Bazaar Warisan terletak di Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia. Ia mempunyai 64 unit ruang niaga, 5 tempat rehat, lif, mesin ATM, tangga bergerak dan ruang letak kereta bawah tanah.[3] Bangunan tersebut mempunyai dua blok bangunan setinggi 3 tingkat.[4]

Bazaar Warisan
بازار واريثن
Gambar bertarikh 25 Mac 2015
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Maklumat umum
StatusTidak Diketahui
JenisKompleks Perniagaan
Gaya seni bina
Tradisional Terengganu
AlamatJalan Sultan Zainal Abidin
Bandar/pekanBandaraya Kuala Terengganu
Negara Malaysia
Penyewa terkini
Tidak Diketahui
Pembinaan bermulaTidak Diketahui
Dibuka padaJulai 2008[1]
Dirasmikan pada
Tidak Diketahui
PembiayaanRM18.4 juta[2]

Sejarah sunting

Ketika zaman Bazaar Warisan masih beroperasi, kebanyakan premis di sini beroperasi setiap hari bermula daripada pukul 7 pagi sehingga 6 petang dan ada sesetengah premis yang bercuti pada hari Jumaat.[5]

Ketika zaman kegemilangannya, Persembahan Kebudayaan Hujung Minggu anjuran Jabatan Kesenian dan Kebudayaan negeri Terengganu pernah diadakan di Bazaar Warisan, antaranya ialah persembahan nyanyian, persembahan rodat, persembahan tarian, persembahan silat kura-kura, persembahan gusti lengan, laga ayam, dam ular, demonstrasi pembuatan produk kraf dan masakan tradisional.[6]

Pada 2016, syarikat Wei Amber Group Sdn. Bhd. pernah berhasrat untuk membangunkan Bazar Warisan sedia ada kepada restoran makanan halal Cina, medan selera, kedai dan hotel bajet dengan kos RM15 juta.[7][8]

Pada bulan Disember 2019, stor kedai songket pernah dipecah masuk dengan nilai kerugian dianggarkan mencecah hampir RM1.5 juta. Tambahan pula, stor tersebut sudah beberapa kali dipecah masuk.[9]

Rujukan sunting