Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Ilmuwan Malaysia

Dato' Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri (lahir 16 Januari 1969) merupakan seorang ulama Islam dan bekas ahli Dewan Negara di Malaysia. Dalam Kabinet Malaysia 2020, beliau menyandang jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Beliau merupakan Mufti Wilayah Persekutuan ke-7[2][3]. Beliau juga adalah pengasas kepada Pondok Moden al-'Abaqirah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.[4] dan sebuah institusi hadith baru iaitu Ma'alim al-Sunan li Dirasati al-Sunnah al-Nabawiyyah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Kini, beliau merupakan anggota Muslim Council of Elders berpusat di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu yang dipimpin oleh Shaikh Dr. Ahmed el-Tayeb dan anggota The Assembly of Muslim Jurists of America, serta masih aktif membentangkan kertas kerja di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.


Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri

PJN; DGPN (Pulau Pinang); PMW (Wilayah Persekutuan); PhD
Ahli Dewan Negara Malaysia
Lantikan Oleh Yang di-Pertuan Agong
Dalam jawatan
10 Mac 2020 – 8 Mac 2023
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana Menteri
Pengerusi Lembaga Pengarah
Universiti Sains Islam Malaysia
Memegang jawatan
1 Disember 2021
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana Menteri
Didahului olehSiddiq Fadzil
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Hal Ehwal Agama
Dalam jawatan
10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana MenteriTan Sri Muhyiddin Yassin
TimbalanDatuk Haji Ahmad Marzuk Shaary
Didahului olehDatuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa
Digantikan olehDatuk Haji Idris Ahmad
Mufti Wilayah Persekutuan ke-7
Dalam jawatan
23 Jun 2014 – 9 Mac 2020
Didahului olehDato' Haji Wan Zahidi bin Wan Teh
Digantikan olehSS Datuk Dr Luqman Abdullah
Butiran peribadi
Lahir (1969-01-16) 16 Januari 1969 (umur 55)
Kampung Gong Pauh, Kemaman, Terengganu
PasanganYBhg. Datin Seri Dr. Shereen binti Mohd Yunos
Anak-anak5
GajiRM56,221.13 sebulan[1]
Nilai bersihRM1 ke 2.5 juta[1]
Laman web rasmiwww.zulkiflialbakri.com

Kehidupan awal sunting

Beliau dilahirkan di Kampung Gong Pauh, Kemaman, Terengganu pada 16 Januari 1969 dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Rengas Bekah, Kuala Terengganu (1976-1981). Kemudian beliau menyambung pelajarannya di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin (SMASZA), Ladang, Kuala Terengganu (1982-1984) sebelum meneruskan pengajiannya dalam peringkat Thanawi di Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA), Batu Buruk, Kuala Terengganu (1985-1988). Seterusnya, Datuk Dr. Zulkifli menyambung pula pengajiannya di peringkat Sarjana Muda Syariah di Universiti Islam Madinah (1989-1993). Tidak hanya berhenti setakat itu, beliau menyambung pula pengajiannya di peringkat Sarjana Syariah di Universiti al-Ulum al-Islamiah wa al-Arabiah di Damsyik, Syria (1994-1997) di bawah seliaan Syeikh Prof. Dr. Mustafa al-Khin. Pengajian peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) pula diambil di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities), Universiti Sains Malaysia (2002-2004) di bawah seliaan Prof. Dr. Radzi Othman. Tajuk kajiannya adalah Institusi Mufti Dan Fatwa: Satu Analisa Terhadap Enakmen Dan Beberapa Fatwa Pilihan Negeri Sembilan [5].

Guru-Guru sunting

Kehidupan beliau semasa menyambung pengajian di Madinah dan Syria dimanfaatkan secara keseluruhannya untuk mempelajari ilmu-ilmu secara formal mahupun tidak formal. Selain kelas-kelas formal di Universiti, beliau juga giat mengikuti pengajian para ulama' tersohor di sana secara sistem talaqqi. Antara gurunya adalah:
  • Syeikh Muhammad Ali al-Thani (Imam Masjid Nabawi)
  • Syeikh Abd al-Muhsin bin Hamad al-Abbad
  • Syeikh Rusdi Bin Salim Qalam (Imam Masjid Abdullah Bin Rawahah, Damsyik, Syria)
  • Syeikh Dr. Muhammad al-Mukhtar bin Muhammad al-Amin Al-Shanqiti, (Mantan Pensyarah Universiti Islam Madinah dan Lajnah Kibar Ulama’ Saudi)
  • Syeikh Sadiq Habannakah  
  • Syeikh Al-Muhaddith Abdul Qadir Al-Arnaut
  • Syeikh Prof. Dr. Muhammad Abd Latif Soleh Al-Farfour (Ahli Majlis Mujamma’ Al-Fiqh, Rabitah Al-`Alami Al-Islami)
  • Syeikh Prof. Dr. Mustafa al-Khin
  • Syeikh Prof. Dr. Muhammad Sa'id Ramadhan al-Bouti
  • Syeikh Prof. Dr. Wahbah Mustafa al-Zuhayli

Bersama dengan mereka, beliau sempat mempelajari pelbagai jenis kitab daripada pelbagai lapangan ilmu antaranya Akidah, Fiqh, Usul al-Fiqh, Ulum al-Hadith dan Tasawwuf. Antara kitab yang sempat beliau pelajari bersama guru-gurunya adalah:


Akidah

  • Sharh al-'Allamah 'Abd al-Salam 'ala Jauharah al-Tauhid
  • Sharh al-'Aqidah al-Tahawiyyah oleh al-'Allamah Imam 'Abd al-Ghani al-Ghunaymi
  • Sharh al-'Aqa'id al-Nasafiyyah oleh Imam Sa'ad al-Din Mas'ud ibn 'Umar ibn 'Abdullah al-Taftazani
  • Rasa'il al-Tauhid oleh Imam al- 'Izz 'Abd al-Salam

Tafsir

  • Tafsir al-Qur'an al-'Azim oleh Imam Ibn Kathir (sebahagian)
  • Fath al-Qadir oleh Imam al-Syaukani (sebahagian)
  • Lubab al-Ta'wil fi Ma'ani al-Tanzil oleh Imam Abu Al-Hasan ‘Ala’ Al-Din Ali bin Muhammad bin Ibrahim al-Khazin (sebahagian)
  • Tafsir al-Jalalain oleh Imam Jalal ad-Din al-Maḥalli dan Imam Jalal ad-Din al-Suyuti (sebahagian)

Hadith

  • Fath Al-Bari Syarah Sahih Al-Bukhari oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani (Jilid 12 dan 13)  
  • Al-Minhaj bi Sharh Sahih Muslim oleh Imam al-Nawawi (Jilid 1, 2, 3 dan 4)
  • Bulugh al-Maram min Adillat al-Ahkam oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani (sebahagian)
  • Umdat al-Ahkam min Kalam Khayr al-Anam oleh Imam 'Abd al-Ghani al-Maqdisi (sebahagian)
  • Al-Ba'ith al-Hathih Sharh Ikhtisar Ulum al-Hadith oleh al-'Allamah Syeikh Ahmad Shakir (sebahagian)
  • Al-Arba'un al-Sihhah al-Jami'ah li Usul al-Din oleh Syeikh Prof. Dr. Muhammad 'Abd al-Latif Soleh al-Farfour

Fiqh

  • Hasyiah I'anah al-Thalibin 'ala Hall Alfaz Fath al-Mu'in oleh al-‘Allamah ‘Abu Bakr Utsman bin Muhammad Syata al-Dimyathi al-Bakri (sebahagian)
  • Kifayah al-Akhyar fi Hall Ghayah al-Ikhtisar oleh Imam Taqiyuddin Abu Bakr bin Muhammad al-Husaini al-Hishni al-Dimasyqi al-Syafi’i (sebahagian)

Usul al-Fiqh

  • Al-Luma' fi Usul al-Fiqh oleh Imam al-Syirazi
  • Al-Qawaid al-Fiqhiyah ma'a as-Syarh al-Mujaz oleh Syeikh Izzat Ubaid ad-Di'as

Mantiq

  • Risalah al-Adab al-Bahth wa al-Munazarah oleh Syeikh Muhammad Muhyiddin 'Abd al-Hamid


Nahu

  • Qatrunnada wa Ball al-Soda oleh Ibn Hisyam
  • Alfiyyah oleh Ibn Malik (sebahagian)

Tasawwuf

  • Sharh Al-Hikam al-'Ata'iyyah oleh Syeikh 'Abd al-Majid Al-Syurnubi
  • Al-Risalah Al-Qusyairah oleh Imam Abd Karim Al- Qusyairi
  • Taj Al-'Arus oleh Ibn 'Ataillah Al-Sakandari
  • Futuhat al-Makkiyyah oleh Ibn 'Arabi (sebahagian)

Pengalaman sunting

  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Agama) bermula 10 Mac 2020 - 16 Ogos 2021
  • Mufti Wilayah Persekutuan (24 Jun 2014 - 9 Mac 2020)
  • Ahli Muslim Council of Elders (2020 - kini)
  • Ahli The Assembly of Muslim Jurists of America (2020 - kini)
  • Pensyarah Kanan Kolej Uniti, Port Dickson: 1997–2006.
  • Pensyarah Kanan USIM 2006 – 2008
  • Pakar Rujuk Mustolah Hadith dan Hadith, (STAM): 2002.
  • Ahli Jawatankuasa Kawalan Mutu, Tasawuf Islam Tingkatan Lima: 2003.
  • Pengerusi Panel Syariah, Bank Pertanian Malaysia: 2006- 2008.
  • Panel Penilai Jawatankuasa AD-HOC Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA Bagi Penilaian Pengiktirafan Program Ijazah Sarjana Muda Program Ijazah Sarjana Muda Syariah Dari Universiti Malaya (UM): 2007.
  • Anggota Lajnah Tashih Tafsir Pedoman Muttaqin: 2007.
  • Panel Penilai Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency MQA) 2007.
  • Anggota Pasukan Penyemakan Tafsir Pedoman Muttaqin dan Majlis Perbincangan. (April 2008)
  • Pengerusi Penyediaan Modul Asas Pengurusan Fatwa, JAKIM 2008.
  • Penulis Karya Tokoh-tokoh Islam DBP, 2008.
  • Ahli Jawatankuasa Malaysian Finalcial Planning Council MFPC. 2008.
  • Penasihat Akademik dalam Bengkel Penyelarasan dan Pemurnian Program Sarjana Syariah (Pengurusan). Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Oktober 2008.
  • Ahli Panel Forum Perdana. Konsep Ilmu Dalam Pembangunan Aqidah. Konvensyen Modal Insan Peringkat Luar Bandar (KPLB) 2009.
  • Panel Penapis Filem dan Drama Berunsur Islam. Bahagian Media Elektronik dan Penyiaran JAKIM. 2008.
  • Panel Penerbitan Buku Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan. 2009.
  • Panel Temuduga Guru Agama Ke Tanah Suci Musim Haji 1431 H.
  • Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan (2000-2010).
  • Ahli Panel Kajian Akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (April 2008 - April 2011)
  • Panel Penyelidik Pusat Zakat Negeri Sembilan. (April 2008).
  • Panel Penasihat Syariah Syembara Penulisan Kreatif
  • (Cerpen Berunsur Islam) Peringkat Kebangsaan Sempena Sambutan Maulidur Rasul Kementerian Pendidikan Malaysia 1435H (2014).
  • Panel Syariah WAKAF Selangor Muamalat Oktober 2012-Jun 2014.
  • Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu: Sejak 2005 - Ogos 2014.
  • Karyawan Tamu INFAD. USIM 2013 - Ogos 2014.
  • Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji Tabung Haji, (Sehingga November 2018)
  • Ahli Lembaga Pengawalan dan Perlesenan Pencetakan Al-Qur’an (LPPPQ), Kementerian Dalam Negeri.
  • Felo Dakwah YADIM
  • Penyelia Bersama Untuk Pelajar Ijazah Doktor Falsafah (UTM)
  • Ahli Majlis Dakwah Negara (MDN) 2014/2016 oleh Yayasan Dakwah Islamiyyah Malaysia (YADIM).
  • Penulis Tamu JAKIM: Sejak 2006.
  • Panel Kajian Syariah, JAKIM 2011.
  • Panel Syariah Bank Muamalat Malaysia (April 2011)
  • Pengerusi Penggubalan Modul Fatwa JAKIM (Oktober 2012).
  • Panel Pakar Syariah, JAKIM (2013)
  • Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan.
  • Pengerusi, Jawatankuasa Penemuduga Tauliah Mengajar dan Ceramah Agama di Wilayah Persekutuan.
  • Pengerusi Jawatankuasa Taqwim dan Melihat Anak Bulan.
  • Pengurusi Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam.
  • Pengerusi Jawatankuasa Wakaf, Pusaka, Wasiat dan Sumber Am MAIWP (JKWSA).
  • Panel Penasihat Skuad An-Nur.
  • Panel Syariah (Khas) Tabung Ibadah Qurban YaPEIM.
  • Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan.
  • Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
  • Ahli Jawatankuasa Tatatertib Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
  • Ahli Jawatankuasa Panel Syarie Tabung Wakaf Universiti Islam Malaysia.
  • Ahli Jawatankuasa Wakaf, Pusaka, Wasiat dan Sumber Am MAIWP.
  • Ahli Jawatankuasa Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
  • Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Syarikat Milik MAIWP.
  • Shariah Advisory Council, Bank Negara (2016 - 2019)
  • Panel Penasihat Fakulti Syariah Dan Undang-Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia, USIM 2013 sehingga kini.
  • Panel Penasihat Syariah TV al-Hijrah (2017 - 2019)
  • Ahli ISRA (International Shari’ah Research Academy for  Islamic Finance) Council of Scholars.
  • Penasihat Persatuan Pengubatan dan Kebajikan Islam Malaysia Darussiyifa' (Bermula 2017).
  • Panel Pemikir Pengurusan Islam Manhaj Malaysia, JAKIM (Bermula 2018)

Anugerah sunting

  • Anugerah Alumni Printis dari Universiti Islam Madinah, 2022[6]
  • Anugerah Tokoh Penulis Islam: Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kelantan Kali Kedua. 2010.
  • Anugerah Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan 1433H/ 2012M.
  • Anugerah Tokoh Ilmuan Negeri Selangor, 1433 H/2012M. Masjid Sultan Salehudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
  • Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1435H Peringkat Negeri Terengganu. Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, Terengganu, November 2013[7].
  • Anugerah Blue Ribbon bagi kategori Media Baru melalui Bayan Linnas 'Hukum Penggunaan Rokok Elektronik & Vapor' oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya, 3 Jun 2016.

Darjah Kebesaran Diraja


Bibliografi sunting

Pencapaian Sebagai Mufti Wilayah Persekutuan sunting

Minggu Pertama sunting

Pada minggu pertama setelah dilantik, laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah diberi nafas baru dengan antaramuka yang lebih kemas, menarik dan informatif. Beberapa ruangan baru di web diperkenalkan oleh Datuk Dr. Zulkifli iaitu Bayan Linnas dan Irsyad Fatwa. Sehingga 12 Disember 2018, sudah ada 7 ruangan di web iaitu Bayan Linnas, Irsyad Fatwa, Irsyad Fatwa khas Ramadhan, Irsyad Fatwa khas Haji dan Korban, Irsyad Usul al-Fiqh, Irsyad al-Hadith, Tahqiq al-Masa'il, al-Afkar dan Tashih al-Mafahim. Jumlah pengunjung pula sudah mencecah 9981565 pengunjung sehingga 12 Disember 2018.

Mendekati Masyarakat dan Netizen sunting

Menyedari keperluan untuk institusi mufti dan kefatwaan lebih turun padang dan dekat dengan masyarakat, Datuk Dr. Zulkifli mengambil inisiatif mewujudkan program #JumaatMuftiWP di mana beliau akan turun ke masjid-masjid di seluruh Wilayah Persekutuan untuk menyampaikan tazkirah Jumaat, Khutbah dan beramah mesra dengan masyarakat sekitar secara santai. Program ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada masyarakat sekitar dan jawatankuasa masjid.

Pada Julai 2014, Datuk Dr. Zulkifli melancarkan Facebook rasmi Mufti Wilayah Persekutuan bagi menyampaikan info dan juga menjawab permasalahan agama semasa disamping beramah mesra dengan netizen. Pada tahun 2015, Telegram Messenger rasmi dilancarkan bagi memudahkan beliau menyalurkan info-info semasa berhubung kuliah, menjawab persoalan agama dan juga tazkirah. Tidak sekadar itu, pada 10 Jun 2016, Datuk Dr. Zulkifli melancarkan pula Instagram rasmi beliau untuk berkongsi aktiviti harian beliau sebagai Mufti Wilayah Persekutuan disamping turut dimuatkan juga tazkirah beliau dengan hashtag #tazkigram. Selain itu, beliau juga pernah mengendalikan rancangan Medan Fatwa dalam slot Cinta Ilmu di TV al-Hijrah. Sehingga kini, beliau adalah satu-satunya Mufti yang mempunyai rancangan sendiri di stesen televisyen di Malaysia [8].

Pada 20 Julai 2016, beliau telah mengadakan lawatan rasmi ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk mengumpul sejumlah maklumat, prosedur dan perlaksanaan operasi pembedahan bagi kajian kefatwaan. Hal ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada pihak IJN dan turut mendapat pengiktirafan daripada Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Facebook beliau atas usaha Datuk Dr. Zulkifli berkenaan. Dengan dasar untuk merakyatkan institusi mufti dan kefatwaan juga, beliau mengadakan lawatan berkala ke Darul Kifayah, Dar Assa'adah, Penjara Kajang dan terbaru, ke Sekolah Tunas Bakti di Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sunting

Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) menjadi satu polemik yang besar kepada masyarakat Malaysia amnya. Cukai yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi menggantikan SST ini mendapat pelbagai reaksi masyarakat yang dizahirkan terutamanya di media sosial berhubung hal ini. Datuk Dr. Zulkifli melalui Bayan Linnas menyeru kerajaan supaya menurunkan kadar 6% mengikut kemunasabahan dan kemampuan rakyat kebanyakan pada masa kini. Selain itu, beliau juga menegaskan bahawa mekanisma dan cara pungutan dan pengagihan perlu selamat daripada sebarang unsur penindasan dan orang-orang miskin dikecualikan daripada dibebani dengan cukai. Begitu juga mekanisma supaya tidak berlaku eksploitasi orang yang tidak bertanggungjawab yang perlu dikawal sebaik mungkin agar kemaslahatan terzahir[9].

Keharmonian Antara Agama sunting

Majlis anjuran bersama Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Global Unity Network dan Archbishop Kuala Lumpur pada 7 Januari 2016 telah mempertemukan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dan Ketua Paderi Kuala Lumpur Julian Leow Beng Kim. Pertemuan yang disifatkan oleh Datuk Dr. Zulkifili sebagai ‘bersejarah’ itu dikongsi melalui status Facebooknya yang dimuat naik bersama-sama dengan beberapa foto. Dalam pertemuan tersebut, mereka berbincang tentang pelbagai isu termasuklah konsep kepelbagaian masyarakat, toleransi, dan sikap hormat-menghormati antara agama. Pelbagai isu yang dibincangkan bersama khususnya perihal konsep kepelbagaian masyarakat, toleransi, dan sikap hormat-menghormati antara agama [10].

Pada 8 Ogos 2016, Datuk Dr. Zulkifli telah mengeluarkan satu Irsyad berhubung Hukum Memberi Makan Daging Korban Kepada Non-Muslim. Hukum ini terdapat perbezaan pandangan di sisi empat mazhab yang utama; Hanbali, Maliki, Hanafi dan Syafie. Namun menurut Datuk Dr. Zulkifli, al-Imam al-Khatib al-Syarbini Rahimahullah menyebutkan bahawa al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Majmu' berpendapat bahawa daging korban yang disembelih kerana ibadah sunat boleh dibahagikan kepada kafir zimmi yang miskin. Akan tetapi jika korban tersebut dilakukan kerana wajib maka tidak boleh dibahagikan kepada mereka dan pendapat ini sangat mengejutkan al-Imam al-Azra'ie Rahimahullah. [Lihat al-Iqna' fi Hal Alfaz Abi Syuja'. Dar al-Fikr, 2/593]

Sebagai kesimpulan selepas perbahasan yang panjang, beliau menegaskan bahawa bahawa isu ini hendaklah dilihat dari sudut maslahah dan juga siyasah syar’iyyah supaya ia lebih harmoni dalam masyarakat di samping menjadi senjata dakwah yang paling ampuh kepada masyarakat yang bukan Islam. Oleh itu,

  • Sekiranya di dalam komuniti masyarakat Islam di sesuatu tempat terdapat jiran-jiran mereka yang bukan Islam dan mereka itu dikenali dengan sifat baik serta ramahnya dengan masyarakat setempat, jika terdapat lebihan dari hasil korban maka dibolehkan untuk diberikan kepada mereka.
  • Namun jika hasil korban itu hanya mencukupi untuk orang Islam, maka dahulukanlah umat Islam setempat yang lebih memerlukan. 

Tarikh 23 September 2016 menyaksikan satu pertemuan antara Friendship Group for Inter-religious Service (FGIS) dengan Datuk Dr. Zulkifli bertempat di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Kunjungan tersebut bertujuan untuk mengadakan perbincangan dan memperihalkan bentuk-bentuk serta nilai-nilai agama masing-masing secara ringkas, dan mencapai perpaduan serta keharmonian dalam melayari kehidupan sebagai masyarakat majmuk di Malaysia ini. Sebagaimana penjelasan Datuk Dr. Zulkifli, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengambil pendekatan yang selari dengan Manhaj Universiti al-Azhar dalam mempraktikkan Fiqh al-Ta`ayusy berkaitan hubungan antara agama yang antara lain menekankan soal kebebasan agama dan tiada paksaan.

Pada 12 Oktober 2016, julung-julung kali delegasi Hartford Seminary, Connecticut, USA mengunjungi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dengan tujuan kunjungan hormat dalam rangka lawatannya ke Malaysia, Singapura dan Indonesia. Dalam pertemuan berkenaan, Mufti Wilayah Persekutuan konsisten dengan prinsip bahawa beliau menghormati kepelbagaian agama dan bangsa dan berusaha sebaik mungkin untuk mempromosikan dialog dan penerangan sesuai dengan prinsip wasatiyyah dan toleransi di dalam Islam. Delegasi Hartford Seminary pula mengharapkan siri pertemuan ini dapat diteruskan di masa akan datang bagi merungkai pelbagai salahfaham antara agama seterusnya saling bertukar-tukar idea dan saranan demi kemaslahatan kehidupan multi-agama di Malaysia dan Amerika Syarikat.

Institusi Fatwa Yang Responsif sunting

Institusi fatwa negara kini dihambat dengan kepantasan penyaluran maklumat melalui media massa yang memerlukan sesuatu permasalahan dijawab dengan segera, agar tidak timbul kemusykilan dalam kalangan masyarakat. Ini telah mendesak institusi fatwa memahami sesuatu isu dengan segera dan menjawab persoalan secepat mungkin berdasarkan dalil dan hukum syarak. Media massa moden seperti internet dan aplikasi WhatsApp menyebabkan maklumat disalurkan dengan cepat kepada masyarakat. Sesuatu fatwa perlu dikeluarkan segera bagi menjawab persoalan yang mungkin boleh mengelirukan. Datuk Dr. Zulkifli menegaskan bahawa usaha tersebut memerlukan ketekunan dan kesungguhan semua institusi fatwa agar selari dengan keperluan masyarakat dan terus diyakini. Seruan ini dilontarkan selepas merasmikan Seminar Isu-isu Kefatwaan Kontemporari anjuran Institut Antarabangsa Kajian Tinggi Islam Malaysia (IAIS) pada 10 Mac 201

Wilayah Persekutuan Sebagai Hub Pendidikan Agama Berkualiti sunting

Melihat kepada permintaan masyarakat dan hasrat Datuk Dr Zulkifli sendiri bagi melahirkan cendekiawan Islam yang mahir dalam ilmu agama dan ilmu duniawi, maka tercetusnya idea penubuhan Pondok Moden Al-'Abaqirah. Mesyuarat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan kali ke 131 bil 1/2015 pada 23 Mac 2015 bertempat di Masjid Wilayah Jalan Duta seterusnya telah meluluskan penubuhan Pondok Moden Al-'Abaqirah[11]. Objektif penubuhan pondok moden ini memfokuskan kepada perkara seperti berikut :

  • Melahirkan ulama’ rabbani yang pakar dalam bidang agama dan kehidupan.
  • Mengisi kepakaran Islam dalam pelbagai disiplin ilmu seperti syariah, akidah, akhlak (tasawuf), muamalat dan lain-lain. Disamping mengkaji kitab-kitab turath dalam bentuk transformasi dan moden.
  • Melahirkan “faqih yang bersifat pendakwah dan pendakwah yang bersifat faqih” agar keperluan mengkaji kitab-kitab turath dalam bentuk tranformasi dan moden dan dalam saat yang sama mementingkan sahsiah dan ilmu para ulama’ terdahulu agar keberkatan ilmu sentiasa wujud.
  • Sebagai barisan pelapis kepada Ashab Al-Samahah Mufti, hakim syarie dan juga pakar rujuk di Malaysia dan negeri-negeri amnya.
  • Mengemukakan di pentas dunia Islam dan dunia watak sahsiah dan ilmiah seperti Dr. Yusuf al-Qaradawi, Maulana Abi Hassan al-Nadwi, Dr. Wahbah al-Zuhaili dan lain-lain yang menjadi bintang dan pelita kepada ummah pada masa kini.

Oleh kerana Pondok Moden al-'Abaqirah adalah hasil idea beliau sendiri, maka pengajian pelajar adalah di bawah seliaan dan pengawasan sepenuhnya oleh beliau selaku Mufti Wilayah Persekutuan. Pondok Moden al-'Abaqirah adalah merupakan pusat pengajian pondok pertama diwujudkan di Wilayah Persekutuan menggabungkan silibus pengajian kitab turath (klasik) dan Akademik dengan pembiayaan sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Cadangan Mewujudkan Kad Khas Bayi Susuan sunting

Berikutan cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menubuhkan bank susu, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri telah mencadangkan supaya diwujudkan kad khas bagi bayi yang menyusu daripada wanita yang bukan ibu kandungnya. Beliau berkata ini bertujuan menyatakan hubungan ibu dan anak susuan (nasab) kerana pada masa ini terdapat wanita yang menyusukan anak orang lain tetapi tidak mengetahui pertalian itu. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membincangkan topik 'Ibu Susuan: Antara Hukum, Nasab, Hak dan Tanggungjawab' sempena minggu penyusuan susu ibu peringkat Kuala Lumpur & Putrajaya, di Auditorium Perpustakaan Negara, pada 24 September 2016.[12]

Penerbitan Buku sunting

Arkib Soal Jawab Agama sunting

Pencapaian Sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Portal Pengisytiharan Harta". Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 23 Oktober 2020.
  2. ^ Dr. Zulkifli, mufti baharu WP Utusan Malaysia (20 Jun 2014). Dicapai pada 21 Jun 2014.
  3. ^ http://muftiwp.gov.my/ms/pengenalan/sejarah
  4. ^ http://alabaqirah-maiwp.edu.my/my/pengenalan/sejarah-penubuhan-pondok-moden-al-abaqirah
  5. ^ http://eprints.usm.my/3566/1/Institusi_mufti_dan_fatwa_satu_analisa_terhadap_enakmen_dan_beberapa_fatwa_pilihan_Negeri_Sembilan-Zulkifli_Mohamad-Kemanusiaan.pdf
  6. ^ Faez Baderol Hesam (16 Jun 2022). "ZULKIFLI DIANUGERAH ALUMNI PERINTIS UNIVERSITI ISLAM MADINAH". AlHijrah Online. Dicapai pada 17 Jun 2022.
  7. ^ http://www.maidam.terengganu.gov.my/index.php/ms/hubungi-kami/item/67-sambutan-maal-hijrah-tahun-1435h-peringkat-negeri-terengganu
  8. ^ http://alhijrahmedia.com/category/santapanrohani/cintailmu/medanfatwa/
  9. ^ http://www.muftiwp.gov.my/index.php/perkhidmatan-s/bl/300-isu-gst-satu-penilaian
  10. ^ http://www.astroawani.com/berita-malaysia/mufti-dan-ketua-paderi-berpelukan-dalam-pertemuan-bersejarah-88661
  11. ^ http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pondok-moden-al-abaqirah-mula-sesi-pengajian-ogos-ini-1.109626
  12. ^ http://www.sinarharian.com.my/nasional/kad-khas-kenal-pasti-bayi-ibu-susuan-1.565818


Pautan luar sunting