Anas Abdul Aziz
Muhammad Anas Abdul Aziz (lahir 26 November 1983) merupakan seorang juruanimasi, pengarah dan pelakon suara Malaysia. Beliau merupakan pencipta dan pengarah siri animasi BoBoiBoy untuk siaran di TV3 dan merupakan salah seorang pengasas Animonsta Studios di samping Mohd Nizam Abd Razak, Safwan Abd Karim dan Kee Yong Pin. Beliau merupakan pelajar filem dan animasi di Universiti Multimedia.
Anas Abdul Aziz | |
---|---|
Kelahiran | Muhammad Anas bin Abdul Aziz 26 November 1983 |
Pendidikan | Filem dan Animasi |
Pusat pendidikan | Universiti Multimedia |
Pekerjaan | Penulis skrip, pelakon suara dan pengasas Animonsta Studios |
Tahun aktif | 2005–kini |
Kerjaya
suntingPada 2009, Anas (bersama-sama dengan Nizam Razak, Safwan Karim dan Kee Yong Pin) menubuhkan syarikat animasinya sendiri yang diberi nama Animonsta Studios. Syarikat ini menerbitkan siri animasi BoBoiBoy untuk siaran di TV3 di mana beliau berkhidmat sebagai pengarah, pengarah kreatif dan pelakon suara. Kejayaan BoBoiBoy juga turut mencetuskan filem BoBoiBoy: The Movie[1] dan BoBoiBoy Galaxy.[2]
Filemografi
suntingTahun | Tajuk | Pencipta | Pengarah | Penulis | Peranan suara | Catatan |
---|---|---|---|---|---|---|
2007–2009 | Upin & Ipin | Tidak | Tidak | Ya | Musim 1-3 | |
2009 | Geng: Pengembaraan Bermula | Tidak | Tidak | Ya | Sapy, Rembo, Atan, Oopet Bayi dan suara Mistik | Juga sebagai ketua unit audio dan pemilihan pelakon |
2011–2016 | BoBoiBoy | Ya | Ya | Ya | Adu Du, Probe, Tok Aba, Pakcik Kumar, Pakcik Mat, Raksasa Tidur, Multi-Monster, Koko Jumbo, Bagi Gi dan BoBoiBot | Musim 1-3 |
2016 | BoBoiBoy: The Movie | Ya | Tidak | Ya | Adu Du, Probe, Tok Aba, Pakcik Kumar, Pakcik Mat, Yoyo Oo dan Cici Ko | Juga sebagai pemilihan pelakon |
2016-2018 | BoBoiBoy Galaxy | Ya | Tidak | Ya | Koko Ci, Adu Du, Probe, Tok Aba, Pakcik Kumar dan Pakcik Mat | Musim 1 & 2, juga sebagai pengarah audio |
2018-2022 | Fly With Yaya | Tidak | Tidak | Tidak | Sebagai penerbit eksekutif | |
2019 | BoBoiBoy Movie 2 | Ya | Tidak | Ya | Koko Ci, Adu Du, Probe, Tok Aba dan Pakcik Kumar | Juga sebagai pemilihan pelakon |
2019-kini | Papa Pipi | Tidak | Tidak | Tidak | Tok Aba | |
2021-kini | Mechamato | Tidak | Tidak | Ya | Tok Aba, Toopee, Ro-Jack, Paintasso, Goosar, Chiku (Petok) | Juga sebagai pengarah audio dan penyunting |
2022 | Mechamato Movie | Tidak | Tidak | Tidak | Tok Aba | Juga sebagai pengarah audio |
2025 | BoBoiBoy Movie 3 | Ya | Tidak | Ya | Dalam produksi |
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Selamat, Hanisah (2 Februari 2016). "BoBoiBoy: The Movie sasar kutip RM25j". Berita Harian. Dicapai pada 10 February 2016.
- ^ "Kenapa BoBoiBoy menjadi BoBoiBoy Galaxy, 13 rahsia didedahkan" The Vocket. 6 Disember 2016. Dicapai pada 6 Disember 2016.