeneo (Idomeneo)
  • Lensky (Eugene Onegin)
  • Lionel (Martha)
  • Macduff (Macbeth)
  • Nadir (Les Pêcheurs de Perles)
  • Rodolfo (La bohème)
  • Roméo (Roméo et Juliette)
  • Ruggero (La rondine)
  • Tamino (Die Zauberflöte)
  • Tito (La clemenza di Tito)
  • Werther (Werther)
  • Wilhelm Meister (Mignon)

Di antara penyanyi-penyanyi yang tergolong dalam fächer ini adalah Alfredo Kraus, José Carreras, Roberto Alagna, Marcelo Álvarez dan Rolando Villazón.

Tenor lirik (spinto)

sunting

Juga dikenali sebagai tenore (lirico) spinto (Lyric spinto Tenor): penyanyi tenor bersuara tinggi bersesuaian untuk watak hero.

Di antara penyanyi-penyanyi yang tergolong dalam fächer ini adalah Enrico Caruso, Carlo Bergonzi dan Luciano Pavarotti.

Tenor lirik ringan

sunting

Juga dikenali sebagai tenore leggiero' atau di grazia (light-lyric tenor): Jenis suara tenor yang lebih ringan dan berpelbagaian, sesuai untuk opera – opera lagu gubahan Mozart, Rossini, Donizetti dan Bellini, dan juga sesekala digunakan untuk repertoir era zaman barok atau watak – watak lucu.

  • Belmonte (Die Entführung aus dem Serail)
  • Count Almaviva (Il barbiere di Siviglia)
  • Don Ottavio (Don Giovanni)
  • Don Ramiro (La Cenerentola)
  • Ernesto (Don Pasquale)
  • Ferrando (Cosi fan tutte)
  • Gérald (Lakmé)
  • Lindoro (L'Italiana in Algeri)
  • Nemorino (L'elisir d'amore)

Di antara penyanyi-penyanyi yang tergolong dalam fächer ini adalah Juan Diego Florez.

Tenor buffo

sunting

Jenis suara tenor yang baik tetapi tidak dianggap begitu cemerlang sentiasa, kebiasaan menyampaikan untuk sesetengah watak tertentu sahaja seperti pembacaan watak yang berbunga dan watak-watak lucu.

  • Don Basilio (Le nozze di Figaro)
  • Don Curzio (Le nozze di Figaro)
  • Gabriel von Eisenstein (Die Fledermaus)
  • Mime (Das Rheingold)
  • Monostatos (Die Zauberflöte)
  • Pedrillo (Die Entführung aus dem Serail)

Watak – watak tenor di dalam opereta (opera skala kecil/ringan) dan teater muzikal

sunting
  • Adam/Noah (Children of Eden) Boleh dinyanyikan oleh baritenor. (Lingkungan B datar hingga A keatas dan pertengahan C)
  • Professor Abronsius (Tanz der Vampire)
  • Alex Dillingham (Aspects of Love)
  • Alferd Packer (Cannibal! The Musical)
  • Alfred (Tanz der Vampire)
  • Angel Dumott-Schunard (Rent)
  • Anatoly (the Russian in Chess) - boleh dinyanyikan oleh penyanyi bariton
  • Anthony Hope (Sweeney Todd)
  • Adolfo Pirelli (Sweeney Todd)
  • Archibald Craven (The Secret Garden)
  • Armand (Lestat)
  • The Beadle (Sweeney Todd)
  • Barinkay (Der Zigeunerbaron)
  • Bat Boy (Edgar) (Bat Boy: The Musical)
  • Billy Lawlor (42nd Street)
  • Caliph (Kismet)
  • Candide (Candide)
  • Captain Fitzbattleaxe (Utopia Limited)
  • Charlie (Brigadoon)
  • Che (Evita)
  • Chip (25th Annual Putnam County Spelling Bee)
  • Chris (Miss Saigon)
  • Christian (Moulin Rouge!)
  • Chuck Cranston (Footloose)
  • Colonel Fairfax (The Yeomen of the Guard)
  • The Duke of Dunstable (Patience (opereta))
  • Danny Zuko (Grease)
  • The Emcee (Cabaret)
  • Enjolras (Les Misérables (musical)) (Naik hingga ke A datar 4)
  • Fabrizio (The Light in the Piazza)
  • Fiyero (Wicked) (Naik hingga B datar 4)
  • Count Fosco (The Woman in White)
  • Freddy Eynsford-Hill (My Fair Lady)
  • Freddie (The American) (Chess)
  • Frederic (The Pirates of Penzance)
  • Hero (A Funny Thing Happened On The Way To The Forum)
  • Herr Schultz (Cabaret)
  • Imam (Kismet)
  • Jamie Wellerstein (The Last Five Years)
  • Jean Valjean (Les Miserables)
  • Jekyll and Hyde (Watak ini boleh dimainkan oleh seorang tenor atau bariton)
  • Jesus (Jesus Christ Superstar)
  • John (Miss Saigon)
  • Joseph (Joseph and the Amazing Technicolor Dreamcoat)
  • Judas Iscariot (Jesus Christ Superstar)
  • Kenickie (Grease)
  • Leader (Lost in the Stars)
  • Lestat (Lestat)
  • Lt. Cable (South Pacific)
  • Lord Tolloller (Iolanthe)
  • Macheath (Threepenny Opera)
  • Marcellus Washburn (The Music Man)
  • Marius (Les Miserables)
  • Mark Cohen (Rent )
  • Marryin' Sam (Li'l Abner)
  • Mereb (Aida)
  • Mother's Younger Brother (Ragtime)
  • Mr. Snow (Carousel)
  • Nanki-Poo (The Mikado)
  • Nicely-Nicely Johnson (Guys and Dolls) (Lingkungan D kebawah pertengahan C hingga B datar 4)
  • Nicky/Trekkie Monster/Bad Idea Bear (Avenue Q)
  • Pam (Bat Boy:The Musical) (Lingakungan E datar kebawah pertengahan C ke C keatas pertengahan C) Dimainkan oleh alto.
  • The Phantom (Erik) (The Phantom of the Opera) Dimainkan banyak kali oleh penyanyi bariton.
  • Sir Percival Glyde (The Woman in White)
  • Radames (Aida) (Lingkungan B datar ke B datar 4)
  • Ralph Rackstraw (H.M.S. Pinafore)
  • Ren McCormack (Footloose)
  • Riff Raff (The Rocky Horror Show)
  • Rocky (The Rocky Horror Show)
  • Roger Davis(Rent)
  • Ryan Evans (High School Musical)
  • Sam Kaplan (Street Scene)
  • The Scarecrow (The Wiz)
  • Seymour Krelborn (Little Shop of Horrors) Boleh dimainkan oleh penyanyi bariton
  • Simba (The Lion King)
  • Tateh (Ragtime)
  • Terk (Tarzan) (Naik hingga B datar 4)
  • Timon (The Lion King)
  • Dr. Thomas Parker (Bat Boy:The Musical) Boleh dilakonkan oleh bariton atau baritenor
  • Tobias Ragg (Sweeney Todd)
  • Tony (West Side Story)
  • Tony Brockhurst (The Boy Friend)
  • Troy Bolton (High School Musical) (Naik hingga B datar 4)
  • Ubaldo Piangi (The Phantom of the Opera)
  • Walter Hartwright (The Woman in White)

Rujukan

sunting

Lihat juga

sunting

Pautan Wikipedia Bahasa Inggeris

sunting

(Untuk pemahaman lanjut)

Pautan luar

sunting