Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor
Yang Mulia Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Bin Raja Mohamed Noor (Jawi: راج محمد اففند راج محمد نور; lahir 20 Jun 1958, di Besut) adalah seorang pegawai kanan tentera Malaysia, bekas Panglima Tentera Darat (PTD) dan mantan Panglima Angkatan Tentera (PAT).[1]
Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Nor راج محمد اففند راج محمد نور PGAT; PMN, PSM, PJN; SSAP; SPMT; SPMP; SPMS; SPTS; SPMK, SPKK; DPPN; DCSM; PSAT; DGMK, DSDK; DSAP; DMPN; PAT; JSM; SMZ; KAT; KMN; PNBB | |
---|---|
![]() | |
Panglima Angkatan Tentera Ke-19 | |
Dalam jawatan 16 Disember 2016 – 20 Jun 2018 | |
Raja | Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdul Halim dan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V |
Perdana Menteri | |
Didahului oleh | Jeneral Zulkifeli Mohd. Zin |
Digantikan oleh | Jeneral Zulkifli Zainal Abidin |
Panglima Tentera Darat Ke-25 | |
Dalam jawatan 15 Jun 2013 – 16 Disember 2016 | |
Didahului oleh | Jeneral Zulkifli Zainal Abidin |
Digantikan oleh | Jeneral Zulkiple Kassim |
Butiran peribadi | |
Lahir | Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor 20 Jun 1958 Besut, Terengganu |
Kerakyatan | Malaysia |
Pasangan | Puan Sri Norlida Abdul Mubin |
Anak-anak | 4 |
Pendidikan |
|
Alma mater |
|
Pekerjaan | Pegawai kanan tentera |
Perkhidmatan ketenteraan | |
Kesetiaan | ![]() |
Perkhidmatan/cawangan | ![]() |
Tahun perkhidmatan | 1976–2018 |
Pangkat | ![]() |
Unit | ![]() |
Perkhidmatan |
|
Pertempuran | Darurat Kedua Tanah Melayu |
Nombor tentera | 411967 |
Kehidupan awal dan pendidikan Sunting
Raja Mohamed Affandi telah dilahirkan dari keturunan keluarga diraja (oleh itu beliau diberi gelaran Yang Mulia (His Highness) dan bukannya Yang Berbahagia (The Honorable)) pada 20 Jun 1958, di Kampung Raja, Besut, Terengganu.[2]
Beliau menerima pendidikan rendah di Sekolah Kg Raja, Besut, dan di Sekolah Menengah Sultan Ismail. Beliau kemudian mengikuti latihan sebagai Bakal Pegawai Kadet di Pre-Officer Cadet Training Unit (Pre-OCTU) Sekolah Pegawai Kadet di Kem Sebatang Karah, Port Dickson sebelum meneruskan latihannya sebagai Pegawai Kadet di Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi. Beliau telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda (Second Lieutenant) pada 11 Mei 1976 di dalam Rejimen Askar Melayu DiRaja.[1]
Beliau meneruskan pengajiannya semasa masih dalam perkhidmatan. Beliau memperolehi Master in Defence Studies dari Universiti New South Wales (Australia) dan Master of Science in Defence dan Strategic Studies dari Universiti Quaid-i-Azam (Pakistan).[1]
Kerjaya tentera Sunting
Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi terlibat secara langsung dalam Insurgensi Kedua Tanah Melayu semasa zaman mudanya sebagai pegawai tentera. Beliau memimpin unitnya sebagai Ketua Platun dan kemudian sebagai Ketua Kompeni yang menentang pemberontak komunis. Beliau meneruskan kerjaya tenteranya sebagai Pembantu Ketenteraan kepada Timbalan Panglima Tentera Darat, Ketua Jurulatih di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Pegawai Memerintah Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu DiRaja (18 RAMD), Pegawai Staf 1 Bahagian Keselamatan Negara, BKN,(sekarang Majlis Keselamatan Negara Malaysia), Pegawai Staf 1 Tadbir di Cawangan Sumber Manusia Tentera Darat, Ketua Staf Markas 3 Divisyen, Assisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan serta Panglima 2 Divisyen.[1]
Beliau telah dinaikkan pangkat ke Leftenan Jeneral pada 2 Jun 2008 dan memegang jawatan Panglima Medan Tentera Darat. Pada 31 Oktober 2009, beliau ditugaskan sebagai Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia. Beliau kemudian dinaikkan pangkat ke Jeneral pada 15 Jun 2013 dan pada masa yang sama memegang jawatan Panglima Tentera Darat (PTD).[1]
Dengan pengalaman luasnya dalam pelbagai jawatan Pemerintahan dan Pegawai Staf, beliau telah diberi kepercayaan untuk memegang jawatan Panglima Angkatan Tentera (PAT) yang Ke-19 pada tanggal 16 Disember 2016, menggantikan Jeneral Zulkifeli Mohd Zain yang bersara daripada Angkatan Tentera.[3]
Penghargaan Sunting
Antara anugerah kebesaran tentera, persekutuan dan negeri yang dikurniakan kepada Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi adalah PGAT PMN PSM PJN SSAP SPMT SPMP SPMS SPTS SPMK SPKK DPPN DCSM PSAT DGMK DSDK DSAP DMPN PAT JSM SMZ KAT KMN PNBB.[1]
Anugerah luar negara Sunting
- Singapura
- - Darjah Utama Bakti Cemerlang (Tentera) (20 Mac 2018)[4]
- Brunei
- - Darjah Paduka Keberanian Laila Terbilang Pangkat Pertama (D.P.K.T.) yang membawa gelaran Dato Paduka Seri (15 Julai 2017).[5]
Keluarga Sunting
Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi telah berkahwin dengan Puan Sri Norlida binti Hj Abdul Mubin dan dikurniakan 3 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki.[1]
Rujukan Sunting
- ^ a b c d e f g "Profil Panglima Angkatan Tentera". Malaysian Armed Forces HQ (MAFHQ) Portal. 6 October 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-01-16. Dicapai pada 2018-05-07. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ Saat, Abdullah Sidek (22 April 2012). "Sejarah Negara Besut". Falahiah. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ Md. Yusof, Mohd. Azraie (22 June 2016). "Raja Mohamed Affandi Panglima ATM baharu". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-24.
- ^ https://www.mindef.gov.sg/web/portal/mindef/news-and-events/latest-releases/article-detail/2018/march/20mar18_nr
- ^ "Seramai 35 orang menerima Bintang Kebesaran NBD". Pelita Brunei. 15 Julai 2017. Dicapai pada 24 Jun 2018.