Buka menu utama

Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah (lahir 1937 di Arau) merupakan seorang hakim. Beliau pernah menjadi Ketua Hakim Negara Malaysia pada 2000-2003.

Yang Amat Berbahagia Tun
Mohamed Dzaiddin Abdullah
Ketua Hakim Negara Malaysia ketiga
Dalam jawatan
2000–2003
Didahului olehMohd Eusoff Chin
Digantikan olehAhmad Fairuz Abdul Halim
Butiran peribadi
LahirMohamed Dzaiddin bin Abdullah
(1937-09-16) 16 September 1937 (umur 81)
Arau, Perlis
PasanganNoriah
Anak-anak2

Beliau mempunyai pendidikan awal di Kolej Sultan Abdul Hamid (Alor Setar, Kedah). Pada tahun 1956 beliau bekerja sebagai wartawan The Malay Mail (Kuala Lumpur) dan kemudian menyertai Pasukan Polis Diraja Malaysia sebagai Inspektor.

Pada bulan Jun 2000, beliau dianugerahkan Gred Panglima Setia Mahkota (PSM) oleh Yang DiPertuan Agong, yang membawa gelaran "Tan Sri".

Seterusnya pada Jun 2002, beliau dianugerahkan Gred Seri Setia Mahkota (SSM) oleh Yang DiPertuan Agong, yang membawa gelaran "Tun".

Seorang pemain golf yang gemar, Dzaiddin berkahwin dengan Tengku Toh Puan Noriah dan mereka mempunyai dua orang anak.

Pada 4 Februari 2004 Dzaiddin dilantik oleh Yang di Pertuan Agong sebagai pengerusi Suruhanjaya Diraja untuk Meningkatkan Operasi dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia. Pada 30 April 2005, Laporan diserahkan kepada Kerajaan. Ia mengandungi 125 cadangan, cadangan teras adalah penubuhan sebuah badan yang dipanggil Suruhanjaya Aduan dan Salah laku Polis Bebas (IPCMC).

PenghargaanSunting

Penghargaan MalaysiaSunting

RujukanSunting