Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor

anugerah, pangkat tertinggi Darjah Kebesaran Mahkota Selangor
(Dilencongkan dari Seri Paduka Mahkota Selangor)

Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor ini dizahirkan dalam tahun 1961. Ahli kehormat Darjat Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor biasanya terdiri daripada Putera-Puteri Diraja, Pemerintah-Pemerintah dan Ketua-ketua Negara Asing. Bilangan kuota bagi Ahli yang dikurniakan Darjah Kebesaran Kelas Pertama ini ialah 2 orang pada satu-satu masa dan bilangan maksima keseluruhannya ialah 40 orang.[2]

Darjah Kebesaran Mahkota Selangor Yang Amat Mulia
Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor
Dianugerahkan oleh Selangor Sultan Selangor
JenisDinastik
Dizahirkan1961
NegaraMalaysia Sunting ini di Wikidata
StatusPada masa ini diwujudkan
PengasasSultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
BerdaulatSultan Sharafuddin Idris Shah
KelasDarjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor
Singkatan darjahSPMS
Perangkaan
Pelantikan pertama28 Mac 1963
Pelantikan terakhir11 Disember 2023
Susunan keutamaan
Lebih tinggiDarjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati
Lebih rendahDarjah Kebesaran Dato' Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah
Darjah Kebesaran Seri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (tidak aktif)

Bar reben[1]
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Gelaran penerima

sunting

Ahli-ahli yang menerima kurniaan ini berhak menggunakan gelaran "Dato' Seri" pada pangkal namanya bagi Ahli Lelaki,"Datin Paduka Seri" kepada Ahli Wanita. Isteri Ahli-ahli lelaki menggunakan gelaran "Datin Seri" pada pangkal namanya, manakala suami kepada Ahli Wanita tidak berhak menggunakan apa-apa gelaran. Gelaran "Dato' Seri" ini adalah gelaran baru yang telah diluluskan dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bertarikh 23 Disember 1998 atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Sebelum ini gelaran bagi penerima kurniaan tersebut ialah "Dato' " bagi Ahli Lelaki dan "Datin Paduka" bagi Ahli Wanita serta "Datin Paduka Seri bagi isteri Ahli-ahli Lelaki.

Kelayakan

sunting

Darjah Kebesaran ini dikurniakan kepada kaum kerabat Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor serta orang-orang perseorangan yang berjawatan tinggi dan telah menyumbangkan bakti cemerlang kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor serta Kerajaan Baginda. Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor juga berhak mengurniakan Darjah Kebesaran ini kepada sesiapa sahaja yang Baginda anggap layak dan sesuai untuk menerima penghargaan dan rasa kemesraan yang paling tinggi daripada Baginda.

Kalung

sunting

Kalungnya diperbuat daripada logam yang bersadurkan perak dan enamel, sepanjang 100.6 sm dan dipakai sama labuhnya di bahagian hadapan dan belakang. Kalung ini mempunyai 14 karangan mata rantai yang bersambungan. Dua mata rantai tengah mengandungi dua rangka Bendera Negeri Selangor yang dicantumkan dengan bulan sabit dan bintang dihiasi di sebelah kiri kanannya dengan dua rangkai daun getah. Kesemua gubahan ini daripada enamel.

Manakala 12 mata rantai, berbentuk bulat dan dihiasi dengan jambangan daun kelapa di sekelilingnya. Karangan-karangan ini diatur ke dalam empat pasang, setiap pasang mengandungi tiga jenis karangan rantai yang berlainan gubahannya iaitu satu mengandungi perkataan Selangor dalam huruf jawi, yang keduanya mengandungi dua pelepah daun kelapa yang bersilang, dan yang ketiganya mengandungi bulan sabit dan bintang. Tiap-tiap satu gubahan ini beralaskan logam enamel merah nipis yang berbayang.

Bintang

sunting

Bintang Darjahnya diperbuat daripada logam yang bersadurkan perak, ukuran garisan mukanya ialah 6.985 sm dan mempunyai lima pecahan yang timbul, lengkap dengan bulatan-bulatan di hujung setiap pecahan ini, dan diperbuat daripada logam enamel merah. Di tengah-tengah Bintang ini terdapat pula satu bulatan berukuran garisan muka 3.175 sm yang mengandungi Lambang Negeri Selangor dengan bertalarbelakangkan enamel kuning.

Lencana

sunting

Lencananya diperbuat daripada logam yang bersadurkan perak, berpecah lima dan dihiaskan sama seperti Bintang Darjah. Di antara pecahan-pecahannya juga dihiaskan dengan ukiran Lambang Negeri Selangor di atas tanah enamel merah. Lencana ini diperbuat supaya dapat digantung pada Kalung atau Selepang.

Selempang

sunting

Selepangnya diperbuat daripada kain sutera merah selebar 10.16 sm dengan satu jalur berwarna kuning selebar 2.54 sm di tengah-tengahnya. Ianya dipakai dari atas bahu sebelah kanan melintang ke bawah ke sebelah pinggang kiri.

Bagi Ahli Wanita pula alat-alat Darjah Kebesaran ini adalah sama kecuali Kalungnya ialah 78.74 sm panjang tanpa dua karangan mata rantai di tengah-tengahnya kalung Ahli Lelaki. Tujuan perbezaan ini ialah agar ianya dapat dipakai dengan digantungkan di leher, manakala selepangnya selebar 5.715 sm sahaja.[3]

Penerima terkenal

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Lukasz Gaszewski. "Decorations and Medals of the Federation of Malaysia - State Awards". medals.pl. Dicapai pada 6 March 2018.
  2. ^ Maklumat darjah kebesaran
  3. ^ "SPMS". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-12-16. Dicapai pada 2016-12-13.
  4. ^ "SPMS 1965". awards.selangor.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-12-10. Dicapai pada 26 December 2020.
  5. ^ "SPMS 1973". awards.selangor.gov.my. Dicapai pada 26 December 2020.[pautan mati kekal]
  6. ^ a b c d e f g h i j k l "Senarai Penerima SPMS". awards.selangor.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-16. Dicapai pada 16 March 2018.
  7. ^ "Dr Mahathir returns both Selangor royal awards". Rahmah Ghazali. The Star (Malaysia). 11 December 2017. Dicapai pada 26 December 2020.
  8. ^ a b "SPMS 1982". awards.selangor.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-07-15. Dicapai pada 26 December 2020.
  9. ^ "SPMS 1985". awards.selangor.gov.my. Dicapai pada 26 December 2020.[pautan mati kekal]
  10. ^ "SPMS 1987". awards.selangor.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-07-15. Dicapai pada 26 December 2020.
  11. ^ a b "Selangor ruler suspends titles bestowed on Najib, Rosmah pending court cases". Malaysiakini. 10 May 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 May 2019. Dicapai pada 26 December 2020.
  12. ^ "Chief Justice Heads Selangor Honours List". Bernama. Malaysian Times. 11 December 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-16. Dicapai pada 16 September 2018.
  13. ^ "Ali Hamsa heads list of 102 Selangor awards". Bernama. Malay Mail. 11 December 2013. Dicapai pada 15 September 2018.
  14. ^ "King heads Selangor Sultan's 75th birthday honours list". Bernama. 11 December 2020. Dicapai pada 26 December 2020.
  15. ^ "Agong terima Darjah Kerabat Selangor". Berita Harian. 11 December 2020. Dicapai pada 26 December 2020.