Buka menu utama

Tun Ahmad Fairuz Abdul Halim (lahir 1 November 1941) merupakan bekas Ketua Hakim Malaysia (2003 - 2007). Pada Ogos 2007, dia pernah terlibat dalam kontroversi apabila mencadangkan pemansuhan common law Inggeris dan digantikan dengan undang-undang syariah. Pada September pula, dia dibabitkan dalam skandal 'pengaturan kehakiman'[1]. Akibatnya, dia digantikan oleh Abdul Hamid Mohamad yang menjadi pemangku sejak 2 November.

Yang Amat Berbahagia Tun
Ahmad Fairuz Abdul Halim
Ketua Hakim Negara Malaysia ke-4
Dalam jawatan
16 Mac 2003 – 31 Oktober 2007
Didahului olehMohamed Dzaiddin Abdullah
Digantikan olehAbdul Hamid Mohamad
Butiran peribadi
LahirAhmad Fairuz bin Sheikh Abdul Halim
(1941-11-01) 1 November 1941 (umur 77)
Alor Setar, Kedah, Negeri-negeri Melayu Bersekutu (kini Malaysia)
PasanganToh Puan Mazni Mohd Noor
Anak-anak2

Isi kandungan

Kehidupan awal dan pendidikanSunting

Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 1 November 1941. Beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Kebangsaan Singapura dan kemudian memperoleh Master of Laws dalam Undang-undang Antarabangsa dan Perbandingan dari Universiti Brussels, Belgium.

KerjayaSunting

Beliau menyertai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Malaysia pada 4 April 1967 sebagai Pegawai Perundangan Kadet dan memegang pelbagai jawatan seperti Presiden Mahkamah Sesyen, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pengerusi Lembaga Penasihat, Jabatan Perdana Menteri. Pada 1 Disember 1988, beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya dan kemudian dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi. Pada 1 Disember 1995 beliau dinaikkan sebagai Hakim Mahkamah Rayuan sehingga pelantikannya sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada 1 September 2000.[2]

Kehidupan peribadiSunting

Beliau berkahwin dengan Mazni Mohd Noor dan dikurniakan 2 anak.

PenghargaanSunting

Penghargaan MalaysiaSunting

Lihat jugaSunting

RujukanSunting