Portal:Muzik klasikal

Portal Muzik Klasikal

Muzik klasikal ialah satu istilah yang memberi tiga makna yang berbeza iaitu (1) Muzik tradisi eropah yang berkaitan dengan kebudayaan yang sangat tinggi nilainya dan seni yang amat berbeza dengan bentuk muzik popular moden atau muzik tradisi lama (termasuk kerja-kerja tradisi di negara bukan eropah). (2)Tradisi eropah begitu juga yang hampir sama dengan tradisi bukan eropah (3) Satu bahagian yang terperinci dalam pembangunan tradisi muzik seni eropah yang dipelopori pada akhir kurun ke-18. Istilah muzik klasikal tidak muncul sehingga awal abad ke-19 di dalam usaha untuk membawa era Bach hingga ke Beethoven sebagai salah satu era di dalam zaman kegemilangan seni ukiran arca, seni bina dan antikuiti klasik; yang mana seni muzik selalunya tidak kekal hayatnya. Semenjak dari itu, istilah ini digunakan sebagai penggunaan genre muzik yang bermaksud “bukan” muzik popular atau muzik tradisi lama. Penjelasan ringkas definasi muzik klasikal adalah muzik -muzik berkaitan dengan tradisi muzik eropah, penggubahan muzik simfoni-orkestra dan opera – opera dari akhir kurun ke-18 hingga ke hari ini. Muzik klasikal dan opera masih dicipta dan digubah sehingga ke hari ini, oleh itu pendapat sesetengah pihak bahawa muzik klasikal dan opera adalah karya lama adalah tidak benar. Untuk pembacaan lanjut, sila lihat rencana Muzik klasikal.

Rencana pilihan

Plácido Domingo sebagai "Calaf" dalam opera Turandot
Plácido Domingo ialah sebagai tenor opera yang memiliki repertoir yang terbesar, menyanyi/melakonkan 130 peranan yang berlainan di atas pentas opera/filem dan studio sehingga ke tarikh ini, meliputi hampir keseluruhan peranan penting untuk opera-opera Itali, Jerman dan Perancis. Ini adalah rekod terbanyak pernah dibuat oleh seorang penyanyi opera.

Beliau juga banyak menerima pingat, anugerah dan kedoktoran dari banyak negara, industri-industri muzik dan universiti-universiti di serata dunia.

Motto beliau: "When I rest, I rust."

Untuk bacaan lanjut, sila rujuk Plácido Domingo dan Senarai rakaman Plácido Domingo

Tahukah anda...

Sesetengah orang berpendapat bahawa opera dan muzik simfoni orkestra sepatutnya digelar "Muzik klasik" dan bukan "Muzik klasikal". Tetapi....

1. .. tahukah anda apakah definasi "Klasik" sebenarnya?

Jawapan pendek: "Klasik" bermaksud benda lama yang bermutu tinggi, termasuk muzik, kereta, barangan kaca, arca, lukisan dsb.

2. .. tahukah anda bahawa "Klasik" adalah perkataan terjemahan dari bahasa Inggeris iaitu "Classic"?

3. .. tahukah anda juga, di dalam bahasa Inggeris, rujukan kepada opera dan muzik simfoni orkestra ialah "Classical Music" dan bukan "Classic Music"?

4. .. tahukah anda bahawa opera dan muzik simfoni orkestra masih dicipta dengan banyaknya sehingga ke hari ini? Ini memberi jawapan kepada anda, mengapa bahasa Inggeris tidak memanggil opera dan muzik simfoni orkestra sebagai "Classic Music".

5. .. tahukah anda juga bahawa istilah "Classical" dicipta khas kepada "muzik" jenis ini sahaja?

6. ..tahukah anda tujuannya ciptaan istilah "Classical" sebenar dibuat khas untuk membezakannya dengan "Classic" bagi mengelakkan kekeliruan?

    • Memandangkan anda kini telah tahu, adakah anda masih berpendapat bahawa opera dan muzik simfoni orkestra adalah "Muzik Klasik" dan bukan "Muzik klasikal"?


Penerangan: Muzik klasikal atau "Classical music" merujuk kepada muzik simfoni orkestra yang dimainkan tanpa nyanyian ataupun beserta nyanyian. Semua nyanyian opera diiringi oleh muzik simfoni orkestra, oleh sebab itu mereka amat berkait rapat antara satu sama lain.

Nota: Namun sejak kebelakangan ini terdapat banyak lagu-lagu pop dan rock juga dinyanyikan dengan iringan muzik simfoni orkestra.

Gambar pilihan

El Palau de les Arts Reina Sofía ialah sebuah rumah opera yang terletak di kompleks “City of Arts and Sciences" di Valencia, Sepanyol.

Kata-kata

"Idea-idea muzik melonjak dalam fikiran saya seperti rama-rama berterbangan, dan apa yang saya perlu buat ialah menghulurkan tangan saya untuk menangkap mereka" - Penggubah Perancis Charles Gounod (1863)

"Zaman kegemilangan saya sudah berakhir, dan seseorang mesti mengambil tempat saya. Dunia ini perlukan sesuatu yang baru. Sepertimana yang lain-lain menyerahkan tempat-tempat mereka untuk kami dan kini kita mesti menyerah tempat kita kepada yang lain... Saya merasa lebih dari gembira menyerahkan tempat saya kepada seorang yang berbakat seperti Giuseppe Verdi" - Penggubah Itali Gaetano Donizetti (1844)

"Seorang artis mesti korbankan dirinya kepada inspirasinya sendiri... Saya harus menggubah dengan keyakinan yang mendalam tertakluk kepada kehendak darah seni muzikal saya, walaupun dikutuk oleh artis-artis yang lain sebagai anti muzikal" - Penggubah Itali Giuseppe Verdi (1854)

"Setiap teater merupakan tempat perlindungan orang gila, namun teater opera merupakan wad untuk pesakit yang langsung tidak boleh disembuhkan"Konduktor Austria, Franz Schalk

"Semua muzik-muzik yang bagus telah pun ditulis oleh orang-orang yang memakai rambut palsu"Penggubah Amerika Syarikat Frank Zappa

"Saya seorang revolusioner, duit tidak memberi apa-apa erti kepada saya"Penggubah piano Poland Frédéric Chopin

Era - era penting