Muzik era romantis
Sejarah muzik klasikal | |
Muzik era pertengahan | (476 – 1400) |
Muzik era pembaharuan | (1400 – 1600) |
Muzik era barok | (1600 – 1760) |
Muzik era klasikal | (1730 – 1820) |
Muzik era romantis | (1815 – 1910) |
Muzik klasikal abad ke-20 | (1900 – 2000) |
Muzik klasikal kontemporari | (1975 – kini) |
Muzik era romantis (dalam bahasa Inggeris, Romantic music) merujuk kepada muzik tradisi Eropah yang mengambil tempat pada sekitar tahun 1820 hingga ke 1900, begitu juga dengan semua jenis muzik yang bersamaan dengan corak penulisan era ini termasuk yang ditulis selepas tempoh tersebut. Tempoh Romantis didahului oleh era klasikal yang mana kebanyakan muzik-muzik terkenal ditulis oleh Beethoven, dan diikuti oleh era muzik moden abad ke-20.
Muzik romantis berkaitan dengan era romantisisme, yang memperkenalkan seni kesusasteraan, seni tampak, dan falsafah, walaupun tempoh konvensional muzikologi sebenarnya amat berbeza daripada seni-seni lain dari era yang sama. Tempoh sebenar era romantis untuk keseluruhan seni dikatakan bermula dari tahun 1780 an hinggalah kepada 1840 an.
Pergerakan romantisisme berpegang kepada prinsip "bukan semua yang benar boleh disimpulkan" berdasar kepada ungkapan aksiom bahawa terdapat sesuatu yang tidak dapat dielakkan dari realiti di dunia yang hanya boleh wujud atau dicapai melalui emosi, perasaan dan gerak hati. Muzik era romantis bergelut untuk menimbulkan pernyataan emosi dan kuasa untuk menghuraikan hakikat-hakikat yang lebih mendalam dan dalam masa yang sama mengekalkan atau menaikkan struktur-struktur formal dari era klasikal.
Penggunaan vernakular dalam istilah "muzik romantis" digunakan untuk muzik yang dianggap membangkitkan perasaan hati yang lembut atau suasana khayalan. Penggunaan ini telah berakar umbi dalam konotasi perkataan "romantik" yang dimulakan dalam era ini. Namun, tidak semua cebisan "Romantik" memadani dengan penjelasan ini kerana sesetengah muzik romantisisme berbunyi keras, padu untuk menyampaikan melodi kesedihan dan marah (gangguan emosi).
Muzik "romantik" moden yang ditulis hari ini (berkaitan dengan emosi cinta) tidak berkaitan dengan muzik era romantis.
Lihat juga
sunting- Muzik barat
- Senarai penggubah muzik era pertengahan (Medieval)
- Senarai penggubah muzik era pembaharuan (Renaissance)
- Senarai penggubah muzik era barok (Baroque)
- Senarai penggubah muzik era klasikal (Classical)
- Senarai penggubah muzik era romantis (Romantic)
- Senarai penggubah muzik klasikal abad ke-20
- Senarai penggubah muzik klasikal abad ke-21
Pautan Wikipedia bahasa Inggeris
sunting- (Inggeris) Romantisisme
- (Inggeris) Seni tampak
- (Inggeris) Muzikologi
- (Inggeris) Aksiom
Pautan luar
sunting- Pautan muzik era romantis Diarkibkan 2007-07-18 di Wayback Machine
- Muzik-muzik era romantis Diarkibkan 2007-10-14 di Wayback Machine
- Era romantis
- Senarai era-era muzik
Buku rujukan
sunting- Brill Marlene Targ, Chopin and Romantic Music (Kulit tebal) ISBN 0764151363 ; ISBN 978-0764151361
- Leon Plantinga, Romantic Music: A History of Musical Style in Nineteenth-Century Europe (Kulit tebal) ISBN 0393951960 ; ISBN 978-0393951967