Razarudin Husain
Tan Sri Razarudin bin Husain (Jawi: رضارالدين ابن حسين; lahir 15 Mac 1963) ialah seorang pegawai polis Malaysia yang berkhidmat sebagai Ketua Polis Negara sejak 23 Jun 2023. [1]
Yang Dihormati Tan Sri Razarudin Husain PSM; SSAP (Pahang); SPTS, DPTS (Perak); DIMP (Pahang); PGDK (Sabah); PGPP (PDRM) | |
---|---|
رضارالدين حسين | |
![]() | |
Ketua Polis Negara Malaysia Ke-14 | |
Memegang jawatan 23 Jun 2023 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Dato Seri Anwar Ibrahim (2022-kini) |
Menteri | Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail |
Timbalan | Dato Sri Ayob Khan Mydin Pitchay |
Didahului oleh | Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani |
Timbalan Ketua Polis Negara Ke - 28 | |
Dalam jawatan 26 Disember 2021 – 22 Jun 2023 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Dato Seri Anwar Ibrahim (2022-2023) Dato Sri Ismail Sabri Yaakob (2021-2022) |
Menteri | Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail |
Ketua | Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani |
Didahului oleh | Tan Sri Mazlan Lazim |
Digantikan oleh | Dato Sri Ayob Khan Mydin Pitchay |
Butiran peribadi | |
Lahir | Dengkil, Selangor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) | 15 Mac 1963
Pasangan | Puan Sri Zainah binti Othman |
Alma mater | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Pekerjaan | Pegawai polis |
Kerjaya sunting
Razarudin menyertai pasukan polis pada 27 Disember 1982 pada usia 19 tahun. Sepanjang perkhidmatannya, beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Komander Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC), Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah,[2] Timbalan Ketua Polis Perak dan Ketua Polis Perak. Pada 9 September 2020, beliau berkhidmat sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman.[3] Pada 22 Disember 2021, beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara, menggantikan Mazlan Lazim yang bersara pada 25 Disember 2021.[4]
Anugerah sunting
- Malaysia :
- Panglima Setia Mahkota (PSM) – Tan Sri (2022)[5]
- Melaka :
- Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) – Datuk Seri (2023)
- Pahang Darul Makmur :
- Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) – Dato’ (2013)
- Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) – Dato’ Sri (2022)[6]
- Perak Darul Ridzuan :
- Sabah :
- Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) – Datuk (2021)[9]
- Polis Diraja Malaysia :
- Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP) (2021)[10]
Rujukan sunting
- ^ "Razarudin Husain dilantik Ketua Polis Negara baharu".
- ^ "Razarudin Tim Pesuruhjaya Polis Sabah Baharu Ganti AG Sahari Yang Bersara". www.borneotoday.net.
- ^ "Razarudin Dilantik Pengarah JSJN". harakahdaily.net.
- ^ "Narcotics top cop appointed New DIGP". www.nst.com.my.
- ^ "King's Birthday: 1021 individuals to be conferred with federal awards". malaysiagazette.com.
- ^ "Deputy IGP leads Pahang Sultans birthday awards and honours". www.thestar.com.my. Dicapai pada 1 August 2022.
- ^ "147 Terima Darjah Pingat Kebesaran Perak". www.bharian.com.my.
- ^ Zahari, Balqis Jazimah (4 November 2022). "KSN dahului senarai 212 penerima darjah kebesaran pingat negeri Perak". Berita Harian. Dicapai pada 13 November 2022.
- ^ "Bung Moktar Lee Chong Wei antara penerima darjah kebesaran sabah". www.bharian.com.my.
- ^ "Mazlan dahului terima darjah pingat polis daripada agong". www.astroawani.com.